Saturday, May 22, 2010

Duta PTS AinMaisarah Membolehkan Komik-M Masuk Sekolah

Apabila DutaPTS AinMaisarah datang ke sekolah atas undangan, pintu get sekolah automatis terbuka mengalu-alukan ketibaan novelis remaja paling ngetop di tanah air. 

Lulus jarum, lulus kelindan. Itulah kata pepatah Melayu.

Apabila AinMaisarah masuk ke dalam premis sekolah, maka Komik-M pun ikut masuk (lihat foto).

Secara tradisinya, sekolah memusuhi komik. Kedai buku dan alat tulis dalam premis sekolah tidak diizinkan menjual komik. Guru-guru akan menyita komik yang didapati ada dalam beg sekolah pelajar. Malah ibu bapa pun tidak membelikan komik untuk anak-anak.

Justeru, adalah suatu perkara yang luar biasa apabila DutaPTS Ain Maisarah diberi peluang oleh pengurusan sekolah-sekolah bagi menyampaikan ucapan motivasi di hadapan perhimpunan pagi, sambil beliau  memegang Komik-M "Misi 8 A", karya Afiq & Nazry.

Komik "Misi 8 A" itu diangkat tinggi-tinggi oleh beliau supaya para pelajar nampak, dan semua guru-guru nampak. Kemudian beliau menceritakan mengapa komik itu sangat istimewa dan patut dibaca oleh semua pelajar yang mahu mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan.

Itulah tugas berat yang dipikul oleh DutaPTS AinMaisarah, yakni meyakinkan guru-guru bahawa Komik-M adalah alat bantu mengajar dan belajar Bahasa Melayu yang betul, serta mengandungi mesej-mesej yang dekat di hati golongan remaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat: Mahu Jadi Penerbit Buku Sendiri Previous entry: Alif Lelaki Kacak PTS di Berita Harian
Aiyrie Rizalman  on  05/23  at  02:43 PM

Assalamu’alaikum,

Puan,
Saya sekadar ingin berkongsi cerita. Salah seorang anak buah saya belajar di sebuah sekolah berasrama, sekolah beraliran agama.

Walaupun sekolahnya “mengharamkan” kemasukan komik,  namun Komik M telah mendapat pengecualian. Saya tidak pasti pengecualian itu memang datang dari pihak guru-guru atau bukan, yang pasti pihak pengawas tidak merampas Komik M jika ada pelajar yang didapati memilikinya. Namun jika komik lain, pasti akan dirampas.

Semoga PTS terus kekal menjadi penerbit buku-buku yang memendaikan bangsa.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.