Saturday, September 12, 2009

Eksploitasi Penerbit ke atas Pelukis Kartun dan Komik

Dalam kalangan karyawan buku dan majalah, golongan pelukis komik dan kartun adalah antara mereka yang paling rendah pendapatannya dan paling teruk dieksploitasi, berbanding dengan pengarang dan penterjemah. Pelbagai eksploitasi dilakukan ke atas kelompok itu. Salah satu eksploitasi oleh penerbit paling teruk yang mereka alami adalah berkaitan hakcipta dan harta intelek mereka. 

Penerbit-penerbit karya kartun dan komik di negara ini, pada umumnya mereka tidak mempunyai dasar bisnes yang dengan jelas menawarkan sistem pelesenan dan royalti bagi karya komik ataupun kartun yang mereka terbitkan.

Maksud sistem pelesenan adalah di mana pelukis memberi izin kepada penerbit menerbitkan karya mereka sahaja, dan sebagai imbalannya penerbit membayar royalti kepada pelukis. Hakcipta lukisan-lukisan itu tetap dimiliki oleh para pelukis. Pada masa ini, itulah yang tidak dilakukan oleh penerbit buku, dan penerbit majalah komik dan kartun. 

Lazimnya, di kalangan penerbit majalah komik, mereka menggaji pelukis komik sebagai staf, dan apa jua lukisan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis itu dalam waktu pejabat adalah menjadi harta milik syarikat sampai bila-bila, yakni selagi ada bulan dan matahari. Ini adalah eksploitasi yang ekstrem. Yang lebih adil adalah di mana karya pelukis itu menjadi milik syarikat bagi tempoh yang terhad sahaja, selepas tempoh itu hakcipatnya dikembalikan kepada pelukis.

Para penerbit itu juga mengamalkan dasar membeli hakcipta lukisan yang mereka terbitkan. Pelukis-pelukis itu dibayar satu kali sahaja, dan mereka dikehendaki menjual hakcipta karyanya kepada penerbit. Dengan itu harta intelek mereka menjadi harta penerbit sampai bila-bila.

PTS adalah sebuah penerbit yang tidak membeli hakcipta harta intelek para pelukis kartun dan komik yang buku-buku mereka diterbitkan dalam siri Komik-M (singkatan Komik-Malaysia)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tahun 2010 PTS akan Mula Mengiklankan Buku-buku Terbitannya dalam Media Radio Tradisional Previous entry: Kekuatan Terkini Jabatan Editorial PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/16  at  12:43 AM

Assalamualaikum warahmatullah,
Wahai Puan Ainon yang budiman.

Memang saya akui ada segelintir masyarakat yang memandang sinis pelukis-pelukis komik. Mereka tidak menganggap jawatan pelukis komik sesuai untuk dijadikan kerjaya atau jawatan yang disegani.

Mungkin seperti yang Puan katakan.. dari segi pendapatan atau diskriminasi karya yang terjadi pada artis komik ini, memaksa ramai anak muda yang berbakat lari ke bidang lain yang lebih mahal.

Anak saya yang meminati bidang ini terkena juga biasannya. Saya terpaksa mengingatkannya selalu, bahawa seni tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Seni adalah harta walau sekadar lukisan-lukisan untuk sebuah komik.

Semoga usaha PTS akan mengubah perpeksi masyarakat dan menaiktarafkan martabat artis komik ini.

Mudah-mudahan ke taraf yang selayaknya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/20  at  04:23 AM

assalamualaikum..saya ada sedikit bakat melukis komik.bolehkah puan menolong saya.saya ingin menambah pendapatan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.