Monday, November 24, 2008

Duit Komik Melayu untuk Penerbit Cina

Remaja lelaki adalah lubuk duit bagi penerbit-penerbit komik. Sayang sekali duit remaja lelaki Melayu tidak dikaut oleh penerbit-penerbit Melayu.
 
Komik-komik yang mendominasi pasaran kita sekarang adalah 90 peratus komik impot dari Hong Kong, Taiwan dan Jepun yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
 
Kita harap fenomena ini bersifat sementara dan fasa peralihan sahaja, iaitu sebelum penerbit-penerbit tempatan dapat merancang dengan betul bagaimana mereka dapat menghasilkan komik-komik yang digemari oleh remaja tempatan. Walaupun penerbit tempatan tahu lubuk emas ini tetapi mengapakah mereka tidak dapat menghasilkan komik-komik yang dapat mengalahkan komik-komik impot?
 
Kegagalan penerbit komik tempatan adalah pada cara kerja kita yang tidak saintifik. Penyelidikan psikologi sudah mengenalpasti bahawa kepintaran mencipta cerita, menulis cerita dan melukis jarang sekali dimiliki oleh seseorang individu.
 
Penerbit tidak boleh menyuruh pelukis-pelukis komik melakukan 3 tugas yang sangat berbeza, iaitu mencipta cerita, menulis skrip komik, dan melukis. Inilah yang menyebabkan mutu cerita dalam komik-komik tempatan tidak dapat bersaing dengan mutu cerita komik-komik Cina dan Jepun.
 
Di Jepun, Korea dan Taiwan, pelukis komik hanya melukis komik. Itu sahaja. Cerita dicipta oleh orang lain, iaitu pembuat cerita. Skrip komik disediakan oleh orang lain. Pekomik hanya melukiskan komik sahaja.
 
Kata pepatah Melayu, yang memanjat kelapa biar memanjat kelapa, yang melapah kerbau biar melapah kerbau, yang merendang biar merendang. Jangan disuruh orang yang memanjat kelapa juga melapah kerbau dan memasak rendang sampai siap.
 
Kata Nabi Muhammad, jangan serahkan kerja kepada orang yang bukan pakarnya, nanti binasa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ulang Cetak dengan Cover Baru Previous entry: Lebih Banyak Entri Pertandingan Duta Aku Mahu....
 on  10/21  at  05:52 PM

Hmm… saya memang baca komik Hong Kong sejak kecil lagi. Masalah komik Melayu sekarang ini jalan ceritanya tidak menarik, sesetengah menarik gak la. Dia orang kena pandai memilih jalan cerita yang menarik supaya dapat menarik lebih ramai peminat komik.

ashraf  on  11/28  at  09:36 AM

Sedikit sebanyak saya setuju dengan pandangan ini. Sebagai contoh, majalah komik Ujang yang semakin menurun kualitinya.

Seorang artis majalah kena buat semua kerja-kerja pencilling, inking dan coloring sendiri. Tidak ada teamwork. Semuanya individual. Paling sedih, mereka tidak ada skill color guna computer (photoshop, corel, dll). Meja yang tidak sesuai untuk proses inking. Dan tidak ada quality control dari editor. Tangkap muat sahaja.

Komik Cicak-man pula obviously menunjukkan yang penerbitnya tidak sensitif. Nama-nama orang yang bertanggungjawab buat pencilling, inking, coloring, lettering tidak kelihatan langsung.

 on  11/28  at  05:35 PM

Itulah bodohnya sesetengah grafik artis, kartunis, pelukis komik tempatan. Hendak bolot semua. Semua dia yang hendak buat. Tidak pandai hendak kerja secara teamwork.

Mana tidak bodohnya, cuba tengok macam mana ayat-ayat pelukis komik Melayu. Ayat pun stail tidak sekolah. Idea pun merapu. Maklumlah semua benda dia hendak buat sendiri.

Spesis yang tidak boleh kena kritik pun ada. Berlagak macam hebat la konon. Dasar bodoh sombong.

Tapi, aku suka orang macam ini. Senang aku hendak pijak-pijak sebab dia orang ini memang tidak boleh tahan dalam persaingan.

Tengok dia orang, kais pagi makan pagi. Aku sudah boleh buat duit.

Biarkan sahaja kartunis, pelukis, grafik artist yang bodoh ini. Sekurang-kurangnya dia orang tidak boleh jadi pesaing aku. Kelas bawahan, katakan.

Hendak buat macam mana, kalau kita tegur, dia orang melenting. Tarik muka masam. Tidak mahu dengar. Yang tak hendak dengar teguran kamu-kamu semua yang sudah penat bagi cadangan, bagi idea, tegur-menegur, bagi pendapat itu biarkan saja.

Buat apa hendak pedulikan dia orang itu. Kita pijak-pijak saja kepala bodoh sombong lagi ego itu. Team aku sudah banyak kontrak dapat, apa hendak kisah dia orang yang tidak mahu terima pandangan orang lagi?

Dia orang yang bodoh sombong ini hendak join team aku, tidak payahlah, jijik aku hendak terima orang bodoh sombong macam itu.

 on  12/14  at  05:24 PM

Saya lebih berminat komik Jepun, bukan apa, lukisan pun cantik, ayat-ayat pun ok, jalan cerita pun bagus.

Komik kita ni bukannya tidak bagus sangat, tapi kalau lawak bodoh sangat. Lagipun ayat rojak, merosakkn bahasa. Walau apa pun, saya tetap sokong penulis Melayu! Buatlah yang terbaik.

akira  on  12/15  at  07:48 AM

Orang Melayu suka meniru. Komik Melayu tak hebat pun, gempak lebih. Lukis tak cantik tapi poyo. Kalau kena kritik cepat naik angin. Aku tak pernah jumpa komik Melayu yang best setakat ni.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: