Duduk di Lantai Sambil Memilih Buku
Barangkali disebabkan kaki mereka sudah terlalu lenguh berjalan, apabila perempuan-perempuan dalam foto ini tiba di booth PTS yang terletak di seberang sungai, mereka lantas duduk sahajalah di hadapan rak buku resipi sambil memilih....
PTS sengaja dengan sukarela membuka booth di seberang sungai, meskipun semasa mencabut undi PTS mendapat lokasi di dalam PWTC.
Lokasi dalam PWTC adalah lebih strategik, orang di situ lebih ramai, jualan pun lebih rancak dibandingkan dengan lokasi di seberang sungai.
Tetapi PTS mahu menolong penerbit-penerbit lain yang mendapat lokasi di seberang sungai.
Disebabkan PTS sudah mempunyai banyak peminat, walaupun berada di seberang sungai, peminat tetap akan pergi ke sana mencari PTS.
Dengan itu PTS dapat menarik orang ramai pergi ke dewan seberang sungai.
Mudah-mudahan, mereka akan pergi melawat booth-booth lain dan membeli juga buku-buku mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,tahniah
bagusnya pendekatan PTS ini
saling membantu…
Salam sejahtera,
Semoga hasil jualan PTS lebih mengebu-gebu lagi tahun ini. Memang lenguh kakiku ke sana, demi PTS daku sanggup pergi juga. Menyesal pula tidak membeli lebih, apabila tiba di rumah terasa rugi pula.
Kasihan tengok juru jual gerai Karnyadia terpekik-terlolong tetapi orang ramai masih juga melekat di gerai PTS.
Salam,
PTS dan produk PTS sudah dikenali. PTS dan penulis-penulis yang dinaunginya pun sudah ada peminatnya sendiri. Maka, di mana-mana sahaja booth PTS hatta di hujung dunia pun akan dicari peminatnya.
Doa saya jualan PTS akan melebihi sasaran pengerusinya sendiri hingga beliau sendiri terkejut.
Salam puan,
Saya dah melawat gerai PTS…RAMAI…. dari jauh dah nampak gerai PTS sebab semua orang berkumpul kat situ. Diharap jualan PTS terus mantap. Semoga buku-buku penulis PTS laku walaupun saya sekarang berehat daripada menulis buku dengan PTS.
Post a comment