Sunday, February 28, 2010

Tip Survival Penerbit: Editor Proaktif, Editor Pasif

Dalam industri buku di Malaysia, pada masa ini masih banyak editor buku yang menjalankan tugas mereka secara pasif. Maksudnya, editor duduk di mejanya sambil menunggu penulis menyerahkan manuskrip kepada mereka, lalu mereka menilainya bagi tujuan mahu diterima ataupun ditolak.

Cara kerja seperti itu adalah cara pasif. Ia tidak sesuai digunakan, melainkan oleh editor buku yang berkerja dalam perkhidmatan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam dunia bisnes, penerbit-penerbit swasta seperti PTS, mesti bersikap proaktif dalam strategi bisnesnya.

Itu bermakna para editor swasta mesti berkerja dengan cara proaktif. Maksudnya, editor mengenal pasti judul-judul yang pasaran mahukan, kemudian editor mencari penulis bagi menuliskan manuskripnya. Malah editor memberitahu penulis isi kandungan yang perlu ada dalam buku itu.

Dengan cara kerja proaktif seperti itu barulah buku-buku yang diterbitkan laku dalam pasaran.

Kita tidak boleh setakat duduk di meja sambil mengharapkan akan ada penulis yang menghantar manuskrip yang menepati ciri-ciri buku dikehendaki oleh pekedai buku dan pembeli buku. Lazimnya, para penulis menulis dengan tidak membuat analisis pasaran buku, oleh itu mereka menulis dengan tidak mengambil kira kehendak pasaran.

Jika kebetulan ada penulis yang menghantar manuskrip yang sesuai dengan pasaran, itu adalah kebetulan. Sebagai penerbit kita jangan mengambil sikap untung-untungan -- kalau ada manuskrip yang bagus, kita untung, kalau tidak, apakan daya.

Editor-editor mesti kerap pergi ke kedai-kedai buku dan menganalisis maklumat terbaru daripada trend jualan buku. Maklumat itu boleh didapati dengan menjalin hubungan baik dengan petugas-petugas dalam kedai buku. Bertanyalah kepada mereka buku-buku yang bagaimana yang laju jualannya, ataupun buku apa yang dicari oleh pembeli tetapi belum ada dalam Bahasa Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Percuma dari PTS Previous entry: Terbaru Dari Taufiqurrahman al-Azizy
Adnan M  on  02/28  at  11:06 PM

Puan,

Ada satu ungkapan yang berbunyi, jika penulis tercari-cari sesuatu buku dan buku itu tidak terdapat di pasaran, maka sipenulis itulah yang perlu menulisnya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/01  at  02:59 AM

Penulis dan editor saling melengkapi.
Terima kasih kepada Tuan Roslan, bekas Editor PTS Pro yang meluluskan proposal buku saya pada tahun 2007.
Insya Allah, bulan April ini buku pertama saya akan berada di pasaran.
Terima kasih Puan Ainon, Tuan Roslan. Tuan Aizat dan warga PTS keseluruhannya.

Mrs April  on  03/01  at  06:23 AM

Saya juga mengharapkan buku pertama saya berada di pasaran pada April, setelah penantian sejak 2008. Insya-Allah.

Terima kasih tim PTS, tetap menunggu dengan penuh sabar.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.