Terbaru dari PTS: Novel Sejarah “Mat Kilau” bagi Menyambut Bulan Merdeka
![]()
Setiap tahun, sebelum tiba bulan Ogos, para penerbit akan mengeluarkan dan menghantar ke kedai-kedai buku judul-judul yang sesuai dengan tema merdeka.
Termasuk dalam tema merdeka adalah buku-buku sejarah.
Kedai-kedai buku memang mahukan judul-judul tema merdeka kerana memang jualan buku-buku itu bagus sepanjang bulan Ogos setiap tahun.
Justeru, pada bulan Julai semua judul tema merdeka yang sudah habis dalam setor akan diulangcetak, supaya buku-buku itu dapat dihantar ke kedai-kedai buku sebelum 1 Ogos.
PTS mempunyai judul-judul tema merdeka dan sejarah Tanah Melayu yang sesuai dipromosikan sepanjang bulan Ogos.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sangat hebat! tahniah PTS!
Alhamdulillah, sudah terbit. Wajib beli walaupun bulan ini (Julai 2009) sudah lima buah buku PTS disambar Web Sutera!
“Bagaimana aku hendak menyimpan buku-buku PTS? Rak buku sudah penuh….”
Tuan Web Sutera,
Belilah rumah baru, supaya ada bilik bacaan yang lebih besar, dapat memuatkan rak-rak buku yang lebih banyak dan lebih tinggi!
Tidak lama lagi, lepas raya musim segala macam rumah terbuka, majlis aidilfitri korporat, kenduri kahwin, macam-macam majlis, semuanya perlukan katering!
ALLAHUKHBAR, Puan Sifu. Saya tersenyum sendirian membaca balasan ini. Beli rumah baru saya belum mampu, Sifu. Rumah yang ada pun masih belum habis dibayar.
Alhamdulillah, untuk bulan puasa dan Aidilfitri tahun ini, tempahan dan permintaan sebut harga katering sudah mula masuk.
Post a comment