Wednesday, November 29, 2006

Etika Profesion Terjemahan bagi Penterjemah Muslim

Penterjemah Muslim tidak dibenarkan menterjemah karya-karya yang membahayakan aqidah ataupun akhlaq orang Islam, biarpun sebanyak mana bayaran terjemahan yang ditawarkan kepadanya.


Justeru, buku-buku Charles Darwin dan Karl Marx tidak boleh diterjemahkan. Saya katakan 'diterjemahkan', saya tidak katakan isi kandungan buku-buku itu tidak boleh 'diterangkan'.


Jika kita mahu memperkenalkan teori evolusi kepada pelajar jurusan sains, dan teori komunisme kepada pelajar sains politik, maka pakar-pakar Muslim perlu menulis buku karya originalnya sendiri bagi menerangkan teori-teori itu dengan menyertakan penilaian dan kritikan ke atas teori-teori itu daripada sudut pandang Islam.


........akan disambung.


Pesan kepada mentee-mentee Sifu:


Apa yang saya sambung tulis di bawah ini jangan dibaca sebagai sesuatu yang semestinya betul! Saya sendiri pun tidak yakin pemikiran saya ini betul. Hendak dikatakan saya belum memikirkannya dengan serius, tidak juga. Sudah 20 tahun ia menjadi beban intelektual yang saya kendong. Hendak dikatakan saya sudah berpuas hati dengan pemikiran ini, pun tidak juga.


Anggaplah pemikiran saya ini masih status fasa BETA!


.....akan disambung sebentar lagi....


Para penterjemah aliran konvensional tidak meniru model LPFN (Lembaga Penapisan Filem Negara). LPFN mempunyai panduan apa yang boleh ditayangkan kepada orang awam dan apa yang tidak boleh.


Justeru sesetengah filem diharamkan tayangannya, manakala sesetengah filem dipotong di sana sini, pada babak-babak tertentu sahaja.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya mempunyai 2 kategori buku: yang diharamkan dan yang tidak diharamkan.


Baik LPFN mahupun KDN, kedua-duanya adalah diasaskan di atas ideologi dan konsep kedaulatan dan pemeliharaan nilai-nilai budaya setempat.


....disambung


Sayangnya, pensyarah-pensyarah terjemahan Muslim tidak mempunyai ideologi, lalu mereka bulat-bulat mengajarkan prinsip-prinsip terjemahan konvensional, ciptaan mubaligh-mubaligh Kristian.


Akan kesilapan ini, ia bukan perkara baru. Ia dilakukan sejak pemerintahan Khalifah al-Maamun dengan institut terjemahan dirajanya yang dikenali dengan nama Baitul Hikmah.


Apakah Baitul Hikmah bukan konspirasi Yahudi?


....akan disambung lagi...


Baitul Hikmah adalah pusat kerja-kerja menterjemahkan karya Yunani ke dalam bahasa Arab. Disebabkan orang Arab tidak tahu bahasa Yunani, para penterjemah diambil daripada golongan Rabbi Yahudi. Mereka telah mempelajari bahasa Yunani kerana rekod-rekod Torah tertulis dalam bahasa Yunani.


Rabbi-rabbi Yahudi itu tahu bahasa Arab disebabkan mereka hidup di tengah-tengah masyarakat Arab.


Dalam kompleks Baitul Hikmah itu mereka diberi rumah mewah sebagai tempat tinggal percuma. Upah menterjemah yang dibayar kepada mereka oleh Khalifah Maamun adalah dengan cara menimbang berat buku asal dengan emas yang sama beratnya!


Rabbi-rabbi Yahudi itu bukanlah golongan miskin yang memerlukan pekerjaan daripada pemerintahan Arab-Islam, sebaliknya mereka adalah golongan pendeta dan ilmuwan yang berstatus tinggi dalam masyarakat Yahudi.


Mengapakah Rabbi-rabbi itu tidak menterjemahkan buku-buku logika Yunani itu ke dalam bahasa mereka sendiri, yakni bahasa Hebrew?


Mengapakah Rabbi-rabbi itu mengemukakan cadangan kepada al-Maamun supaya orang Arab mempelajari ilmu-ilmu logika Yunani?


Mengapakah mereka begitu bermotivasi mahu menterjemahkan ratusan buku-buku falsafah Yunani ke dalam bahasa Arab - bahasa kepada kaum yang menjadi seteru tradisional mereka? Apakah demi upah semata-mata? Apakah demi mahu melihat bangsa Arab menjadi bangsa ilmuwan?


....akan disambung, minum kopi dulu....


Di sini saya mengemukakan hipotesis bahawa Rabbi-rabbi Yahudi itu mempunyai agenda tersembunyi, yakni konspirasi bagi merosakkan pola pikir orang-orang Islam yang pada waktu itu dituntun oleh pemikiran Islamik sebagaimana yang diajarkan oleh kaum ulamak, dengan menggunakan strategi amat halus tetapi amat berbahaya dan amat berkesan, iaitu dengan memperkenalkan kepada cerdik pandai Arab kaedah berfikir logika formal dialektikal ciptaan intelek manusia-manusia pintar Yunani, Socrates, Plato dan Aristotles, dan anak-anak murid mereka.


Sejarah perkembangan dan tragedi konflik, krisis, dan keruntuhan intelektual Muslim selepas golongan cerdik pandai Arab mempelajari dan menguasai pola pikir dialektis tradisi Yunani, yang menghasilkan kemunculan kaum muktazilah, berlakunya peristiwa pembakaran kitab-kitab, penganiayaan ke atas para ulamak, sampailah timbulnya gagasan 'tertutupnya pintu ijtihad' adalah asas hipotesis saya ini.


..........jangan telan sahaja apa yang saya tuliskan ini! Baca sejarah kaum Muslim....


.......akan disambung


Apakah ciri logika Yunani yang mampu meruntuhkan pencapaian gemilang Zaman Keemasan ilmuan Islam?


Ciri utama logika Yunani itu adalah pada prosedur debate dialektis yang digunakan bagi membukti kebenaran. Bagaimanakah mahu membuktikan statement (tesis) "Semua bangau putih" itu benar? Caranya adalah dengan membuktikan statement itu tidak benar (antitesis). Prosedur berfikir ini diperhaluskan dengan sebaik-baiknya dalam sains oleh Popper.


Namun kelemahan yang paling ketara pada jalan pikir Yunani ini adalah ia tidak berguna bagi tujuan membuat penemuan dan penciptaan idea-idea baru. Sepintar-pintar Socrates, Plato dan Aristotles, orang Yunani tidak berupaya mencipta roda!


Yang paling menghancurkan adalah apabila jalan pikir debative dan dialektis ini digunakan dalam hal-hal Tauhid. Maka timbullah tragedi debat sia-sia "Apakah Quran itu makhluk ataupun bukan makhluk?"


.......akan disambung


Intisari jalan pikir Yunani adalah "membuktikan orang lain betul dengan cara membuktikan orang itu salah". Obsesi mencari kebenaran dengan cara membuktikan segala sesuatu itu salah, nah, inilah yang disebut sebagai critical thinking. Sepandai-pandai ahli falsafah Yunani, mereka hanya pandai membuktikan satu sama lain salah!


Prosedur berfikir secara debative dan dialektis ini bukan tradisi Islam. Nabi Muhammad SAW ada meninggalkan hadith yang lebih kurang maksudnya begini, sesiapa yang menggunakan kepandaian berhujah dengan tujuan suka mematahkan cakap orang lain, maka orang itu bukan pengikutnya. (Nota kepada mentee yang hafal hadith, tolong sebutkan hadithnya yang betul!)


Apakah Rabbi-rabbi Yahudi yang berjaya meyakinkan al-Maamun supaya mendirikan Baitul Hikmah itu tidak menyedari kecacatan serius akan jalan pikir Yunani ini, dan apakah mereka tidak terfikir bahawa kecacatan ini dapat dipergunakan bagi meruntuhkan Zaman Keemasan Baghdad, dan bagaimana ia juga dapat sekaligus merosakkan aqidah cerdik pandai Arab.


Tetapi, apakah perkaitan antara al-Maamun dengan etika profesion penterjemah Muslim yang kita bincangkan di sini?


Perkaitannya adalah, penterjemah Muslim tidak dibenarkan MENTERJEMAH bulat-bulat, kata demi kata, idea demi idea, halaman demi halaman, buku-buku yang maudhuknya (menggunakan istilah Tuan Rastom) anti-Tauhid!


sedang disambung.........


.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Fiqh Penulisan: Menterjemah lwn Menulis Previous entry: Pesta Buku Bangkok 2007
rastom  on  11/29  at  01:59 PM

Puan SifuPTS,

Logiknya sekarang terang benderang (walaupun dengan logik formal Yunani Purba). Kaedah mentafsir/terjemah Quraan sebagai padanan. Untuk “menerangkan” al Quraan perlu prasyarat tertentu sebagai pentafsir. Untuk “menerangkan” buku buku yang ada unsur unsur anti-Tauhid pun demikian. Maka proses mencekup bulat bulat lalu menyalahtarbiahkan pembaca terelak dan memberi ketenangan serta kepuasan kepada tukang pencerah itu tercapai.Begitukah?
——-

alang kelana  on  11/29  at  03:53 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu, Pak Rastom, et al,

(a) “Akibat tekanan dan polisi para pengupah yang mengupah para penterjemah sering meletakkan para penterjemah di dalam dilema apabila polisi & para pengupah bertentangan (konflik) dengan etika Islam.”

alang kelana  on  11/29  at  04:24 PM

[..sambungan ..]
...
(b)“Akibat latihan di dalam mendapat kemahiran menterjemah itu telah menjadikan para penterjemah, secara tidak sedar, melakukan kerja-kerja yang bercanggah dengan etika Islam.”

alang kelana  on  11/29  at  04:31 PM

..Mungkinkah situasi (a) atau (b) yang dihadapi oleh para penterjemah?
Namun yang jelas:
(1) Kewujudan Baitul Hikmah ketika pemerintahan “Khalifah al-Maamun” dengan upah lumayan (dengan cara menimbang berat buku asal dengan emas yang sama beratnya!) merupakan peluang keemasan (dengan cara menimbang berat buku asal dengan emas yang sama beratnya!) kepada para Yahudi yang memang sejak zaman Nabi (SAW) lagi melakukan konspirasi terhadap Islam dan umat Islam, umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Tidak hairanlah cerita dongeng-dongeng Israeliat boleh meresap ke dalam kitab-kitab yang ditulis ulama Islam.

(2) Untuk seseorang menilai dengan baik, seseorang perlu kenal kebaikan dan perlu kenal kejahatan dari sudut pandangan (neraca) kebaikan, barulah dapat mengelakkan kemungkinan salah tafsir/terjemah.
Begitukah?

latip  on  11/29  at  11:59 PM

orang yahudi memang cerdik tetapi mereka jahat. Allah utuskan beberapa orang nabi di kalangan mereka kebanyakannya mereka bunuh. mereka berlaku kianat dan melanggar perjanjian damai dengan Nabi Muhamad.mereka memang memusuhi orang islam sejak dahulu. sebab itu dalam al quran Allah berfirman yang maksudnya, tidak akan redha orang yahudi selagi kamu tidak ikut mereka.

dulu ilmu dikuasai oleh orang Islam. tetapi orang yahudi berjaya menjadikan ilmu itu dikuasai oleh bukan islam. salah satu cara yang mereka lakukan dengan memperkenalkan ilmu yang bertentangan dengan islam kepada orang islam.

kalau dulu khalifah maamum yang ikut telunjuk mereka tetapi sekarang?.

mereka yang nak mendapat PhD dalam bidang agama islam termasuk usuludin terpaksa pergi ke barat untuk   berguru dengan mereka?.

bagaimana pula dalam bidang penulisan?. khabarnya penulis yang anti yahudi tak akan dicalonkan untuk hadiah nobel dunia.

bila PTS perkenalkan teknik surah yusof dalam penulisan jangan hairan kalau ada yang tak setuju.

Puan Ainon Mohd.  on  11/30  at  12:56 AM

Tuan Latip,

Penulis beragama Islam yang diberi Hadiah Nobel itu adalah mereka yang merendah-rendahkan Islam. Bacalah Nagib Mahfouz dan Pamuk. CNN melabelkan dan memuji Mahfouz sebagai ‘a liberal Muslim’.

alang kelana  on  11/30  at  05:25 AM

Puan Sifu, Tuan Rastom, Tuan Latip, et al,

“Penulis beragama Islam yang diberi Hadiah Nobel itu adalah mereka yang merendah-rendahkan Islam. Bacalah Nagib Mahfouz dan Pamuk. CNN melabelkan dan memuji Mahfouz sebagai ‘a liberal Muslim’.”

> Begitu juga dengan Taslima Nasrin (Bangladesh) dan Salman Rushdie (India), masing-masing lari dari negara masing-masing dan berlindung di Eropah, dan pihak barat yang memuji mereka dengan ‘Muslim progresif’.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.