Monday, July 28, 2008

Ada-ada Sahaja: Dr. Tengku Asmadi dan After-Sales-Service

Beberapa hari yang lalu Sifu makan tengah hari dengan penulis-trainer PTS di restoran Anwar, Taman Permata, berhampiran Sekolah al-Ikhlas. Tuan Sabtu, Tuan Azam, YM Dr. Tengku Asmadi, Tuan Ahmad Fadzli dan Tuan Fauzul. Puan Norlela Zubir, Tuan Osman Affan dan Tuan Shamsuddin Ab. Kadir masing-masing ada urusan lain yang lebih penting.

Sambil makan saya mengambil kesempatan menggalakkan trainer PTS yang sekarang berenang aktif dalam sektor motivasi kecemerlangan akademik pelajar-pelajar sekolah supaya perlahan-lahan mereka beralih memasuki sektor awam dan korporat.

Salah satu kelebihan sektor korporat adalah isu after-sales-service. Pelanggan korporat tidak memerlukan after-sales-service.

Saya pernah berada dalam kereta YM Dr. Tengku Asmadi dalam perjalanan menuju ke UPSI. Beliau menerima panggilan telefon sepanjang 20 minit daripada seorang ibu pelajar yang pernah menghadiri seminar beliau. Si ibu itu mengadukan pelbagai perasaan tidak puas hatinya terhadap tingkah laku suaminya.

Saya yang mendengar respon-respon daripada Dr. Tengku Asmadi dapat mengesan bahawa perempuan itu mengalami masalah perhubungan dengan suaminya, bukan sangat isu pelajaran anaknya.

Pada pendapat saya, isu yang diadukan oleh si ibu itu kepada Dr. Tengku Asmadi, yakni bahawa suaminya tidak ambil pusing tentang prestasi pelajaran anak mereka, sebaliknya ia hanyalah manifestasi perangai perempuan itu yang banyak komplen.

Menurut Dr. Tengku Asmadi, ada ibu-ibu yang masih menelefon beliau mengadu macam-macam hal selepas 5 tahun anaknya mengikuti program beliau.

Saya bergurau, "Waranti after-sales-service peti ais berharga RM2 ribu pun cuma 6 bulan!" 

Tuan Azam pula berkata, ada pelanggan korporat beliau yang mahukan after-sales-service selepas sesi training dijalankan.

Saya terangkan, klausa itu adalah standard. Pelanggan korporat memang mahukan perkhidmatan after-sales-service dimasukkan dalam perjanjian, tetapi lazimnya mereka tidak menggunakannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Nasib Editor Freelance Previous entry: Isu Konsep Hakcipta dalam Islam: Marah Seorang Penerbit

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.