Sunday, April 20, 2008

Corat-coret Pesta Buku: Editor Mempromosi Buku

Ini foto salah seorang daripada editor perolehan PTS yang mengambil inisiatif mempromosi sesi autograf dengan pengarang.

Banyak editor PTS rupa-rupanya pandai bercakap dengan memegang mikrofon, tidak malu menjadi promoter. Yang paling berbakat menjadi promoter kepada pengarang dan buku adalah Tuan Ikram. Suara beliau elok, bahasa beliau teratur nahunya. Pemilihan kata-kata bagi memuji kelebihan pengarang amat cantik.

Yang paling bersungguh-sungguh mencuba dan berusaha bercakap dengan beriya-iya adalah Tuan Alif Firdaus, tidak penat bercakap, walaupun kurang berkesan, disebabkan beliau bercakap sambil senyum simpul, macam tidak serius. Hasilnya, sewaktu beliau mempromosi buku-buku PTS Professional, orang ramai terhibur, tetapi tidak membeli. Namun, sewaktu mempromosi novel-novel remaja PTS One, beliau sungguh berjaya.

Promoter yang langsung tidak bercakap tetapi paling komited kepada buku yang dipromosikannya adalah Cik Mazlia, Beliau sanggup naik ke atas bangku mengangkat bukunya tinggi-tinggi supaya orang ramai yang sedang berhasak-hasak dalam booth PTS dapat nampak buku apa yang sedang dipromosi. 

Promoter yang paling 'cool' adalah Cik Nurulhafizah Mokhtar, dalam foto ini beliau kelihatan memperkenalkan buku "Motivasi Alihan Pelajar" karya YM Dr. Tengku Asmadi kepada para pengunjung booth PTS. Beliau bercakap dengan tenang, bahasanya tersususn, dan suaranya lunak.

Nota: Foto dengan ikhsan blog Tuan Faris Hasbullah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis PhD Temberang Previous entry: Surat Pilihan: Dari Suami Ain Maisarah Tentang Kerenah Peminat Kecil
Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  04/20  at  10:30 AM

Di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PTS dan khususnya Cik Nurulhafizah Mokhtar yang telah membantu mempromosikan buku saya ketika sesi bersama penulis tempoh hari.  Ini dapat dilihat apabila buku saya menduduki tempat ke-5 dalam carta jualan buku-buku motivasi PTS sempena Pesta Buku 2008 baru-baru ini.

Syabas kepada PTS dan sekali lagi terima kasih kepada semua.  Harapan saya semoga buku kedua saya mampu memberikan hasil jualan yang serupa.

zaidakhtar  on  04/20  at  11:58 PM

Salam.
Terima kasih kpd semua warga PTS yang bertungkus-lumus mempromosikan novel Salju Sakinah - terutama sepanjang 10 hari pesta buku berlangsung.

Sambutannya memang mengejutkan saya sendiri. Apatah lagi bila diberitakan oleh editor yang novel sulung saya (sejak sah berkahwin dengan PTS) berjaya menduduki carta Top 5 dalam senarai jualan buku-buku PTS di KLIBF.

Saya memohon maaf kerana tidak dapat selalu berada di booth PTS sebagaimana kebanyakan penulis PTS lain memandangkan faktor kerja serta jadual hujung minggu yg padat. Saya hanya dapat hadir pada hari Ahad, 6 April dr tengah hari santak ke jam 6 suku petang.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: