Wednesday, July 08, 2009

“Easily 12 billion…”

Dalam suatu majlis jamuan makan malam, saya dan Prof. Abdullah Hassan duduk semeja dengan Dato' Dr. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran (yang sejak mula menentang PPSMI) dan isteri beliau.

Timbalan Menteri itu duduk sebelah menyebelah dengan Prof. Abdullah Hassan, manakala saya duduk di sisi profesor itu. Jadi saya dapat mendengar dengan jelas semua yang mereka percakapkan.

Dalam perbualan antara Dato' Dr. Puad dan Prof. Abdullah Hassan, timbullah isu PPSMI. Menurut Timbalan Menteri itu, beliau telah bertanya kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, berapa sebenarnya duit yang sudah dibelanjakan untuk PPSMI. KSU itu menjawab pertanyaan beliau dengan berkata, "Easily, twelve billion...." (saya tuliskan verbatim)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Diskaun antara 15% - 30% bagi Guru yang Membeli Buku PTS untuk Pusat Sumber Sekolah Previous entry: Idea dari Prof. Muhd. Kamil Ibrahim tentang konsep 'PTS Malaysia'
Pak Cik Kayo  on  07/08  at  09:26 PM

Assalamualaikum,

Pak Mahat punya idea sudah kena pancung. Dia sudah marah marah di dalam blognya. Teringat kata kata Ahmad Nisfu..“kecil kecil tak mau mamfus..”!

Marniyati Mohd. Nor  on  07/08  at  10:07 PM

Salam, Puan Ainon.

Ini sekadar pandangan peribadi saya:

Kita sememangnya harus berterima kasih kerana KPM sudi memansuhkan PPSMI, tetapi perjuangan ini tidak harus terhenti di sini.

PPSMI hanya dimansuhkan mulai 2012. Bukan serta-merta seperti yang kita minta. Bukan juga serta-merta seperti ketika ia dilaksana. Itupun hanya dimansuhkan di sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja, bukan di peringkat IPT. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi masih dinafikan haknya.

Sejauh mana ia benar-benar akan dimansuhkan, itu belum pasti. Setakat ini, ia hanyalah sebuah janji yang belum pasti tertunai atau tidak. Apa sahaja boleh terjadi dalam masa 3 tahun lagi. Mungkin akan naik seorang lagi Menteri Pelajaran yang baru selepas PRU13 dan menarik balik keputusan memansuhkan PPSMI ini. Siapa boleh menjanjikan perkara sebegini tidak berlaku, bukan? Kuasa politik boleh membenarkan apa sahaja terjadi.

Berita sebenarnya adalah “PPSMI AKAN DITERUSKAN UNTUK 3 TAHUN LAGI” dan bukannya “PPSMI DIMANSUHKAN”.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/09  at  06:25 AM

Setuju sangat dengan puan Marniyati. Mengapa mesti ditunggu sehingga tahun 2012? Apa muslihat mereka? Adakah pihak Sekretariat GMP sudah berpuashati dengan keputusan ini?

Keputusan kabinet ini hanyalah sekadar untuk meredakan kemarahan penyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). Untuk mendapatkan sedikit ‘political mileage’ dan supaya pihak GMP tidak lagi membuat ‘kacau’ (road show) setiap kali berlakunya Pilihanraya Kecil.

Pihak kerajaan pasti gembira apabila mendapati keputusan yang mereka buat digemari ramai. Tetapi tanpa disedari orangramai terpedaya atau terlupa bahawa dasar ini sebenarnya terus dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 tahun lagi.

Siapa boleh berikan jaminan sementara menunggu tahun 2012, tiada ‘tangan ajaib’ yang akan mengubah keputusan semalam?

Moralnya: Perjuangan masih belum selesai!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: