Friday, December 26, 2008

Ekonomi Berbahasa Cina

Semalam negara Cina merayakan secara besar-besaran ulang tahun ke-30 tarikh Ketua Parti Komunis, Deng Shiopeng, mengumumkan negara itu akan meliberalisasikan sistem ekonominya dan membuka pasaran negara itu kepada dunia.

Dalam tempoh 30 tahun itu, ekonomi Cina berkembang purata 9.3% setahun, manakala ekonomi seluruh dunia berkembang purata 3.5% setahun. 

Saat ini saiz ekonomi Cina berada di tempat keempat terbesar di dunia.

Prestasi kadar pertumbuhan ekonomi Cina mengalahkan semua ekonomi negara-negara berbahasa Inggeris. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana Bahasa Inggeris Menggagalkan Pembangunan Tenaga Manusia Bangsa Filipina Previous entry: Vietnam Membangun Pesat Selepas Membuang Bahasa Cina dan Perancis
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/19  at  07:04 AM

KENYATAAN MEDIA PKPIM BERHUBUNG SIDANG MEJA BULAT PPSMI

Persidangan Meja Bulat PPSMI kali ke-5 yang diadakan pada 16 Disember lalu, terus menimbulkan teka-teki di kalangan masyarakat.

Persidangan yang dilihat cukup penting dalam memastikan kelangsungan Bahasa Melayu di buminya sendiri ternyata amat mendukacitakan.

Beberapa perkara sangat mengecewakan sebilangan besar ahli persidangan yang tidak bersetuju dengan dasar PPSMI ini.

Pertama, pembentangan kertas kerja oleh wakil Victorian Curriculum and Assessment Authority (VCAA, tidak banyak membantu proses perbincangan yang sewajarnya ditumpukan terhadap penilaian PPSMI baik dari segi dasar atau perlaksanaannya.

Pembentangan tersebut hanya menjurus kepada penerangan sistem pendidikan yang telah dipraktikkan di Australia yang tidak menjadi keperluan terpenting persidangan.

Komentar beliau berkenaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hanyalah pandangan peribadi tanpa didasari dengan kajian-kajian ilmiah malah boleh dikategorikan sebagai sekadar melepaskan batuk di tangga.

Kedua, analisis keputusan UPSR tahun 2008 yang dibentang oleh Dato’ Alimuddin Mohd Dom, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak begitu meyakinkan dan semacam mahu menyelindung fakta sebenar.

Selain itu, mungkin peruntukan masa yang sangat terbatas menyebabkan beliau terpaksa meringkas dan mepermudahkan analisis tersebut

Tidak dapat dipastikan sama ada perkara tersebut disengajakan atau pun tidak. Namun, hal ini amat dikesali kerana rata-rata pemberi komentar menggunakan fakta analisis tersebut sebagai sokongan terhadap hujah mereka.

Justeru, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa agar persidangan khas dilaksanakan bagi memperincikan analisis keputusan UPSR 2008 dan seterusnya dibincangkan secara berobjektif dan matang oleh mereka dari pelbagai alairan sama ada menyokong mahupun tidak dasar PPSMI ini.

Hal ini dapat menjernihkan kembali pandangan sebahagiaan besar yang mempersoalkan kesahan dan kebolehpercayaan analisis keputusan tersebut.

Selain itu, KPM juga digesa agar tidak membelakangkan kelompok terpencil khususnya golongan kurang upaya yang jelas sama sekali tidak disentuh oleh KPM dalam perbentanngan analisis keputusan UPSR tersebut.

Oleh itu, kita juga menggesa agar persidangan khas yang meletakkan fokus nasib golongan kurang upaya ini dan perlaksanaan PPSMI sebagai agenda utama turut dilaksanakan.


Hal ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain seperti mana yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), memandangkan salah satu tujuan utamanya untuk menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang pendidikan. 
Kita khuatir sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan sebaiknya, teras keempat PIPP iaitu ingin merapatkan jurang pendidikan di kalangan rakyat tidak akan tercapai malah tersasar jauh dari landasannya.

Dan pada masa yang sama imej negara yang diwakili oleh YB Menteri Pelajaran selaku Lembaga Eksekutif Unesco di persada dunia turut akan tercalar.

Kita berharap kelompongan persidangan meja bulat yang lepas dapat ditutup menerusi perlaksanaan kedua-dua persidangan khas tersebut. Sekiranya faktor masa menjadi penghalang, sebagai alternatifnya, persidangan berganda boleh dilaksanakan.

Kita mengharapkan agar KPM mengambil berat saranan ini supaya maklumat yang bakal dibawa ke Jemaah Menteri adalah sahih, adil dan menyeluruh tanpa wujud diskriminasi terhadap golongan tertentu.


Suara kami suara keramat,

suara rakyat jadi azimat,

gempur kami takkan tamat,

selagi tak tecapai kami akan matlamat.

ABU QASSIM NOR AZMI

Exco Pendidikan dan Penyelidikan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Sekretariat PKPIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.