Ekspot Lesen Hakcipta: Penerbit dan Penulis Jangan Fikir Pasaran Lokal Sahaja
Malaysia adalah sebuah negara yang kecil, dengan jumlah penggemar buku yang kecil. Industri buku kita tidak dapat menjadi penerbit besar jikalau hanya mengharapkan pasaran lokal. Justeru para penerbit kita mesti mengekspot lesen hakcipta buku-buku terbitan tempatan.
Bagi mengekspot lesen hakcipta buku-buku Malaysia, ini bukan kerja penerbit sahaja. Pertama-tama penulis-penulis tempatan mesti menghasilkan karya yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai diekspot.
Buku-buku yang tema dan contoh-contoh di dalamnya terlalu lokal tidak sesuai diekspot.
Ambil contoh Abd Latip Talib, penulis novel-novel sejarahnya Si Bongkok Tanjung Puteri dan Setelah Roboh Kota Melaka. Dua buah novel ini amat lokal sifatnya, oleh itu tidak dapat diekspot ke Indonesia, Jepun, Iran dan lain-lain negara.
Tetapi beliau juga menghasilkan novel-novel siri Pahlawan Islam, iaitu "Salahuddin", "Tariq", "Khalid" dan "Iqramah". Semua 4 buah novel ini sudah dilesen oleh Jakarta bagi pasaran Indonesia. Akan terbit adalah novel "Sulatan Muhammad al-Fateh dan "Jatuhnya Kota Baghdad" yang juga mempunyai dayatarik bagi pasaran Dunia Islam.
Justeru, jangan hanya menghasilkan buku-buku yang temanya terlalu lokal. Ikut contoh Abd Latip Talib yang menghasilkan novel-novel sejarah bertemakan sejarah lokal, dan juga sejarah antarabangsa.
Apabila saudara duduk menghadap skrin komputer, wajah siapakah yang saudara bayangkan akan membaca buku saudara? Majoriti penulis Melayu menulis untuk bacaan orang Melayu di negara ini.
Begitu juga dengan penerbit Melayu. Majoriti penerbit Melayu nampak pasaran Melayu lokal sahaja. Sikap miopik begini menghasilkan buku-buku yang tidak dapat diekspot.
Banyak tema dapat menjadikan buku itu berpotensi diekspot, tetapi kemudian contoh-contoh yang diberikan dalam buku-buku itu terlalu lokal sehingga isi kandungan buku itu tidak relevan dengan keperluan pembaca dalam wilayah pasaran yang lebih luas.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Selamat tahun baru hijrah kepada Sifu Puan Ainon dan warga kerja PTS.
Empat novel pahlawan Islam itu sudah diulangcetak. Dan Khabarnya Salahudin Penakluk Jerusalem akan diulangcetak kali ke 3.
Alhamdulillah.
Post a comment