Editor DBP: Masuklah Kedai Buku
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah wujud lebih 50 tahun, tetapi judul-judul buku dan cover-cover buku terbitan DBP tidak menampakkan profesionalisme jabatan-jabatan editorialnya bertambah tinggi.
Salah satu faktornya adalah disebabkan para editor DBP tidak menjadikan kedai-kedai buku sebagai tempat mencari idea judul dan desain cover yang menarik di mata pembeli dan pembaca buku.
Bak kata seorang designer mantan DBP, kalau sesiapa pernah terserempak editor DBP sedang membelek-belek buku di dalam kedai buku seperti Kinokuniya di KLCC dan MPH di Midvalley, maka bolehlah dikatakan kejadian itu amat luar biasa.
Buku Suluk Cinta ini adalah koleksi puisi remaja. Ia bukan novel seram. Bukan buku tarekat sesat. Bukan juga cerita adventur eksplorasi di dalam gua tepi laut.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Banyak juga buku-buku terbitan DBP yang bagus-bagus. Terutama yang menang pertandingan itu dan sayembara ini.
Saya sangka ‘Suluk Cinta’ terbitan awal 90-an. Begitulah.
Kali ini saya sokong dengan pandangan puan.
Post a comment