Ekonomi Baru Memasarkan Buku kepada Remaja
Pasaran remaja adalah berpotensi besar dan perlu diterokai oleh penerbit buku. Jumlah remaja makin meningakt. Tahap pendidikan remaja juga semakin meningkat. Daya beli remaja juga semakin meningkat, disebabkan daya beli ibu bapa mereka semakin meningkat.
Jadi isunya sekarang, bagaimanakah penerbit hendak menyampaikan buku kepada remaja. Isu ini adalah isu sistem deliveri, atau sistem penghantaran.
PTS dan METADOME sepakat akan bekerjasama menerokai pasaran buku remaja dengan mengeksploitasi ekonomi handphone - HP - dengan moto "Kedai buku di tangan anda!"
Justeru para penulis remaja PTS perlu belajar menulis dengan ciri-ciri yang sesuai untuk pasaran HP, supaya karya saudara amat sesuai dibaca pada skrin HP, iaitu bukan hanya sesuai dibaca pada halaman buku. Dengan demikian saudara bakal menerima royalti daripada jualan edisi bukunya dan jualan edisi HPnya.
Bagi penulis novel-novel remaja yang mahukan novelnya juga dijual melalui HP, maka PTS adalah penerbit yang komited mahu menjadi pelopor dan seterusnya menjadi pemain utama dalam pasaran buku mobile.
Pihak METADOME sudah bersetuju ia akan hanya membawa judul-judul PTS sahaja, dan PTS pun sudah bersetuju ia akan melesenkan judul-judulnya hanya kepada METADOME sahaja. Tidak ada istilah "poligami" bagi pasangan ideal ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sewaktu bengkel konten mobile tempoh hari, Tuan Syaizul mengatakan bahawa mBook akan mula dipromosi pada bulan Januari kelak. Apa perkembangannya?
Post a comment