Dua Kali Tolak Naik Pangkat
Tuan Mohd. Kholid Hamzah adalah seorang pegawai kerajaan. Kini beliau bertugas di pejabat cawangan di Cameron Highlands.
Dari gosip yang kita dengar, sudah dua kali beliau ditawarkan naik pangkat tetapi beliau tolak.
Alasan beliau tidak mahu naik pangkat adalah faktor peluang berkarya. Kini tugas-tugas beliau di peringkat daerah tidak terlalu membebankan, oleh itu beliau mempunyai masa dan tenaga berkarya.
Jika beliau terima tawaran naik pangkat itu, beliau terpaksa bertugas di Kuantan. Di sana beliau sukar menghasilkan banyak penulisan.
Beliau adalah pengarang siri Penyiasat Ekstrovert yang kini sudah mempunyai 8 novel dan sudah ada peminatnya sendiri.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment