Monday, April 30, 2007

Editor PTS Ikuti Kursus Undang-undang Hakcipta

Hari ini Selasa 15 Mei 2007, Puan Nisah Haron didatangkan khusus ke PTS bagi menjalankan kursus sehari kepada semua staf Jabatan Editorial PTS berkenaan undang-undang hakcipta, khususnya di Malaysia.

Para editor yang mengikuti kursus ini termasuk semua peringkat pengurusan, daripada Chairman, CEO, pengurus anak-anak syarikat, editor staf, editor kontrak, editor sambilan, dan staf jabatan grafik.

Objektif kurus ini adalah:

(1) Meningkatkan lagi kualiti profesionalisme di kalangan Tim Jabatan Editorial PTS

(2) Bagi menguruskan dengan lebih efektif risiko PTS terbabit dengan kesalahan pelanggaran hakcipta, dan

(3) Bagi membolehkan staf PTS memberikan jawapan yang betul apabila para penulis bertanya berkenaan perkara-perkara asas dalam undang-undang hakcipta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Jadual Kursus
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hari Ini Sifu di Pesta Buku Previous entry: Pesta Buku: DS Rosmah Mansor Lancarkan Buku dan CD Lagu Kanak-kanak
ip  on  05/14  at  10:46 PM

Puan Sifu,

Teks di bawah ditulis di ruang komen blog abdullahjones. Dengan contoh ini saya ingin bertanya tentang kaedah mencadangkan penulisan rujukan dan kaedah menulis rujukan yang betul oleh Puan Sifu.

===================================

Saya mencadangkan kepada bro aj dan rakan2 lain supaya mula membuat pendekatan baru terhadap semua hasil tulisan, lukisan, rakaman video/audio supaya meletakkan cara bagaimana menulis rujukan bahan2 tersebut.

Ini bukan cara mengangkat ‘bakul sendiri’, tetapi cuba meletakkan cara bagaimana apa-apa bahan ‘karya’ (tidak kira apa hasil karya itu) sebagai bahan yang boleh dirujuk, jika ada yang mahu merujuknya.

Contoh mudah begini, para pelukis kartun di komik2 mungkin dianggap sebagai karya masa lapang dan bacaan ringan.
Tetapi terdapat ramai penyelidik karya-karya kartun yang belajar sehingga ke peringkat PhD. Dan kerja2 ini boleh dirujuk sebagai kerja akademik.

Supaya contoh yang diberikan lebih tepat, saya cuba membuat contohnya. Katakanlah, saya sedang menulis tentang tindakan ‘bagaimana rapatnya hubungan penulis2 blog dengan pembaca-pembacanya’, dan teksnya adalah seperti di bawah:

—————————
‘Dari kajian yang dibuat, didapati tidak sedikit penulis-penulis blog yang bersedia untuk menyatakan ke mana mereka akan pergi dan berada, baik dinyatakan secara jelas ataupun kabur. Ini seperti yang ditunjukkan oleh AbdullahJones (2007) di mana dia menyatakan akan berpergian dalam masa satu atau dua minggu dari sekarang. Ini dapat menunjukkan betapa eratnya hubungan antara penulis blog dengan peminat-pemintanya.’

———————-
(dibahagian rujukan teks di atas ia boleh ditulis)

AbdullahJones (2007) Hey!. AbdullahJones, Sunday, May 13. (http://abdullahjones.blogspot.com, dirujuk pada 14/05/2007)

———————-

Nota Sifu: Tuan IP, insyaAllah, nanti apabila saya sudah selesaikan semua urusan urgent saya, saya akan terangkan teknik yang betul.
——-

Dato Sheikh Alang Kelana Al-Bawa  on  05/15  at  01:15 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah di atas tindakan melatih semua yang terlibat. Semoga usaha sebegini diteruskan dari semasa ke semasa, bukan setakat tujuan ‘kesedaran’ tetapi sehingga ketahap ‘membudayakan’ apa yang dipelajari.

Semoga perkara ini akan juga berlaku di kalangan penerbit lain.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.