Sunday, February 25, 2007

Ekonomi Negara Berkembang, Sektor Buku Melayu dan Cina Berkembang, tetapi Sektor Buku Inggeris Menda

Ekonomi negara terus berkembang. Jumlah penduduk Malaysia bertambah ramai. Jumlah penduduk Malaysia yang berpendidikan tinggi bertambah setiap tahun. Jumlah kedai buku juga bertambah banyak.

Buku adalah produk yang dibeli oleh golongan yang mempunyai wang lebihan. Pembeli buku terbesar adalah anggota kelas menengah. Industri buku berkembang apabila jumlah kelas menengah berkembang.

Saiz kelas menengah di bandar-bandar utama negara ini semakin bertambah besar. Faktor yang paling penting peranannya mengembangkan kelas menengah adalah taraf pendidikan.

Dengan bertambahnya bilangan pelajar yang masuk sekolah aliran Cina, maka jualan buku-buku Cina meningkat.

Sejajar dengan bertambahnya saiz kelas menengah Melayu, maka kita dapat melihat jualan buku-buku Melayu meningkat.

Sektor jualan buku Inggeris tidak berkembang sejajar dengan perkembangan jumlah kedai buku dan jumlah anggota kelas menengah yang menguasai bahasa Inggeris.

Adakah tabiat membeli dan membaca buku Inggeris di kalangan mereka yang menguasai bahasa Inggeris sudah semakin lemah, ataupun apa? Jikalau mereka semakin kurang membaca buku Inggeris, mereka baca buku apa?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cabaran Menjadi Penerbit Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja Previous entry: Buku Sastera Remaja: Strategi Mendapatkan Kepercayaan Guru dan Ibu Bapa
rastom  on  02/25  at  04:21 AM

1. Pengguna IT yang menguasai BI sudah tidak galak membeli naskhah hardcopy di kedai tempatan kerana rangkaian internet membolehkan pesanan online (Amazon, Barnes And Noble dsb).

2. Sofwer aplikasi web seperti P2p, dan Irc membuatkan (filesharing) generasi IT kini beranggapan lebih “cool” mendownload buku kegemaran mereka secara percuma daripada membeli (fesyen lama).
——-

Fable Fox  on  02/25  at  10:08 AM

He..he..he.. macam-macam sudah tahu akan no.2 itu ya, En. Rastom. Sekurang-kurangnya, tak membazirkan bandwidth mendownload mp3. he..he..he..

Tapi ingat, ada duit nanti, beli versi yang asli wink

Fauzul Naim Ishak  on  02/25  at  02:57 PM

Sekarang kita perlu jadikan generasi baru remaja berasa ‘cool’ kalau baca buku. Barulah semakin harmoni budaya membaca di Malaysia. Tak begitu, Tuan Rastom?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.