Tuesday, October 19, 2010

Tip Survival Penerbit: Mahu Buat Duit dengan Edisi Murah ataupun Edisi Mahal?

Patutkah buku yang sangat laku jualannya diterbitkan juga dalam edisi murah? Berkenaan isu ini ada 2 amalan:

(1) Disebabkan sesuatu buku itu sangat laku, ini bermakna permintaannya sangat tinggi, maka ini adalah peluang penerbit membuat lebih banyak keuntungan dengan menaikkan lagi harga jualan buku itu.

Harga dapat dinaikkan dengan dua cara:

(i) Apabila diulangcetak, buku itu diberi sedikit perubahan supaya harganya dapat dinaikkan, sebagai contoh desian kulitnya ditukar. Justeru memang ada penerbit yang melakukan ini.

(ii) Edisi kulit lembutnya tidak diulangcetak lagi, sebaliknya edisi kulit keras sahaja yang dicetak.

(2) Disebabkan buku itu sangat laku, bermakna masih ada golongan yang ingin membeli buku itu tetapi tidak mampu, maka ini adalah peluang menjual buku tersebut dalam bentuk edisi jimat supaya lebih banyak orang dapat membelinya. Ini dipanggil 'mass market'.

Memang amalan ini banyak dilakukan oleh penerbit di mana buku yang sama dicetak dalam bentuk paperback, supaya ia dapat dijual dengan harga yang lebih rendah.

Inilah prinsip yang diamalkan oleh PTS, iaitu menjual buku-buku yang tinggi permintaannya dengan harga lebih murah demi memandaikan bangsa.

Sebagai contoh, sehingga saat ini, buku Yakjuj & Makjuj karya Muhammad Alexander ini sudah terjual lebih 40,000 naskhah, dan jualannya masih berterusan.

PTS baru sahaja memperkenalkan edisi jimat bagi buku ini. Edisi kulit lembutnya berharga RM31.50, manakala edisi paperbacknya berharga RM24.00.

Ada buku diterbitkan semula oleh PTS dalam edisi kulit keras supaya harganya lebih murah. Contoh terbaik adalah buku antologi 4 buah novel Khalifah-Khalifah yang Benar. Jika 4 novel itu dibeli eceran, harga lebih RM100. Jika dibeli edisi kulit kerasnya, harganya cuma RM55 sahaja.

Pada waktu yang sama, edisi eceran dalam bentuk paperbacknya juga diterbitkan khusus bagi pasaran golongan berpendapatan rendah.

Apabila edisi jimat siri khalifah ini diterbitkan, jualan edisi kulit keras dan edisi kulit lembutnya yang lebih mahal itu tetap berjalan. Ini berlaku disebabkan kelompok pembelinya tidak serupa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Armagedon 2012 Diulangcetak Selepas 24 Hari Masuk Gudang PTS Previous entry: Iklan! Projek Rumah Buku Mencari Hos

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.