Tuesday, May 19, 2009

Dulu Kampung Buku di Langkawi, Hari ini Kota Buku di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewujudkan Kota Buku sebagai langkah untuk membuka ruang kepada penulis dan penerbit buku tempatan memasarkan hasil karya mereka. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan Kota Buku yang akan diwujudkan di Kuala Lumpur menjelang akhir tahun ini akan turut membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

"Penubuhan pusat ini diharap akan menjadi satu nukleus yang membolehkan para usahawan persatuan dan perusahaan membabitkan buku beroperasi di bawah satu bumbung. Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur. Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku. Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan. Pembinaannya hanya memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian," katanya selepas majlis pelancaran koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia di sini, hari ini."

Nota: Kontraktor sudah senyum-senyum.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Beberapa Minggu Lagi Previous entry: 1 Sekolah untuk Semua: Malaysia Mahu Melaksanakan Model Benua India
ropidi  on  05/20  at  11:50 PM

Salam dari Melbourne

Saya rasa amat-amat seronok setiap kali mendengar ada usaha untuk mengangkat martabat BUKU. Namun setiap kali itu juga terlintas di hati, apa yang akan terjadi selepas itu. Apakah ianya akan terus berkembang mekar mengharum sepanjang zaman ataupun akhirnya menjadi gajah putih sahaja. Saya pun tidak pasti apa yang telah terjadi pada Kampung Buku di Langkawi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  12:03 PM

Assalamualaikum,

Apa yang saya perhatikan selama ini menunjukkan apa-apa yang baik dilakukan oleh seseorang (khususnya menteri) tidak akan diteruskan oleh orang yang menggantikannya. Cuba Tuan/Puan renungkan apa yang berlaku kepada Kampung Buku di Langkawi dan apa berlaku kepada Rakan Muda apabila pencetus ideanya digantikan oleh orang lain? Rakan Muda yang dulu sangat panas tiba-tiba kehilangan asap. Kebanyakan orang (menteri tentunya) tidak mahu buat sesuatu yang akan menaikkan nama pencetus idea itu. Mereka hanya mahu buat sesuatu yang akan dikaitkan dengan nama mereka sahaja. Dalam zaman pemerintahan yang lalu pun Wawasan 2020 hanya sesekali saja disebut. Adakah itu semua sudah tidak relevan?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.