Saturday, May 13, 2006

Editor dan Rasuah

Seorang penulis novel pernah meminta nasihat apakah beliau perlu membeli buah tangan untuk diberikan kepada editor novelnya. Persoalan itu timbul disebabkan pada hari beliau pergi ke pejabat penerbit bagi mengambil cek royaltinya, si editor berkata, “Takkan tak ada apa-apa!”


Penulis tidak boleh memberi sebarang buah tangan kepada editornya, biar sebanyak mana sekalipun sumbangan editor itu kepada kejayaan bukunya dalam pasaran. Editor memang dibayar oleh syarikat bagi memastikan buku-buku yang dieditnya berjaya dalam pasaran.


Pengurusan syarikat hendaklah memastikan para editornya bersih daripada amalan menerima sebarang bentuk buah tangan daripada penulis. Tindakan tatatertib hendaklah diambil apabila terbukti seseorang editor itu menerima buah tangan daripada penulisnya.


Amalan penulis memberi buah tangan kepada editor bukunya adalah membahayakan kepentingan syarikat disebabkan faktor-faktor berikut:





  1. Pada prinsipnya, apabila editor menerima buah tangan, itu adalah amalan RASUAH. Editor yang rasuah amat berbahaya kepada syarikat.




  2. Buah tangan menyebabkan editor berasa serba salah apabila menerima manuskrip baru daripada penulis yang sama. Sekiranya manuskrip itu tidak layak diterbitkan, si editor malu alah hendak menolak manuskrip itu sebab dia sudah pernah menerima pemberian si penulis. Akibatnya, si editor akan meluluskan manuskrip yang tidak berkualiti.




  3. Pemberian buah tangan merosakkan hubungan baik yang sihat antara editor dengan editor-editor lain. Buah tangan menyebabkan sesama editor saling cemburu mencemburui. Sesama editor menjadi saling curiga-mencurigai, umpat-mengumpat, dan dengki-mendengki. Akibatnya sesama editor tidak mahu tolong-menolong dan tidak mahu memberikan kerjasama kepada penulis yang berada di bawah jagaan editor-editor lain.




  4. Pemberian buah tangan dari penulis menyebabkan masing-masing editor mengamalkan pilih kasih ke atas penulis-penulisnya. Mereka memberikan layanan istimewa kepada penulis yang memberi buah tangan yang mahal-mahal.




  5. Amalan memberi buah tangan menyebabkan editor berasa tidak puas hati dengan penulis masing-masing yang tidak memberi buah tangan mahal, meskipun karya penulis itu laris di pasaran. Malah, sebenarnya, semakin laris karya si penulis, semakin editornya tidak puas hati mengapa buah tangan yang diterimanya tidak mahal.




  6. Amalan itu menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati di kalangan para penulis. Orang yang tidak puas hati tidak tutup mulut. Mereka bercakap kepada orang-orang lain, dan ini merosakkan imej syarikat.




Para penulis tidak patut berasa bersalah apabila mereka tidak memberi sebarang bentuk buah tangan kepada editornya setiap kali tiba musim pembayaran royalti.


Bagi mengelakkan rasuah, semua cek royalti hendaklah dihantar oleh Jabatan Kewangan terus kepada penulis, bukan diserahkan kepada editor supaya diambil sendiri oleh penulis dari tangan si editor. Amalan ini membuka pintu kepada pelbagai salah urus dan salah guna kuasa.


Bukanlah kerja staf Jabatan Editorial memegang dan menyimpan cek-cek penulis. Membenarkan amalan penulis datang sendiri dan mengambil cek daripada tangan editor bukunya adalah kesalahan kerja pada pihak Jabatan Kewangan.



Buah tangan adalah suatu jenis RASUAH. Orang yang memberi dan orang yang menerima RASUAH sama-sama membahayakan kepentingan syarikat, dan kehadiran mereka tidak diperlukan dalam syarikat.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(54) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surah Yusuf: Sedikit Catatan Previous entry: Siapa Baca Chicklit PTS?
wan a. rafar  on  05/09  at  11:23 AM

satu peringatan (atau amaran) kepada para penulis untuk mengekalkan masyarakat bersih, ikhlas sesuai dengan tuntutan islam.
——-

Latiptalib  on  05/09  at  11:30 AM

pada pendapat saya perlu wujud hubungan baik antara penulis dengan editor tetapi jangan sampai merugikan syarikat.

dengan adanya hubungan baik itu dapat menyelesaikan masalah terutama berkaitan dengan buku yang hendak diterbitkan.

memang tidak dapat dinafikan editor memainkan peranan penting dalam penerbitan buku atau novel. manuskrip yang baik menjadi lebih baik bila ditangani oleh editor yang baik. begitu sebaliknya.

katakanlah, sesebuah novel itu laris di pasaran dan penulisnya menerima royalti hingga beratus ribu ringgit. apa kata editor yang turut bertanggung jawab melariskan buku itu jika penulisnya berlagak sombong setelah mendapat royalti yang banyak?. lebih teruk jika penulis marahkan editor kerana menokok tambah atau mengedit manuskrip tersebut.

sebagai penulis kita kena jaga juga perasaan editor. rasanya tidak salah kalau jumpa editor kita ucapkan terima kasih kerana dia bertanggung jawab melariskan buku kita.

rosie  on  05/09  at  12:12 PM

Puan Ainon, saya sokong apa yang puan perkatakan sebab saya memang tahu ada penulis yang membelikan hadiah mahal kepada editornya bila sudah terima wang royalti buku pertama. Tapi saya tengok buku kedua dan ketiga penulis itu memang tidak ada kualiti, macam buku orang baru belajar menulis novel saja, tapi terbit juga. Sedangkan ada buku penulis baru yang lebih baik, tapi tak terbit-terbit, asyik tangguh, tangguh, tangguh. Tahniah sebab puan berani menulis tentang perkara ini.

Bekas editor  on  05/09  at  12:30 PM

Saya pernah bekerja dengan sebuah penerbit buku-buku sekolah. Bukan perkara luar biasa penulis yang menerima banyak royalti membelanja editornya makan sedap di hotel, tapi supaya tidak dipandang serong, dia jemput semua orang dalam jabatan itu makan (lunch) termasuk kerani dan office boy. Dia minta izin dari manager dulu untuk membelanja semua staf. Saya rasa kalau macam itu, ia tidak membahayakan syarikat sebab dia cuma belanja makan saja, dan semua dibelanja. Tak ada apa-apa yang disorok2. Yang hanky-panky yang sebenarnya rasuah.

Fakrul  on  05/09  at  01:11 PM

Puan,

Menarik entri puan kali ini. Pelbagai cerita yang sudah saya dengar mengenai hal ini.  Saya pernah tahu ada seorang penulis yang rajin benar memberi hadiah kepada editornya (hanya editor itu sahaja).  Kerana itu juga, hanya editor itu sahaja yang dibenarkan untuk mengedit manuskrip-manuskripnya.  Dengar ceritanya pula, editor yang dimaksudkan tidak akan mencantas apa-apa daripada manuskripnya itu, sedangkan penulis lain, ada yang hampir botak dikerjakan editor-editor yang lain pula.
Sekalipun ceritanya tidak sedap, bukunya tetap diterbitkan!  Editor yang lain tak berani pun nak kata tak sedap!

Ada yang suka belanja makan kepada orang tertentu, kerana dia tahu itulah cara untuk mengambil hati dan pastikan bukunya diterbitkan selalu, tanpa tapisan yang ketat!

Ada penulis tu pula, memang rajin beri hadiah kepada editor dan juga kakitangan yang lain yang terlibat dalam penerbitan bukunya.  Cerita penulis ini pula, dia memang seronok membeli hadiah untuk sesiapa sahaja.  Katanya rezeki kenalah dikongsi juga dengan yang banyak menolong.

Ada penulis pula, katanya terpaksa membeli dan memberi hadiah, kerana editornya asyik mengingatkan dia berapa banyak royalti yang sudah diterimanya!  Kerana itu, dia pun membelilah hadiah untuk menggembirakan editornya, tanpa berniat untuk memberi rasuah!

Apapun… saya percaya, lagi elok kalau bos besar beritahu semua orang (penulis dan juga editor atau siapa-siapa pun) supaya jangan berikan apa-apa kepada sesiapa jua.  Kerana semestinya bila amalan memberi ini dilakukan, sekalipun sekadar suka-suka tanpa niat songsang, perkara itu akan menjadi buruk sangka bagi orang lain dan mungkin menjadi fitnah.

Bos besar patut tahu apa yang sedang berlaku di belakangnya, kerana kalau dibiarkan, amalan ini akan merosakkan perhubungan antara penulis dan kakitangan syarikatnya. Akhirnya… akan musnahlah imej!

Anonymous  on  05/09  at  01:54 PM

Wah, macam2 cerita dah keluar ni puan… saya pun nak tumpang cerita pengalaman saya. Editor saya ni minta pinjam duit, katanya dia tak cukup duit nak bayar roadtax. Nak bagi saya rasa salah, tak bagi saya takut lain kali dia tolak buku saya. Macam mana tu Puan? Itu pun rasuahkah?

peminat buku PTS  on  05/09  at  02:10 PM

Puan Ainon, boleh saya bertanya. Puan berani tulis tentang editor yang rasuah adakah puan yakin editor2 PTS tak ada yang terima apa-apa hadiah dari penulis? Saya memang tak ada bukti, tapi manalah tahu? Harap-harap editor PTS betul-betul buat kerja secara profesional, tak ada pilih kasih.

pena timur  on  05/09  at  02:57 PM

Kepada peminat buku PTS, saya rasa kekhuatiran sdr tu tidak berasas. Kalau sdr tak ada bukti, janganlah rasa ragu, tentu kecil hati editor2 PTS tu. Buku-buku saya diterbitkan oleh PTS. Saya tidak pernah memberi apa-apa hadiah kpd editor cukup dengan hantar sms terima kasih sahaja. Sebuah lagi buku saya sedang dalam proses penerbitan sekarang. Saya yakin PTS akan terus menjadi penerbit yang bersih dari segala aspek negatif. Tahniah kepada Sifu dan semua kakitangan PTS kerana berjaya menjadi penerbit yang amat profesional.

delilah  on  05/09  at  03:05 PM

Puan Ainon,

Macam yang Fakrul tulis itu memang benar2 terjadi. Dalam kes saya, cek royalti belum saya terima, editor saya sudah kira2 berapa jumlahnya, dan dia hint2 pada saya. Habis tu, terpaksalah belikan hadiah. Kalau setahun sekali, ok lagi, kalau setahun berkali-kali, hati kita pun rasa tak seronok, tapi apa nak kata? Dia durian, kita timun….

mesin taip buruk  on  05/09  at  03:40 PM

Tak sangka, ingatkan polis saja pau orang kecik, rupa-rupanya editor pun pau penulis? Ish ish, dah nasib penulis di Msia yg cemerlang, gemilang dan terbilang!

penulis kitab  on  05/09  at  03:54 PM

Puan Ainon, perkara ini membuat saya hilang semangat hendak menulis. Adakah editor rasuah ini ada di semua penerbit? Atau cuma di penerbit kecil sahaja. Macam mana saya nak tahu penerbit mana yang editornya rasuah? Adakah editor buku2 agama pun terlibat?

Anonymous  on  05/09  at  04:03 PM

Ini satu lagi cerita betul. Ada editor minta penulis gantikan empat2 tayar keretanya yang dah botak!!!

Latiptalib  on  05/09  at  04:26 PM

saya pernah menulis di beberapa buah penerbitan antaranya utusan, karangkraf, DBP dan estiew. tidak pernah pula terjadi editor minta rasuah. kerana itu saya tak percaya ada editor yang tergamak sampai minta tukar tayar kereta kepada penulis.

kalau benar terjadi elok buktikan sebab perkara itu telah didedahkan. kalau tidak orang akan kata saja nak membuat tuduhan.

lagi satu tidak timbul soal timun dan durian. kalau manuskrip baik dan bermutu jika ditolak oleh satu penerbit boleh hantar ke tempat lain.

Anonymous  on  05/09  at  04:44 PM

saya rasa hal ini wujud. khasnya di penerbitan swasta yang besar. penerbit seperti dbp - buku tak laku…jadi penulis tak ada duit nak rasuah. dan ini satu lagi cerita rasuah dalam dunia perbuku. dengarnya, tak lama lagi teks sastera akan dimasukkan dalam pengajaran di sekolah rendah. dan dengarnya juga…yang karya dan novel yang dipilih itu..entah siapa penulisnya. tak berkualiti. dan dalam masa yang sama, sudah ada penerbit yang berjumpa dengan pihak yang memilih..dengan beberapa habuan, suapa novel terbitan mereka dijadikan teks untuk sekolah..aduhai malangnya dunia perbukuan tanah air…

Latiptalib  on  05/09  at  04:56 PM

hehe biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Ainin Naufal  on  05/09  at  05:51 PM

Alahai, puan. En.Panah dah janji nak belanja saya dan kawan2 sebab buku KOle KAcangnye sold-out. Tapi buku En.Panah yang saya edit tetap saya cantas habis-habisan. Itu masih dikira rasuah ke? Alahai… macam mana ni?

Anonymous  on  05/10  at  08:23 AM

Alahai! Penulis DBP macam mana nak rasuah editor, buku 6 tahun pun masih tak terbit, sampai 3 kali tukar editor, pun belum jugak terbit. Penulis2 yang rasuah editor tu sebab dia banyak dapat royalti, sampai puluh2 ribu. Apa salahnya belikan editor handbag jenama mahal? DBP tak reti jual buku, macam mana penulis nak dapat banyak royalti. Ada sesiapa tahu emel Dato Johan, kita nak tulis direct padanya. Khabarnya dia tu action oriented…

pensil patah  on  05/10  at  08:37 AM

Hmm… 6 tahun belum terbit, tu belum pecah rekod… buku ayah saya 11 tahun baru terbit. Alahai DBP, ketua pengarah keluar masuk, DBP macam tu gak… pasal ayah saya tak bagi rasuah kot.

Fakrul  on  05/10  at  09:11 AM

Tumpang lalu Puan Ainon,

Pak Latip,

Ini bukan cerita dogeng, Pak Latip.  Budaya ‘pau mengepau’ ni dah lama ada.  Malah, di mana-mana sahaja.Bukan semua orang baik hati macam Pak Latip.  Saya percaya ramai penulis yang baik hati, tapi terpaksa lakukan perkara-perkara buruk ni, sebab TERPAKSA.

Takkanlah pulak nak usung manuskrip sana sini macam penggemis! Hendak tak hendak, layan sajalah… kalau tak, buku tak terbit.  Ada penulis tu, menulis memang dah jadi periuk nasinya. 

Apapun… memang ini perbuatan yang salah dan berdosa.Dalam begitu, saya tahu memang ada penulis yang baik hati… suka belanja orang bila rezekinya murah tanpa niat apa-apa yang tak elok.  Malangnya, akan ada yang mengambil kesempatan di atas budi baik orang-orang seperti ini.

Lebih baiklah tak usah amalkan sikap suka menjamu atau memberi buah tangan.  Kerana bukan semua orang fikir baik-baik… ramai yang akan mengambil kesempatan.  Bagi sekali… kena bagi selalu.  Kalau tidak… jaga kau!  Buku tangguh2lah jawabnya, atau sangkut terus.

pensil patah  on  05/10  at  09:40 AM

Tumpang lalu, Puan Ainon.

Pak Latip & Pak Fakrul,
Editor memang powerful! Sesiapa yang tak pandai rasuah dan ampu editor, memang teruk…. tengok sajalah nasib sasterawan negara macam A Samad Said tu, sampai dia mogok sastera terhadap DBP. Ada ke patut?

Anonymous  on  05/10  at  09:55 AM

sdr fakrul, alhamdulillah saudara baik sangka pada saya.

dengan DBP novel saya ada juga terbit walaupun saya tak pernah jumpa editornya. setahu saya manuskrip yang hendak diterbitkan oleh DBP dinilai dulu oleh pihak ketiga (orang luar). kemudian dibawa ke mesyuarat.kalau manuskrip itu tak lulus maka tak akan diterbitkan. dengan arti kata lain kuasa menerbitkan buku atau novel bukan terletak kpd editor. mungkin itu salah satu sebab kenapa lambat terbit.

setahu saya penerbit swasta juga kuasa menerbitkan novel bukan terletak 100% di tangan editor. mereka juga ada pihak yang menilainya.

typewriter burok  on  05/10  at  10:49 AM

Nampaknya perbincangan tambah menarik. Tentang penilai luar tu, hahaha…. ada editor pilih penilai yang ngam dengan dia saja, kemudian dia suruh penilai tulis yang baik-baik saja pasal buku tu, sebab si editor tu memang hendak terbitkan buku penulis tuh! Ini semua cerita kong-kali-kong pun ada!!

Yang dikatakan penilai luar DBP tu pun belum tentu layak menilai. Takkan tak ingat cerita DBP pernah tolak “Ranjau Sepanjang Jalan” sebab katanya tak mencapai taraf DBP. Koleksi sajak2 Masuri SN pun DBP pernah tolak!

Pak Latip takkan tak tahu politik penilai2 luar. Kalau member punya, dia nilai cara lain, kalau bukan member punya, lain pulak caranya.

Ada satu kes, penilai pertama tak luluskan, editor pendam laporan tu, kemudian buku tu dihantar pd penilai lain pulak yang bukan bidangnya, baru lulus!!

Macam-macam ada…..

Anonymous  on  05/10  at  12:10 PM

Tidak semua penerbitan swasta bermasalah begini.  Editor saya tidak meminta apa-apa, dan saya tidak memberi apa-apa, tetapi novel saya mendapat keutamaan berbanding penulis lain.

Mungkin Puan Ainon patut menyenaraikan editor + syarikat mana yang berlaku sebegitu; jadinya tidak wujud prasangka semua penerbitan swasta dilanda masalah ini.

pujangga  on  05/10  at  12:32 PM

Saya syorkan pengurusan syarikat penerbit menyenaraikan etika bagi profesion editor buku. Sebutkan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh editor.

Contoh:

1. Editor tidak boleh menilai bukunya sendiri untuk diterbitkan oleh syarikat di mana dia bekerja. Kalau tidak dia terbitkan bukunya sendiri yang belum tentu ada kualiti. Itu salah guna kuasa namanya.

2. Editor tidak boleh menjalin hubungan asmara dengan penulisnya sendiri.

3. Editor tidak boleh pergi holiday dengan penulisnya.

4. Editor tidak boleh menerima hadiah harijadi dari penulis.

5. Editor tidak boleh menilai buku yang ditulis oleh kaum keluarganya sendiri.

Senarai ini boleh ditambah…..

Bila etika itu ada barulah adil tindakan tataterbit diambil ke atas mana-mana editor yang melanggar etika itu.

Wallahualam.

Anonymous  on  05/10  at  01:53 PM

Mmmm…. bab editor nilai bukunya sendiri dan terbitkan bukunya sendiri tu, macam saya pernah tengok je!

Page 1 of 3 pages  1 2 3 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: