Edisi Paperback PTS: Bersaing ataupun Flanking
Sudah hampir 20 judul PTS diterbitkan semula sebagai edisi paperback. Edisi paperback PTS ditargetkan kepada pembaca perempuan muda.Buku di sebelah ini juga ditargetkan kepada perempuan muda. Tetapi mengapakah gambar kulitnya menggunakan ikon lelaki muda bermain layang-layang? Sebab kajian mendapati perempuan muda lebih terpengaruh apabila yang dijadikan duta produk adalah lelaki muda yang tampan.
Apakah kriteria judul yang layak dipilih sebagai buku paperback?
(1) Buku itu sudah terbit lebih 3 tahun.
(2) Buku itu terbukti laku dalam pasaran.
Edisi paperback PTS dicetak 2 ribu naskhah bagi setiap cetakan, dan dibeli semuanya oleh Syarikat Fajar. SF adalah pengedar novel popular terbesar di Malaysia sekarang.
PTS memilih Syarikat Fajar sebab edisi paperback ini ditargetkan kepada pembaca-pembaca novel popular, supaya mereka mempunyai pilihan sama ada mahu membaca lebih banyak novel cinta ataupun beralih kepada buku-buku ilmu.
Dengan melantik Syarikat Fajar, edisi paperback ini berjaya menembusi outlet novel-novel cinta. Itulah sebabnya saiz edisi paperback PTS serupa dengan saiz novel-novel popular.
Objektif PTS menerbitkan edisi paperback adalah bagi membolehkan pembaca berpendapatan rendah mampu membaca buku-buku bermutu pada harga patut. Bagi edisi kulit lembut yang berharga RM23, edisi paperbacknya dijual sekitar RM13 sahaja.
Bagi menurunkan kos, semua pihak berkorban. Penerbit hanya mengambil margin 2%, manakala penulis hanya mengambil royalti 5%.
Syarikat Fajar pula mengambil risiko 100%, sebab ia membayar tunai 2 ribu naskhah itu. Sebagai imbalan, Syarikat Fajar mendapat hak eksklusif mengedarkan semua judul paperback PTS.
Rekod jualan PTS menunjukkan, kehadiran edisi paperback tidak menurunkan jualan edisi kulit lembut.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam sejahtera Puan Sifu,
Ya! Antara buku Puan & Prof. yang harus dimiliki.
Saya beli pada sekitar suku ke-3 tahun 2003, dan ada beberapa perkara serta maklumat yang mempengaruhi corak pemikiran saya sekarang.
Gambar kulit pun kelihatan segar.
——-
Post a comment