Tuesday, February 24, 2009

Sisipan: Dua Standard

Dr. Khir Toyo adalah salah seorang pemimpin UMNO yang menolak PPSMI.

Bekas menteri besar itu juga menggesa supaya YB Elizabeth Wong meletakkan semua jawatannya, padahal YB itu adalah mangsa rumahnya dicerobohi orang.

Tetapi Dr. Khir Toyo tidak menggesa perempuan isteri orang dalam foto ini, yang juga seorang senator BN dari Selangor sewaktu foto ini dirakam, supaya meletakkan jawatannya.

Lelaki dalam foto itu adalah ADUN Gombak pada waktu itu. 

SPRM tidak menyiasat aduan-aduan yang diterimanya berkenaan kes-kes salahguna kuasa yang dilakukan oleh Dr. Khir Toyo semasa dia masih menjadi menteri besar Selangor

SPRM sangat kuat bekerja menyiasat aduan tentang kes kereta dan lembu qurban Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tetapi SPRM tidak menyiasat kes lembu-lembu korban Dr. Khir Toyo. Baca dalam blog Tn. MSO.

SPRM tidak menyiasat pelbagai kes yang melibatkan kontrak-kontrak di Kementerian Pelajaran, termasuk kontrak buku-buku teks.

Banyak syarikat penerbit yang kita tidak pernah dengar kewujudannya dalam pasaran buku, yang tidak mempunyai editor sepenuh masa, yang alamatnya bertukar-tukar, yang nombor telefonnya dubious, yang modal berbayarnya 'ciput' kata orang muda sekarang, tetapi menerima kontrak membekalkan buku teks yang berjuta-juta RM nilainya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pelajar UiTM Melaka Berkunjung ke PTS Previous entry: Orang Datang Menemui SN Dato' A Samad Said
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/25  at  03:18 AM

Assalamualaikum,

Semoga seluruh warga PTS dan pengunjung UNIKA diberi kekuatan berhadapan dengan kemelut rasuah di Malaysia yang tidak berkesudahan.

Semakin hari, benci saya pada rasuah di Malaysia ini semakin menebal. Semakin hari jugalah benci saya kepada pengamal-pengamal rasuah di Malaysia ini semakin membuak-buak.

Tidak lupa juga kepada badan yang bertanggungjawab membanteras rasuah ini, semakin tidak tertanggung azab sengsara gelora hati ini melihat telatah mereka.

Puan Ainon yang dihormati,

Izinkan saya meluahkan isi hati kepada mereka yang berkenaan di sini. Berdekad lamanya saya mendiamkan diri bertapa meratapi kehancuran yang disebabkan oleh rasuah di Malaysia ini.

“Jika diandaikan rasuah di seluruh Malaysia ini boleh dihimpunkan lalu dijelmakan menjadi gunung dan memerlukan korban nyawa untuk dihancurkan, pastinya sayalah orangnya yang akan tampil untuk dijadikan korban supaya seluruh rakyat Malaysia ini bebas sebebas bebasnya daripada rasuah.”

“Jika nyawa saya seorang masih tidak cukup untuk menghapuskannya, saya ..............”

Tidak ada kata-kata lagi yang boleh disusun untuk menyedarkan pengamal-pengamal rasuah tegar dari kalangan pemimpin-pemimpun yang tidak tahu bahasa ini.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk berhadapan dengan persekitaran yang kotor dan jijik ini.

Fudzail  on  02/25  at  11:16 AM

Salam

Inilah hasil KETUANAN yang terus membaham setiap ruang tanahair…..

Semuga Allah membantu kita dari kecelakaan rasuah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.