Emel Pilihan: Sastera Cina
Salaam Puan Ainon,
Saya dididik di sekolah kebangsaan vernakular Cina. Ketika saya berusia lebih kurang 9 tahun, saya terjumpa beberapa buah novel yang tebal-tebal belaka di antara rak-rak fiksyen Cina. Terus saya ambil beberapa buah dan bawa balik ke rumah secara 'haram'. Jangan marahkan saya, memang saya merupakan pustakawati yang suka mengeksploit peluang yang ada hahaha
lagipun, buku itu tidak disentuh sesiapa, mungkin kerana ketebalannya yang menggerunkan.
Buku yang berjudul She Diao Ying Xiong Chuan itu merupakan antara buku yang paling hebat pernah saya baca. Maksud tajuknya ialah Lagenda Wira Pemanah Helang. Saya merupakan seorang budak kampung, fiksyen Melayu yang saya jumpa semuanya remeh belaka walaupun dijumpai di perpustakaan daerah. Namun, buku itu bagaikan memberi saya tenaga untuk terus membaca dan membaca, biarpun halaju bacaan bahasa Cina pada waktu itu masih terkedek-kedek. Lagenda Wira Pemanah Helang mempunyai 4 jilid. Dengan kosa kata Cina yang ada, buku itu habis saya uliti dalam masa 2 minggu. Dan terus saya cari siri-siri cerita kepahlawanan yang lain daripada penulis yang sama, Jin Yong. Ada 8 tajuk novel Jin Yong yang pernah saya baca, antaranya:
1. Shu Jian En Chou Lu (Catatan Tentang Kitab Dan Pedang)
2. Bi Xue Jian ( Pedang Berdarah Raja)
3. She Diao Ying Xiong Chuan (Lagenda Wira Pemanah Helang)
4. Shen Diao Xia Lu (Pasangan Pemanah Helang) yang merupakan sambungan Lagenda Wira Pemanah Helang
5. Xue Shan Fei Hu (Musang Terbang Dari Gunung Ais)
6. Fei Hu Wai Chuan (Cerita-Cerita Lain Berkenaan Musang Terbang)
7. Yi Tian Tu Long Ji (Cerita Pengejar Syurga & Pembunuh Naga)
8. Xiao Ao Jiang Hu (Lagenda Pendekar Yang Tertawa Sombong)
Nasib menyebelahi saya. Selepas 'terpisah' daripada karya Jin Yong selepas tamat darjah 6, saya ditemukan kembali dengan siri buku-buku Jin Yong semasa di tingkatan lima. Ayah saya yang selalu pening-pening kepala selepas seharian bekerja di klinik (beliau merupakan seorang doktor) membaca komik kepahlawanan yang diterjemahkan untuk melepaskan stres.
Sekian,
Mastura.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

She Diao Ying Xiong Chuan, Cik Puan Mastura, jika saya salah mohon diperbetulkan. Adakah buku tersebut juga diadaptasi dalam bentuk drama Hong Kong bersiri, The Legend of Condor Heroes? Saya sempat tonton terbitan TVB.
Dengar cerita komiknya ada dalam bahasa Inggeris dan ada satu dua perpustakaan sekolah menengah di Melaka mengambilnya, tetapi saya masih tak jumpa lagi. Sukar nak disahihkan. Jika sesiapa ada maklumat dapatlah berkongsi di sini. Edisi komik bahasa Cina ada lebih 30 siri.
Padan muka sendiri, tak belajar betul-betul!
Assalamualaikum.
Saya ingin berkongsi maklumat yang saya ada bersama tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Setahu saya, novel-novel kepahlawanan China karya Jin Yong telah banyak diadaptasikan ke dalam bentuk komik, drama, dan filem. Salah satu drama adaptasi novel tersebut ialah ‘The Legend of Condor Heroes’ seperti yang ditonton oleh Tuan Zamri Mohamad. Jika tidak silap saya, adaptasi komik, drama, dan filemnya juga terdapat dalam pelbagai versi kerana dihasilkan oleh penerbit yang berbeza.
Di Malaysia, terdapat komik-komik Hong Kong yang diadaptasi dari karya Jin Yong dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Antaranya ialah ‘Hikayat Wira Penembak Helang’ dan ‘Teman Pendekar Helang Sakti’ (Saya sudah lupa tajuk-tajuk terjemahan yang lain). Komik-komik ini dihasilkan oleh pelukis-pelukis komik Hong Kong seperti Tony Wong dan Ma Wing Shing.
Selain Jin Yong atau juga dikenali sebagai Louis Cha, seorang lagi penulis novel-novel kepahlawanan yang terkenal ialah Gu Long. Antara karyanya yang terkenal ialah ‘Jue Dai Shuang Jiao’ atau terjemahan komik Hong Kongnya bertajuk ‘Dendam Kesumat’ (karya Tony Wong) dan ‘Juara-juara Kembar’ (karya Ho Zhi Wen).
Betul kata Tuan Haeqal, karya-karya Jin Yong memang banyak diadaptasi ke layar filem, permainan video dan komik. Antaranya seperti yang disebut diatas.
Saya mengagumi karya kedua-duanya, Jin Yong dan Gu Long. Namun, saya kenal novelnya dahulu daripada versi komik. Memang sangat berlainan, terutama dari segi elaboration cerita. Cuba cari terjemahan bukunya dalam bahasa Inggeris dan bandingkan. Nyata ceritanya sangat berbeza, maklumlah, adaptasi.
Selain daripada itu, cuba anda Google Liang Yu Sheng. Pernah saya jumpa karyanya yang berjudul Bai Fa Mo Nu Chuan (Lagenda Ahli Sihir Berambut Putih), yang itu juga mengujakan. Kepada sesiapa yang boleh membaca dalam bahasa Cina, karya Liang Yu Sheng lebih mudah difahami kerana gaya bahasanya memang aliran China. Karya Jin Yong mempunyai bahasa Cina yang agak pelik/ queer berbanding Liang Yu Sheng dan Gu Long, kerana beliau bercakap Kantonis.
Terdapat pelbagai lagenda Cina yang pada hemat saya, amat sesuai dibukukan untuk memperluas dimensi budaya. Antaranya kisah Fang Shi Yu yang tidak pernah saya jumpa dalam bentuk sastera, tetapi dalam bentuk adaptasi drama (ingat lagi drama Fong Sai Yuk sekitar 1998?). Kisah keberanian Fang Shi Yu dan kasih sayangnya terhadap ibunya memang amat sesuai dibukukan.
seronoknya jika ada karyanya yang diterjemahkan ke malaysia. tapi pastikan kualiti terjemahan itu tidak seteruk kualiti the tunnels. begitu banyak kesalahan editorial, kesalahan ejaan, mukasurat yang hilang, bahkan ada bahagian sehingga dua perenggan.
Bolehlah kita mengkaji bagaimana membuat cerita yang
menarik seperti Jin Yong.
Post a comment