Duta Produk: Risiko Menggunakan Nama Selebriti
Sesetengah jenis buku dapat ditingkatkan jualannya dengan menggunakan nama ataupun wajah-wajah selebriti sebagai duta.
Sebagai contoh, buku masakan boleh menggunakan nama-nama chef terkenal sebagai dutanya. Manakala buku senaman kesihatan boleh menggunakan nama artis-artis yang popular, yang penampilannya sihat, tampan dan cantik.
Dengan menggunakan selebriti sebagai 'pengarang' buku itu, adalah diharapkan para peminat selebriti itu akan membeli buku-buku tersebut.
Salah satu risiko menggunakan selebriti sebagai pengarang adalah apabila selebriti itu hilang popularitinya, maka jualan buku itu pun jatuh.
Sebagai penerbit, pilih selebriti dengan teliti dengan menyiasat latar belakang kehidupan peribadinya. Pastikan selebriti itu tidak mempunyai kemungkinan terlibat dengan sesuatu yang menjatuhkan popularitinya.
Sebagai contoh, apabila memilih chef selebriti, sebaik-baiknya pilih chef yang kehidupan peribadinya serupa dengan kehidupan kaum wanita yang ditargetkan sebagai pembeli buku masakan itu.
Jika buku itu ditargetkan kepada suri rumah, cari chef yang sudah beristeri dan berkeluarga. Jangan gunakan chef yang digosipkan dengan gosip-gosip gaya hidup yang tidak sihat.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment