Thursday, February 01, 2007

Ejaan ‘k’ dan ‘kk’

Dalam Bahasa Melayu ada 2 akhiran an dan kan.

Akhiran an menghasilkan katanama (noun)
Akiran kan menghasilkan katakerja (verb)

masak
masakan (katanama)

masakkan (katakerja)
memasakkan (katakerja)
dimasakkan (katakerja)

galak
galakan (katanama)

galakkan (katakerja)
menggalakkan (katakerja)
digalakkan (katakerja)

masuk
masukan (katanama)

masukkan (katakerja)
memasukkan (katakerja)
dimasukkan (katakerja)

tembak
tembakan (katanama)

tembakkan (katakerja)
menembakkan (katakerja)
ditembakkan (katakerja)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ejaan
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Bercadang Membeli Kilang 2 Pintu Previous entry: Beza 'boleh' dan 'dapat'
Siti Hajar  on  02/01  at  11:26 AM

Assalamualaikum,

Puan seperti tahu-tahu saya sedang berfikir-fikir ingin bertanya tentang imbuhan ‘kan’ pada Puan. grin

Pertanyaan saya: Adakah semua kata yang hendak dijadikan kata kerja wajib ditambah ‘kan’. Saya sering terbaca dan mendengar di media kata kerja yang tidak diberi imbuhan ‘kan’.

Saya sedang mentelaah buku “Morfologi” Prof. Abdullah untuk mencari jawapannya namun saya rasa penerangannya agak samar. Belum sempat lagi hendak mentelaah buku tatabahasa lain dalam simpanan saya. Saya lakukan ini untuk menyokong hujah saya pada klien dan memperbaiki hasil kerja.

Terima kasih saya dahulukan.

Wasalam,
Siti Hajar
——-

Siti Hajar  on  02/01  at  11:29 AM

Maaf, tersilap eja, sepatutnya katakerja.

Panaharjuna  on  02/01  at  03:32 PM

Alhamdulillah, saya pun tercari-cari kuliah ‘k dan kk’ ini, terimakasih puan.

Puan, saya fikir, contoh ini akan lebih jelas jika ada ayat untuk setiap contoh. Mohon diberikan contoh.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/02  at  02:12 AM

Puan Sifu,

Adakah ini bermakna ‘masakan’ dan ‘masakkan’ kedua-duanya adalah betul jika dalam penggunaan kata nama dan kata kerja?

Puan Ainon Mohd.  on  02/02  at  07:06 AM

Sdr Panaharjuna dan Sdr Faizal,

(a) Restoran masakan Cina. (BETUL - katanama)
(b) Tolong massakkan saya gulai asam. (BETUL - katakerja)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: