Mengapa Chairman PTS Serba Salah
Dunia bisnes buku adalah dunia yang amat kecil. Semua orang buku saling kenal-mengenal sesama mereka. Banyak pula yang bersahabat dan mempunyai hubungan bisnes rapat.
Sejak akhir-akhir ini anak-anak syarikat PTS mula menerima permohonan bekerja daripada kakitangan syarikat lain.
Yang terbaru adalah En. Rambai yang diambil oleh Ketua Jabatan Grafik PTS, Tuan Hisham Salim. En. Rambai sebelumnya berkerja di penerbit Arus Intelek milik Datin Azizah Mokhzani yang Sifu kenal baik.
Sekarang En. Rambai bertanggugjawab membantu Tuan Hisham meninggikan lagi mutu desain buku-buku terbitan PTS.
Sebelum ini PTS menerima kakitangan daripada syarikat Dr. Shukri Abdullah, dari MPH, Karangkraf, Telaga Biru dan Hijjaz.
Apabila PTS mengambil (istilah lain, mencuri) kakitangan syarikat lain, Chairman amat serba salah apabila berjumpa dengan pemilik syarikat-syarikat itu sebab saya malu sekiranya mereka mempunyai persepsi bahawa PTS adalah sebuah syarikat yang mementingkan diri sendiri sehingga tergamak mencuri kakitangan mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum warahmatullah,
Puan Ainon yang dikasihi…
Fenomena seperti yang Puan gambarkan itu mengingatkan saya akan bagaimana ramainya kakitangan daripada jabatan saya, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, USM yang di’curi’ Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Petronas (UTP)dan berbagai institusi lagi. Bukan hanya kakitangan akademik, malah juruteknik kanan, juruteknik dan kakiangan sokongan. Selepas seorang, seorang lagi, bagi beberapa tahun…
Buat beberapa ketika kami yang tinggal mengeluh. Namun pusat pengajian perlu latih yang baru. Lagipun, khidmat mereka bukan ke mana..masih berbakti di bumi Malaysia juga..
Puan Ainon, bagi saya tidak mengapa. Saya bersikap profesional…
Patah tumbuh hilang berganti, Puan Ainon.. :-D
Wasalam..
Assalamualaikum…
Semoga sihat dan dirahmati Allah s.w.t.
Puan,
Perasaaan serba salah ini memang tidak dapat lari daripada diri kita sebagai manusia biasa.
Isu kakitangan bertukar tempat kerja ini perkara biasa.
Sebagai orang bisnes, mana-mana ‘chairman’ sudah sepatutnya bersedia berdepan dengan kakitangan yang pastinya akan bersilih ganti.
Ini bukan bermakna sesebuah syarikat itu tidak bagus, sekadar’bertukar angin’ kata sebahagian kenalan saya yang dulunya bekerja dengan syarikat besar-besar (bukan PTS) dan berpindah kerja kepada syarikat kecil-kecil (bukan anak-anak syarikat PTS).
Mungkin keselesaan menjadi perkara utama seseorang kakitangan itu. Selesa bekerja, bermakna mudahlah ibadah itu kita kekalkan dan pahalanya insyallah dapat dihimpun.
Bekerja di tempat yang sudah tidak serasi dengan jiwa kakitangan, akan mendorong kepada cara kerja yang mungkin tidak seikhlas hati dan ada sesetengahnya menjalankan kerja dengan kata-kata makian dalam hati kerana ketidakselesaan dan kehilangan keserasian itu.
Ini perkara biasa Puan Chairman, buat selamba sahaja.
Jiwa Kacau,
jOnOs
Assalamualaikum…
Semoga sihat dan dirahmati Allah s.w.t.
Manusia itu dinamik, seringkali perlukan dinamika dalam hidup. Apabila kapasiti seseorang mengalami perubahan yang tidak berkadaran dengan perubahan organisasi yang disertainya, mungkin dia akan ke organisasi yang lain. Jika organisasi ingin mengekalkannya, organisasi tersebut perlulah membuat tawaran yang lebih baik.
Tetapi kalau dapat latih pekerja sendiri, lagi baik.
Sekadar idea
Assalamualaikum Sifu,
Bagaimana pula pandangan Sifu kiranya ada staf PTS pula dipancing oleh syarikat lain yang kebetulan pula merupakan mereka yang Sifu kenal? Lebih-lebih lagi jika staf itu merupakan nadi atau penggerak kepada PTS dan telah lama pula dibimbing dan ditunjukajar. Saya percaya sedikit sebanyak ralat dihati pasti wujud jua meskipun terpaksa akur dengan takdir. Saya percaya begitulah juga perasaan mereka yang terpaksa melepaskan stafnya pergi dan bernaung di bawah PTS.
Seboleh-bolehnya cubalah elakkan mengambil kakitangan dari syarikat rakan-rakan yang kita kenali kecuali apabila syarikat itu sendiri sudah tidak begitu memerlukan khidmat mereka.
Sekadar pandangan peribadi.
Yang Mulia Dr. Tengku,
Saya sudah beberapa kali kehilangan tenaga mahir. Saya sedih setiap kali melepaskan mereka.
Tim PTS banyak yang dilamar oleh syarikat lain, maklumlah orang percaya Tim PTS adalah produk “super” disebabkan rekod pencapaian PTS yang mengagumkan rakan-rakan dalam industri. Malah semua pengurus PTS pernah dilamar dengan tawaran gaji yang lebih tinggi.
Saya kurang sedih apabila mereka meninggalkan kami disebabkan faktor seperti (1) ikut suami, (2) masuk perkhidmatan kerajaan atas desakan ibu bapa dan (3) sambung belajar ke peringkat MA ataupun PhD.
Jadi saya belum mengalami anggota Tim PTS meninggalkan kami dan masuk syarikat sahabat-sahabat saya sendiri dalam bidang penerbitan. Sekiranya itu berlaku, saya sedih dan malu!
Salam..
Terima kasih kepada komen saudara Fadzli Yusuf di atas dan saya amat menyokong pendapat beliau itu.
Pada saya, Bonda Ainon tidak perlu gusar atau risau tentang senario yang terjadi kebelakangan ini walaupun resah di hati untuk menghadapinya.
Saya ini yang tergolongan dari kelompok yang disebut, menyusur arus untuk mengecapi kehidupan dan memerlukan cabaran yang baru dan tegar. Jika kebolehan yang dianugerahkan tidak digunakan semaksimum maka jiwa seseorang itu akan berkelana di awang-awangan. Maka jika ia menemui sesuatu yang lebih mencabar dan berharga, maka tidak salah ia menongkah arus untuk kecemerlangan yang akan dikecapinya.
Ada di kalangan majikan yang kadang kala tidak mahu menggunakan kebolehan pekerjanya kerana tidak mahu pekerjanya melebihi dan meminta tahap yang lebih tinggi, maka kedua-dua pihak akan kerugian.
Kadang kala ada benarnya kata-kata orang terdahulu yang mengatakan “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri….”
Renung-renungkan….
Post a comment