Monday, November 27, 2006

Etika dalam Teori Terjemahan Islami Semestinya Syariah-Compliant

Dari sudut pandang etika kerja Islami, baik pengarang mahupun penterjemah, kedua-dua profesion ini sama-sama tidak dibenarkan menghasilkan karya-karya yang mengandung unsur-unsur yang membahayakan akhlak masyarakat.

Justeru, apa yang tidak dibenarkan wujud dalam karya sastera Islami aliran surah Yusuf adalah juga tidak dibenarkan dalam karya terjemahan.

Babak asmara tidak dibenarkan dituliskan secara direct dalam karya sastera Islami, maka babak asmara juga tidak dibenarkan diimpot secara direct melalui karya terjemahan.

Prinsip etika ini mengundang polemik dan kontroversi keras antara pengarang karya asal dengan penterjemah.

Namun prinsip etika ini juga sangat memudahkan kerja para penerbit Islami dalam isu mengenal pasti karya-karya yang dibenarkan diterjemah dan diperdagangkan, dengan yang tidak dibenarkan.

Berdasarkan prinsip ini, penerbit terlebih dahulu menetapkan apakah sesebuah karya itu mempunyai ciri-ciri syariah-compliance ataupun tidak, sebelum memilih buku itu bagi diterjemahkan.

Ini berbeda sekali dengan teori terjemahan konvensional yang a-religius dan a-moral sifatnya. Dalam dewan kuliah teori terjemahan konvensional, pensyarah terus mengajarkan teknik-teknik terjemahan dengan tidak mengajarkan etika moral profesion penterjemahan.

Justeru, sebelum seseorang itu belajar teknik-teknik terjemahan, dia wajib belajar teori sastera Islami aliran surah Yusuf, kerana teknik-teknik terjemahan Islami adalah by-product teori sastera Islami aliran surah Yusuf.

Tidak seperti teori sastera konvensional yang a-moral, teori sastera Islami aliran surah Yusuf, justeru teori terjemahan Islami, adalah sangat moralistik sifatnya.

Tanpa memahami konsep-konsep dalam teori induknya, pelajar terjemahan sukar memahami dan mengaplikasikan prinsip-prinsip dan teknik-teknik terjemahan Islami.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(27) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gosip Novel Cinta Previous entry: Etika Terjemahan: Teori Terjemahan Konvensional lwn Teori Terjemahan Aliran Surah Yusuf
alang kelana  on  11/28  at  12:37 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu, Pak Rastom, et al,

Nampaknya pensyarah-pensyarah yang mengajar teknik penterjemahan pun tidak terkecuali daripada menerima tempias serang pemikiran yang dilancarkan oleh pihak barat.

Seorang pemimpin Pihak Salib barat ketika tidak mampu mengalahkan tentera Islam pimpinan Salehuddin Al-Ayubi telah mengkaji dan mengeluarkan penadapat bahawa jika barat ingin mengalahkan orang-orang Islam, maka ‘keimanan’ mesti terlebih dahulu dicabut dari dalam dada-dada orang Islam.

Cara yang berkesan ialah melancarkan serangan pemikiran.

Maka ‘pengajaran teknik penterjemahan’ ini juga telah diresapi serangan pemikiran tersebut.

Sesungguhnya para penterjemah mempunyai tanggung jawab yang besar bagi mempertahankan pemikiran masyarakat Islam dari serangan pemikiran tersebut.

Puan Ainon Mohd.  on  11/28  at  12:52 AM

Sheikh Alang,

Apa pahala yang mahu dicari oleh seorang penterjemah Melayu-Islam menterjemahkan novel sampah yang bertajuk MEMOIRS OF A GEISHA oleh Arthur Golden?

Saya sudah taubat nasuha daripada melakukan dosa seperti itu, yang pernah saya lakukan sewaktu menterjemah karya-karya Kawabata dan Tanizaki, 30 tahun lalu.

rastom  on  11/28  at  01:08 AM

Puan Ainon,

Agaknya ada kod rahsia yang menanti dipecahkan didalam Memoir Seorang Geisha untuk seterusnya “memacu minda melayu”?

alang kelana  on  11/28  at  03:12 AM

Puan Sifu, Pak Rastom, et al,

Saya sudah dapat pecahkan cuma satu kata kunci “kod rahsia” tersebut: “4-21-9-20”, iaitu dengan menggunakan kaedah sistem kod ‘substitution’ mudah iaitu a=1, b=2, dan seterusnya sehingga z=26.

Kalau Pak Rastom gantikan 4 nombor tadi dengan huruf guna sistem itu, akan dapatlah perkataan ‘kata kunci’ itu.

Cubalah…ehehe

dingin  on  11/28  at  05:50 AM

kod rahsia memoir of geisha hanya bisa diterjemah di kelab2 malam..

kerna naratifnya yang terlalu banyak berlawananan konsep surah Yusuf

kelab malam juga hanya naratif, tiada dialog

ehehhe

Puan Ainon Mohd.  on  11/28  at  08:34 AM

Hahaha! Sdr DINGIN mengatakan yang ada di kelab malam hanya naratif!

Itu falsafah tinggi!

Belalang  on  11/28  at  12:58 PM

salam.

sebagai murid terjemahan Puan sendiri (sebelum taubat nasuha), tidakkah saranan “membunuh” terjemahan (menurut kata Sifu Changkat Lobak) ini merupakan kesinambungan apa yg pernah Puan saran lebih 10 tahun yg lalu di Persidangan Penterjemahan Antarabangsa di Johor Baru?

Ketika itu Puan kata lupakan terjemahan ayuh mengadaptasi kerana adaptasi tidak terikat dgn hambatan yg wujud bila menterjemah.

Puan kata adaptasi lebih bebas sama ada dari aspek kerja dan etikanya. Tentu-tentu juga dari aspek pulangannya kerana tidak perlu terikat dgn hakcipta.

Saya syahdu dan insaf atas taubat nasuha dan Aliran Surah Yusuf serta Syariah-Compliant yg Puan usahakan ini, malah sedang berusaha untuk benar-benar memahaminya.

Cuma bagaimana kita mengetahui kejahilan/kesesatan et al berbanding kebenaran jika “rujukan” tidak ada. Macam mana kita tahu sesuatu itu betul kalau kita pun tidak tahu yg salahnya?

Contoh - haiwan babi dgn org Melayu (Islam). Punya benci manusia Melayu dgn babi ini macam2 cara dibuat agar tidak berkait langsung dgn babi (sedangkan babi itu tak salah apa-apa pun atas sifat kebabiannya). Dipanggilnya kerbau pendek, khinzir dll. Malah foto babi dilarang. Tidakkah kesudahannya apabila babi itu “ditiadakan” - generasi Melayu terkemudian tak kenal rupa babi itu boleh memungkinkan macam2 kemungkinan termasuk memakannya?

Berapa ramai Muslim yg menghukum Salman Rushdie kerana Surah Syaitan tanpa membacanya - ini bukan bermakna saya bersetuju karya itu diterjemah ke Bahasa Melayu.

Saya dgn rendah diri tidak bertujuan mencetus polemik. Puan Sifu adalah guru penting dalam hidup saya. Cuma saya melihat saran Puan ini melibatkan permasalahan umat yg lebih besar. Permasalahan “sistem & kaedah pendidikan agama” yg sudah beku dan tidak relevan.

“Jika hendak mengenal sesuatu bangsa itu, hendaklah kita ketahui bahasanya”. Bahasa lambang budaya dan pemikiran sesuatu bangsa, hatta anugerah Sang Pencipta. Baik dan buruk manusia bangsa itu adalah natijah kemanusiaannya sendiri.

Kita umat Islam terlalu lama menuding jari dan berteori konspirasi demi berlapang dada dengan keadaan diri kita.

Tidakkah luhur dan gadang nilai Aliran Surah Yusuf dan tanda aras Syariah-Compliant - jika dibangun sebagai brand Islam semata-mata; atau sebenarnya jadi kabur tanpa “Teori Terjemahan Konvensional” sebagai momok?

Tiada Firaun, adakah Musa A.S., tiada Zulaika, di manakah Yusuf A.S.?

Maaf atas catatan saya ini. Saya sudah lama redha yg Puan sebagai salah seorang guru saya. Dunia dan akhirat.

Terima kasih.

rastom  on  11/28  at  01:59 PM

Polemik laksana nafas yang menyegarkan lalu diskusi jadi lebih nilainya. Lesu sudah lama kerana budaya takut polemik. Buktinya lihat apa disajikan media massa - kitsch! Sejak bila polemik semakin pupus? Berapa ramai penulis/pengarang jadi kaya raya dari karya pop/kitsch? Kerana karyawan itu meletakkan gelar Prof. Madya maka audien wajar jangan polemik lalu penonton Melayu menghadiahkannya RM1.2 juta kerana hiburan slapstick.

Saya tidak bimbang dengan teori Surah Yusuf kerana ia teori cuma, seperti lain lain teori yang dirumus dari pengamatan praktis terdahulu. Statusnya teori. Saya lebih bimbang dengan praktis yang berleluasa sekarang - tiada pantang larang dalam pascamodernisme dalam apa saja bidang!

alang kelana  on  11/28  at  06:20 PM

“Kita umat Islam terlalu lama menuding jari dan berteori konspirasi demi berlapang dada dengan keadaan diri kita.”

Islam dibangkitkan bagi membaiki dunia, menentang jahiliyyah, jadi tida timbul so’al “menuding jari dan berteori konspirasi” kerana memang musuh Islam berkonspirasi terhadap Islam dan umat Islam, dalam apa jua bidang, sama ada politik, sosial atau pun kebudayaan.

Memang mereka membuat perancangan dan melaksanakan serangan pemikiran itu, setelah umat Islam tidak dikalahkan di medan tempur selagi umat Islam memegang teguh aqidah Islam

Maka perang pemikiran dulu dilaksanakan supaya Islam itu tidak lagi digunakan bagi menilai sesuatu aspek akhirat, sekadar untuk aspek dunia sahaja…dan fahaman sekularisme telah berjaya membuat berlakunya keadaan “praktis yang berleluasa sekarang - tiada pantang larang dalam pascamodernisme dalam apa saja bidang!”.

Ini salah satu daripada konspirasi tersebut…

Puan Ainon Mohd.  on  11/28  at  09:42 PM

Sdr Belalang!

Arggrh…. inilah salah satu risiko sosial menjadi Sifu. Anak muridnya banyak dan mereka ingat apa kita kata 10 tahun yang lalu. Mujur yang saya katakan itu masih tetap saya katakan sekarang!

Belajarlah mengadaptasi. Cara mengimpot melalui proses adaptasi lebih selamat, lebih banyak manfaatnya, lebih efisien, lebih ekonomis.

Isu-isu yang saudara sebut dalam surat saudara itu menguja saya, maka saya akan sorot isu-isu itu dalam entri2 akan datang.

Puan Ainon Mohd.  on  11/28  at  09:56 PM

Tuan RASTOM,

Saya pun sepandangan dengan tuan, bahawa Teori Surah Yusuf itu adalah sebuah teori. Ia teori ciptaan manusia, yang dibangunkan dengan menggali sumber-sumber yang terdapat dalam al-Quran, khususnya sumber surah Yusuf.

Besok lusa, mungkin akan ada ilmuan yang membangunkan teori sastera Islami dengan istilah seperti TEORI SURAH AL-BAQARAH ataupun TEORI AL-IMRAN, ataupun apa-apa sajalah.

Apa yang mendorong saya ber-teori? Apakah saya tidak boleh terus menuliskan teknik-teknik terjemahan yang Islami itu?

Tentu sekali saya boleh menulis begini: “Semua ayat-ayat asmara tidak boleh diterjemahkan. Lompat. Tinggalkan sahaja.”

Jika saya lakukan itu, para penterjemah akan terpinga-pinga, dan tidak puas hati dengan arahan itu tanpa diberi pencerahan terlebih dahulu.

Fungsi teori adalah memberi pencerahan kepada para pengamal yang berpendidikan tinggi, yang konseptual, yang kritis, yang sudah selesa berfikir dengan kerangka-kerangka teoretis.

Tanpa mengemukakan sebuah teori baru, kita tidak dapat megasaskan pembangunan sebuah aliran baru.

Eh…. betulkah apa yang saya tulis nih!

Puan Ainon Mohd.  on  11/28  at  10:21 PM

Sheikh Alang,

Sampai saat ini, sudah lebih 20 tahun saya kendong beban intelektual yang satu ini….

Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak mengarahkan sahabat-sahabatnya menterjemah?

Jika benar terjemahan itu suatu aktiviti yang sangat penting bagi membangunkan tamadun sesebuah umat, mana mungkin Nabi Muhammad ‘terlupa’ meninggalkan sunnahnya.

Mungkin Sheikh bisa memberi saya sedikit pencerahan….

alang kelana  on  11/29  at  12:58 AM

Puan Sifu, Pak Rastom, Tuan Belalang, et al,

“Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak mengarahkan sahabat-sahabatnya menterjemah?”—>>

(1) Perbuatan Nabi (SAW) adalah sunnah
(2) Kata-kata Nabi (SAW) juga sunnah
(3) Diam Nabi (SAW) juga sunnah
(4) Juga ada perkataan Nabi (SAW): “Kaulah yang lebih layak mengendalikan urusan dunia kamu” bila merujuk kepada sama ada bunga kurma di’kahwinkan’ bagi mengeluarkan hasil yang lebih baik.
(5) Nabi (SAW) ada berpesan:“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China”.
(6) Ada ayat Al-Qur’an bermaksud Allah jadikan manusia ini berpuak-puak supaya kita dapat mengenali antar satu sama lain.

Kesimpulan dari hujjah-hujjah di atas di dalam memberi pencerahan kepada ‘aktiviti menterjemah’, saya dapat kemukakan hujjah bahawa:

Kita perlu menggunakan kebijaksanaan kita di dalam mempelajari bahasa, budaya dan kebaikan kaum lain bagi mengambil faedah dari mereka kerana ‘ativiti menterjemah’ ini termasuk ke dalam kategori ‘aktiviti dunia’ dan ‘aktiviti mengenali antara kaum2 manusia’ di dunia.

Tidak timbul persoalan “Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak mengarahkan sahabat-sahabatnya menterjemah?”

Puan Sifu dan Pak Rastom boleh setuju? Tambah?

“Allah jua yang lebih Mengetahui”

Puan Ainon Mohd.  on  11/29  at  01:07 AM

Sheikh,

‘Hadith’ yang berbunyi “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina.” itu bukan hadith! Ia tidak ada direkodkan dalam mana-mana kitab hadith sohih. Ia cuma kata-kata pujangga Islam.

alang kelana  on  11/29  at  01:30 AM

Waduh!

Saya menggunakan fakta ini yang saya ingat belajar di sekolah rendah (tahun 1965-1971) - mungkinkah buku teks ketika itu tersilap sebut kata-kata pujangga Islam sebagai hadis??

Namun kesilapan menyebut sumber fakta ini masih belum menjadikan hujjah saya di atas sebagai ‘terbatal’.

rastom  on  11/29  at  04:22 AM

tuan tuan dan puan puan,

Saya ingin cuba ringankan beban intelektual Puan SifuPTS yang dikendong selama 20 tahun….insyaallah, ringan sikit…
Ingin tahu Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak mengarahkan sahabat-sahabatnya menterjemah? Sila klik DI SINI

Belalang  on  11/29  at  04:33 AM

Puan Sifu, Pak Rastom & Tuan Alang,

“Sampai saat ini, sudah lebih 20 tahun saya kendong beban intelektual yang satu ini…. Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak mengarahkan sahabat-sahabatnya menterjemah?”

Saya perlukan penjelasan;

Tidakkah premis teori Aliran Surah Yusuf antara lain seperti berikut:-

1.  Surah Yusuf sarat dailog (sekitar 90%?);

2.  Logik akal mengatakan dailog itu guna bahasa Hebrew (bahasa bangsa Yahudi), atau Mesir Kuno? (lokasi dailog);

3.  Kemudiannya Allah SWT turunkan wahyu sebagai apa yg disebut sebagai Surah Yusuf kepada Al-Quran dalam bahasa Arab;

4.  Saya tidak pasti sama ada Jibrail AS yg “menyampaikan” wahyu ini, atau melalui kaedah lain;

Soalannya ialah tidakkah berlaku “terjemahan” dalam konteks ini?

Siapa pula yg memberi arahan supaya berlakunya “proses” ini?

Adakah Jibrail AS punya ” delegated authority” yg membolehkan beliau membuat keputusan sama ada menyampaikan wahyu itu dalam bahasa sumber, atau menterjemah ke bahasa sasaran, atau mengadaptasikannya ke bahasa sasaran?

Saya berasa jika premis jadi terang & nyata, barangkali bebanan kita bersama dapat diringankan.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Puan Ainon Mohd.  on  11/29  at  04:55 AM

Tuan Rastom,

Saya mengemukakan teori bahawa kerja menterjemah itu adalah sunnah Allah berdasarkan premis di dalam al-Quran itu terkandung banyak dialog yang ucapkan oleh para malaikat dan syaitan dan manusia-manusia bukan bangsa Arab yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad dalam bahasa Arab, yakni diterjemahkan oleh Allah SWT sendiri.

Dalam bukunya “Studi Ilmu-Ilmu Quran”, almarhum Manna Khalil al-Qattan mengeluarkan fatwanya bahawa hukumnya wajib menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa-bahasa dunia.

Yang menjadi beban intelektual dan akademik dalam otak saya adalah status kegiatan menterjemah KARYA orang-orang bukan Islam… yang ini yang saya belum berjumpa sunnahnya.

Puan Ainon Mohd.  on  11/29  at  04:58 AM

Tuan Belalang,

Isu-isu yang tuan sebut dalam surat tuan itu, pada pendapat saya, tidak termasuk dalam bidang sains dan seni penterjemahan.

rastom  on  11/29  at  09:53 AM

Puan SifuPTS,

Yang menjadi beban intelektual dan akademik dalam otak saya adalah status kegiatan menterjemah KARYA orang-orang bukan Islam… yang ini yang saya belum berjumpa sunnahnya.

Dari kes Imam Ghazali menyanggah failasuf dan proses serapan ilmu dunia Yunani-Roman ada petunjuk berlakunya proses tersebut (bab menempelak para failasuf ceritanya panjang, ringkasnya spekulatif keterlaluan yang dianggap mencemarkan aqidah, namun tidak bermakna beliau menolak ilmu). Kemudian beralih fasa ibarat putaran roda beralih ke Barat yang banyak asasnya ilmunya dari Ibn Sina, Ibn Rusyd,  Al-Kindi, Ibn Tufayl, Ibn Khaldoun, konsep universiti dan lain-lain.

Proses pinjam meinjam, pemindahan ilmu berlaku sebagai satu sunatullah.Sementara ayat “Allah jadikan manusia ini berpuak-puak supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain” pula mengandaikan “kenal satu sama lain” menandakan kemampuan kognitif berdasarkan bahasa. Tidakkah ini satu suruhan? Dan terjemahan karya itu satu usaha mengenal budaya.

Malah di dalam al Quran terdapat beberapa perkataan daripada bahasa Farsi dan Aramaik (tamadun tersohor zaman itu) jadi bukti inklusiviti pelbagai budaya. Orientalis Theodor Noldeke pernah pertikai kesamawian al Quran dengan hujah lembiknya mengatakan Nabi Muhammad mencedok unsur unsur budaya tinggi zaman itu lalu dikarangnya al Quraan (pada ketika yang sama mereka katakan nabi itu buta huruf, ironiskan?)

Untuk meringkaskan cerita, bagaimana kalau kita andaikan bahawa “kerja menterjemah karya bukan Islam itu haraam” (andai kan saja) dengan berlatarkan fakta bahawa kemajuan ilmu Barat tidak berdiri sendiri malah ada kaitan dulunya dengan penerokaan ilmuan Muslim dan mungkin agak klise tetapi boleh diringkaskan bahawa setiap ilmu didunia adalah pinjaman dari satu sumber yang Rabbani, wallahua’lam.

Puan Ainon Mohd.  on  11/29  at  10:24 AM

Tuan Rastom,

Nota tuan menambah lebar bukaan pintu minda saya! Namun semakin saya mendapat input-input baru itu, semakin berat beban yang saya kendong ini.

Zaman Keemasan Islam menurun selepas kemasukan banyaknya ilmu-ilmu logik dan falsafah Yunani ke dalam bahasa Arab melalui aktiviti terjemahan di Baitul Hikmah pada zaman Khalifah Maamun….. 

Bayangkan (hipotesis-kan) suatu versi sejarah intelektual Islam tanpa kewujudan Baitul Hikmah, barangkali bagaimanakah senario-nya… (Aduh! beratnya beban hipotesis ini.)

Belalang  on  11/29  at  10:29 AM

maaf,

Puan benar, kerana isu-isu tersebut bukan isu pokok.

Cuma saya teruja untuk menambah bebanan intelektual & akademik yg Puan hadapi. (dan berjangkit ala selsema burung lakunya).

Ada 2 isu - Satu; karya non Muslim tapi Syariah-Compliant; Dua; karya org Islam tapi non Syariah-Compliant.

“berdasarkan premis di dalam al-Quran itu terkandung banyak dialog yang ucapkan oleh para malaikat dan syaitan dan manusia-manusia bukan bangsa Arab yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad dalam bahasa Arab, yakni diterjemahkan oleh Allah SWT sendiri.”

Tidakkah kenyatan ini “self-explanatory” - terutama ungkapan syaitan dan manusia tidak beriman yg tentunya bersifat menyanggah sekaligus non Syariah-Complaint. Namun menjadi sebahagian Al_Quran .. “yakni diterjemahkan oleh Allah SWT sendiri.”

... DAN apakah kaedah terjemahan tersebut selaras, atau bercanggah dengan Teori Terjemahan Konvensional ciptaan non Muslim itu tadi?

Jika selaras (Quranic-Compliant), kita boleh guna pakai.

Jika bercanggah (non Quranic-Compliant), nah ..., kita kena cari/bina yg sewajarnya.

Dan saya tidak nampak org lain selain Puan Sifu sendiri yg menjadi penggeraknya.

Oh ya, janganlah saya dipanggil Tuan oleh Puan - sebelum ini saya dipanggil Sdr. Bila Puan panggil Belalang sebagai Tuan, macam sudah “irritate” gitu.

Dan janganlah juga jawab “tahu takpe”.

Puan Ainon Mohd.  on  11/29  at  10:43 AM

Tuan Belalang, saya gunakan “Tuan” disebabkan Tuan memang selayaknya menerima panggilan itu!

Saya salin ayat Tuan seperti yang di bawah, (yang self-explanatory):

“Jika selaras (Quranic-Compliant), kita boleh guna pakai.

Jika bercanggah (non Quranic-Compliant), nah …, kita kena cari/bina yg sewajarnya.”

Konsep “Quranic-compliance” itu tepat sekali! Saya sangat teruja dengan konsep ini. Bagi tujuan membangunkan teknik-teknik terjemahan Islami, pada saat ini saya berpendapat konsep ini cantik!

Saya akan memikirkan implikasi2 teknikal konsep ini, malam ini, sambil baring…. tiru posisi kegemaran Tuan RASTOM apabila menilai buah fikir orang lain!

Puan Ainon Mohd.  on  11/29  at  11:04 AM

Tuan Belalang,

Ini satu lagi kenyataan Tuan yang saya salin:

“Ada 2 isu - Satu; karya non Muslim tapi Syariah-Compliant; Dua; karya org Islam tapi non Syariah-Compliant.”

Isu ini memang sudah wujud dalam kepala saya apabila saya menulis tentang nilai-nilai religius dan moralistik pada teori penterjemahan Islami berbanding teori2 penterjemahan konvensional yang a-religius dan a-moral sifatnya (pancaran faham materialisme dan sekularisme).

Karya-karya yang syariah-compliant adalah jelas, ia harus dibaca, baik pengarangnya Muslim mahupun bukan.

Yang menjadi isu adalah karya yang non syariah-compliant.

Contoh karya non-Muslim yang tidak syariah-compliant adalah seperti hasil tulisan Aristotles, Plato dan Darwin (mereka adalah atheis).

Manakala contoh karya Muslim yang non syariah-compliant itu seperti karya Naguib Mahfuz dan Pamuk, kedua-duanya memang Hadiah Nobel!

Arghh!.... beratnya beban ini….

rastom  on  11/29  at  12:52 PM

Puan SifuPTS:

Mohon dikoreksi dari sudut logika, Karya-karya yang syariah-compliant adalah jelas, ia harus dibaca, baik pengarangnya Muslim mahupun bukan. Sementara dalam ayat seterusnya, <a>Contoh karya non-Muslim yang tidak syariah-compliant adalah seperti hasil tulisan Aristotles, Plato dan Darwin (mereka adalah atheis).</b> Saya garu garu kepala.

Syariah-compliant: muslim dan non muslim (sah)
Tidak syariah-compliant: atheis—> non muslim juga (tidak sah)

(garu garu kepala sampai tercabut rambut)

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.