Monday, May 17, 2010

Duta PTS AinMaisarah Sudah Memulakan Kempen Jejalah Sekolah 2010

Sekolah-sekolah di sekitar Lembah Kelang yang berminat mengundang DUTA PTS AinMaisarah kini boleh menghubungi pengurus beliau Tuan Syaizul Amal.

Duta AinMaisarah akan datang dan memberi ucapan motivasi kreativiti dalam bidang penulisan selama 20 minit kepada semua pelajar.

Pada hari itu beliau akan membuka meja pameran bagi memperkenalkan dan mempromosi pelbagai buku-buku PTS yang sesuai untuk bacaan para guru dan pelajar, bukan hanya buku beliau sahaja.

Kemudian, bagi pelajar-pelajar yang mempunyai bakat menulis dan berminat mahu menjadi penulis, Duta AinMaisarah boleh mengadakan sesi khas untuk mereka mengetahui persediaan asas menjadi penulis yang berjaya dalam pasaran dan dapat hidup sepenuh masa sebagai penulis profesional.

Jika sekolah mempunyai senarai buku-buku PTS yang mahu dipesan khas untuk pusat sumber sekolah, mohon emelkan senarai itu lebih awal kepada Tuan Syaizul Amal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku-buku Baru untuk Kempen Membaca Bulan Ramadan Previous entry: Chef Zul & Che Dzul di Subang Parade

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.