Tuesday, March 06, 2007

Ekoran Cerita “UJANG”: Patutkah Orang Seni dan Penulis Terjun ke dalam Kancah Bisnes

Dunia seni dan dunia bisnes macam langit dengan bumi. Hukum-hakam dan peraturan kejayaan dalam bidang seni dan dalam bidang bisnes sungguh berlainan. Karektor pemain-pemainnya pun amat berbeza. Umpama bola sepak dengan polo air!

Kes seniman terjun ke dalam kancah bisnes bukan perkara luar biasa. Sdr. Ujang hanyalah salah seorang daripada sekian banyak seniman yang pernah melakukannya, dan sehingga saat ini, 10 tahun kemudian, posisi beliau masih jauh daripada gerbang kejayaan kewangan.

Mindset seniman dan mindset orang bisnes amat berbeza.

Apabila orang seni kena tipu, fikirannya terganggu memikirkan ratusan ribu duitnya yang kena kebas. Jiwanya hancur luluh apabila mengenangkan orang yang menipunya adalah orang yang amat dipercayainya. (Kita hanya dapat ditipu oleh orang yang kita percayai.) Jiwa yang hancur luluh itu menyukarkan dia bangun semula.

Apabila orang bisnes sedar dia kena tipu, dia balik rumah macam biasa, makan macam biasa, tidur macam biasa, besok pagi dia bangun dan mula memikirkan di mana dia hendak mencari duit baru.

Mindset orang bisnes tidak memikirkan ratusan ribu duitnya yang hilang, sebab dia tahu kalau difikirkan pun, duit yang hilang tetap hilang, oleh sebab itu jiwanya tidak hancur luluh. Yang difikirkannya adalah duit-duit lain yang masih dapat diperoleh.

Mindset orang bisnes tidak mendendami sahabat yang menipunya. Dia mencari sahabat-sahabat baru yang lebih kredibel.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apakah Perlu Sifu Mengadakan Bengkel Motivasi Kejayaan Previous entry: Notis: Bengkel Jibunsyi 10 Mac di Impiana KLCC
Fable Fox  on  03/06  at  01:56 PM

Jawapan pendek - kena. Sekurang kurangnya kena tahu undang-undang. Seperti penggusti US. Mesti tahu hak, undang-undang, dan teknik perniagaan.

Dalam contoh kes Ujang, sekurang-kurangnya dia mesti mempunyai salinan sendiri.

Saya pernah melakukan tugasan terjemahan kecil untuk sebuah Syarikat di Australia. Cukup untuk mendaftar Game Maker, lalu membolehkan saya menulis buku mengenainya.

Walaupun nilai kecil, dan tugasan telah selesai, saya menyimpan dokumen (yang ditanda tangani kedua-dua pihak) tersebut hingga sekarang.

Kalau anda mahu buat duit, diri sendiri mesti dianggap satu entiti perniagaan. Kalau tidak, keluarga sendiri akan khianati kita (pengalaman sebenar).

Jawapan panjang - mesti tahu semua. Kalau kita upah akauntan untuk kira benda, kita mesti cukup faham agar akauntan itu tidak tipu kita.

Ada cerita orang berhampiran Michael Jackson meng’round robin’ MJ, menyebabkan dia kerugian banyak duit. Tengoklah keputusan mahkamah.

Ada ahli sukan hebat tinggal sehelai sepinggang dan sebentuk cincin kemenangan ditipu orang disekelilingnya (mungkin termasuk keluarga sendiri).

Jawapannya, nak buat duit? Mesti tahu berniaga. Dan diri anda itu satu entiti perniagaan (LLC / dsb).
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/06  at  03:55 PM

Puan Ainon: Dari bersedih dan terus fikirkan diri pernah terkena oleh tingkah teman penyair, lebih baik berfikir apakah puisi berikutnya yang perlu ditulis.

Puan Ainon Mohd.  on  03/06  at  04:01 PM

Sdr KSI,

Saya setuju amat dengan sikap saudara itu.

Bagaikan Sang Pemanah, mana bisa mengena target di depan andai kata mata anak panahnya menghala ke belakang?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/06  at  04:59 PM

Saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut.

Kami orang seni agak sukar mengatasi rasa belas dan kasih kepada pekerja-pekerja, agen-agen yang tidak dapat menjual buku, sanak saudara, kawan-kawan, adik-beradik.. malah nak kutip hutang pun menimbulkan masalah kerana kesian.. malah masalah-masalah kecil pun kadang-kadang mengganggu sehingga strebentuen memikirkannya.

Melalui pengalaman lalu saya belajar betapa perlunya orang seni diurus oleh ahli perniagaan yang baik dan jujur… dan betapa pentingnya pula ahli perniagaan bersikap jujur kepada karyawan seperti kami.

dingin  on  03/06  at  07:14 PM

Jika orang seni itu punyai jiwa perniagaan, dia boleh sahaja menceburi bidang perniagaan.

contohnya Puan Ainon (sifu) sendiri.

Satu gabungan yang ‘rare’ sekali.

Fable Fox  on  03/07  at  01:39 PM

Apa yang berlaku pada P. Ramlee pada satu ketika dahulu, dan baru-baru ini pada Sudirman (15 tahun kematian, entah ke mana royaltinya) patut diambil iktibar.

Sedikit sebanyak, kena tahu juga.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/08  at  11:32 PM

Puan Sifu,

Kisah Ujang cukup tragis. Pengalaman saya bekerja dengan bekas ketua studio/grafik jika tidak silap dibayar hampir RM8,000 tetapi apabila beliau terpaksa berhenti beliau terpaksa mendapatkan pekerjaan baru dengan kitaran gaji lebih kurang RM1,xxx.

Sebenarnya yang salah bukan lagi sahabat tetapi juga pengurusan dan tadbir urus syarikat yang di’sendirian berhad’kan. Dalam konteks ini seniman selalu mengasingkan kerja seni/karya dengan pengurusan perniagaan. Ini satu kesilapan besar! Akibatnya seniman yang kononnya sentuhan hatinya yang dalam gagal mengenal hati budi seorang kawan.

Puan Sifu telah membuktikan bahawa kesenimanan boleh diintegrasikan dalam perniagaan. Lihat hari ini, PTS adalah kejayaan kolaborasi seni pengurusan moden. Saya syorkan seniman yang mahu berniaga membaca buku ‘Art of War’.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/09  at  10:01 AM

SAYA SETUJU DENGAN FAIZALRIDUAN… Hakikatnya setiap kegagalan itu ada kesilapannya… dan saya cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan diri saya dari masa ke semasa. Dan saya juga akan mencontohi kejayaan faizalriduan di dalam mentadbir sebuah syarikat besar yang saudara terajui kini.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: