Dato’ Baha Zain: Dosa Mahathir
Petik:
"Mahathir ini, dia patut meminta maaf kepada bangsa Melayu kerana telah merusakkan kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan sewaktu dia menjadi PM dahulu. Masalah ini masih menjadi masalah yang terus dipergunjingkan; dan melibatkan jutaan pelajar Melayu, dan memudaratkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada masa depan.
Dia telah melakukan kerosakan terhadap tamadun Melayu. Ini bukan kesalahan kecil. Bolehkan tamadun Melayu memaafkannya? Kalau kesalahan terhadap individu barangkali boleh, tetapi terhadap peradaban atau tamadun bagaimana?
Dalam jangka 30 tahun dari sekarang Bahasa Melayu itu dijangka akan menjadi bahasa dunia yang keempat di dunia selepas Mandarin dan Sepanyol, meletakkan bahasa Inggeris pada tempat ketiga.
Perbuatan meminggirkan Bahasa Melayu ini satu dosa tamadun yang sukar dilupakan. Jadi adalah menjadi tanggungjawab besar bagi PM sekarang, YAB Datuk Abdullah Ahmad Badawi, memperbetulkan balik kesalahan Mahathir kerana dia yang mengambil alih Presiden parti dan PM. Kalau tidak, UMNO dan sejumlah tokohnya akan terseret sekali ke dalam sejarah yang sekarang sedang dikumpul dokumen serta sumber-sumber penulisannya.
Dipetik dari blog "Kaca dan Belati Kehidupan".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya setuju sangat dengan tulisan ini. Tapi masih ragu-ragu adakah PM sekarang mampu mengubahnya?.
Dato’ Baha Zain, bos lama saya
Post a comment