Thursday, February 26, 2009

Editor Perempuan dan Penulis Perempuan

Bagi penerbit buku-buku yang banyak dihasilkan oleh penulis perempuan, seni menjalin dan mengekalkan persahabatan dengan penulis-penulis perempuan adalah amat penting.

Buku-buku yang banyak ditulis oleh perempuan adalah buku-buku bacaan perempuan, golongan remaja, dan buku kanak-kanak. Novel termasuk dalam kategori ini.

Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang penulis perempuan lari daripada penerbitnya adalah apa yang disebut “jurang emosi”. Faktor jurang emosi adalah lebih penting bagi penulis-penulis perempuan dibandingkan dengan penulis lelaki.

Perempuan meletakkan nilai tinggi pada komunikasi interpersonal.

Bagi perempuan, persahabatan dan hubungan baik adalah sumber kepuasan yang sangat bernilai. Itulah sebabnya, bagi perempuan, apabila kualiti hubungan interpersonal rosak, seluruh hubungan ikut rosak, termasuk hubungan profesional dan juga hubungan bisnes.

Bagi penulis perempuan, isu suka ataupun tidak suka kepada seseorang editor itu adalah sangat penting. Mereka tidak mengasingkan antara syarikat dengan petugas syarikat.

Isu jurang emosi adalah faktor utama yang mendorong penulis-penulis wanita terkenal lari meninggalkan penerbit mereka hanya disebabkan mereka tidak puas hati dengan hubungan interpersonal dengan editor.

Psikologi penulis lelaki dapat membezakan syarikat daripada pekerja syarikat. Faktor inilah yang membolehkan penulis lelaki, meskipun dia membenci editornya, tetapi pada waktu yang sama dia terus menghantar karyanya kepada editor itu kerana dia suka gaya pengurusan syarikat itu. Bagi penulis lelaki, asal sahaja dia mendapat cek-cek royaltinya mengikut jadual, isu emosi tidak penting. Perempuan tidak!

Penulis perempuan tidak akan berkata, “Saya benci tengok muka editor, tetapi saya suka syarikatnya, oleh itu saya akan terus setia kepada penerbit itu.”

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Di mana Tuhan dalam Minda Kanak-kanak Singapura Previous entry: Polis Belum Keluarkan Permit - Rapat Raksasa Tetap Diteruskan.
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/26  at  06:40 AM

Rencana ini agak berat kalau mahu didiskusikan Ainon. Kebenaran daripada apa yang anda katakan itu memang ada dan menurut psikologi perempuan pun memang betul juga. 

Tapi soal suka kepada penerbit tetapi tak suka pada editor ini kadang-kadang sama saja antara lelaki dan perempuan.  Misalnya saya sendiri, kali pertama novel swaya ditolak DBP dengan bahasa “tidak layak” untuk diterbitkan membuatkan saya merajuk panjang.

Sejak tahun 1970han hingga tahun di alaf 21 ini barulah luka itu betah sedikit dan novel saya diterbitkan itu pun setelah ada ijazah panjang-panjang, ada haji, ada datuk ada prof agaknya.  Padahal orangnya yang itu, itu juga.

Satu peristiwa lagi sama juga dengan sebuah penerbit yang curang dan culas bayar royalti, sakit hati saya sampai kini tak habis, malah doa saya agaknya dimakbul Tuhan, bukan vsaja kompeninya lingkup, taukehnya mati sampai kering berulat fasal aniaya ramai penulis. Saya sendiri dia bawa mampus lebih tujuh puluh ribu ringgit Malaysia. 

Berbalik kepada editor, agaknya memang betullah kata Ainon tu, editor perempuan ini lain sedikiot pendekatannya, sebab itu saya tertariuk dengan editor perempuan hingga mengahwininya langsung!

Cara mereka kerjakan manuskrip kita amat cermat dan berhati-hati.  Mereka tidak moody dan ikut sentimen. Jadi saya sarankan sesiapa juga yang mahu karyanya diterbitkan, dan dapat imbuhan yang besar, carilah penerbit perempuan, dan editornya pun perempuan, insya_allah anda akan senang. 

Cuma saya seorang saja yang belum mencubanya, walaupun berpuluh kali mengaku akan melakukannya - Wak Semar.

zulkhair  on  02/26  at  11:11 AM

Bagaimana bila benci tengok muka suami? He, he. Apa pun tahniah. Analisis yang amat menarik!

arrantaui  on  02/27  at  03:52 AM

Perempuan berkata, “apa emosi aku kata?”
Lelaki berkata, “apa akal aku kata?”

Perempuan selalu lihat apa ada dalam hatinya. Lelaki selalu tengok apa yang ada di sekelilingnya.

W Nor Ainon  on  03/01  at  02:23 AM

Hi…hi…hi, tabiat wanita yang Puan cakap itu bukan sahaja berlaku dalam industri penerbitan, bahkan dalam mana-mana pertubuhan/ organisasi.  Pengalaman saya membuktikannya.  Bila baca komen Wak Semar pula, baru saya nampak lebih jelas rupa-rupanya lelaki pun dapat tempias tabiat seperti itu.

Sebenarnya, ia adalah tabiat yang normal.  Justeru Islam sangat menitik beratkan konsep habluminannas selepas mengelokkan habluminallah.  Komunikasi interpersonal itu sebahagian daripada habluminannas.

Bukan organisasi besar dan kecil sahaja menerima kesan kelemahan komunikasi interpersonal, bahkan Islam sebagai agama yang syumul pun ditohmah gara-gara penganutnya yang berakhlak kurang baik. 

Mutakhir ini, kalau mahu kenal Islam, baca (faham, perhati dan fikir) al-Quran dan sirah Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri.  Kalau mahu diharapkan pada penganutnya, jaranglah mahu ditemui ‘Al-Quran Bergerak’.  Saya sendiri terasa jauh untuk mencapai tahap ‘Al-Quran Bergerak’ itu.

Topik ini memang luas perbahasannya.

Sekadar berkongsi secawan kopi radix.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.