Thursday, July 03, 2008

Edisi Paperback PTS

Sebanyak 22 judul PTS sudah diterbitkan sebagai edisi paperback. Tengok di sini klik.

Edisi paperback PTS dipilih daripada judul-judul yang sudah lama terbit dan terbukti buku-buku itu laku tahun-demi-tahun dalam pasaran.

Justeru, jika buku saudara sudah lebih 3 tahun laku dalam pasaran, buku saudara mungkin dipilih supaya diterbitkan juga dalam edisi paperback. 

Apabila sesebuah judul itu diterbitkan sebagai edisi paperback, edisi kulit lembutnya tetap terus diterbitkan. Walaupun edisi paperback jauh lebih murah, hal itu tidak pula menyebabkan edisi kulit lembutnya tidak laku. Malah kedua-duanya tetap laku, walaupun dipamerkan dalam kedai yang sama.

Ertinya, saudara akan menerima royalti daripada kedua-dua edisi itu. 

Jadi, timbul pertanyaan, jika edisi kulit lembutnya tetap laku, mengapakah PTS menerbitkan edisi paperbacknya yang lebih murah? Tidakkah itu menyebabkan kerugian dari sudut margin keuntungan?

Inilah jawapan kita: PTS menerbitkan edisi paperback bagi buku-buku yang laku demi membolehkan golongan yang tidak kaya mampu membeli dan membaca buku-buku PTS yang berkualiti.

Bagi membolehkan edisi paperback PTS dijual pada harga murah, semua penulis buku-buku itu bersetuju royalti mereka hanya 5% sahaja, manakala margin keuntungan PTS hanya 2% sahaja.

Inilah pengorbanan penulis-penulis PTS demi memandaikan bangsa.

NOTA: Buku Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual terbit dalam edisi kulit lembut dan paperback. Kedua-dua kekal laku walaupun dalam kedai yang sama. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cerita Kedai Buku Agama Tradisional Previous entry: Kulit Mana Perempuan Lebih Suka?

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: