Monday, November 27, 2006

Etika Terjemahan: Teori Terjemahan Konvensional lwn Teori Terjemahan Aliran Surah Yusuf

Pelajar subjek terjemahan di negara ini selama ini diindoktrinasi oleh pensyarah mereka supaya menerima dengan tanpa soal setiap satu daripada apa yang ada dalam senarai nilai etika, prinsip dan teknik-teknik teori terjemahan ciptaan mubaligh-mubaligh dan profesor-profesor Barat (baca Eropah-Kristian).

Saya katakan 'Kristian' sebab sememangnya latar belakang para pelopor dan pendiri teori-teori terjemahan yang diajarkan di pusat-pusat pengajian tinggi hari ini adalah mubaligh-mubaligh Kristian. Mereka mencipta teori-teori bagi membantu aktiviti penterjemahan Bible ke dalam bahasa-bahasa dunia.

Prinsip yang paling utama dalam semua teori terjemahan konvensional adalah "bentuk lawan isi" yang mengatakan bahawa bentuk boleh diubah tetapi isi tidak boleh diubah sama sekali.

Dengan latar belakang bahawa teori-teori itu dibangunkan sebagai panduan para penterjemah Bible, maka tentu sekali prinsip "bentuk boleh diubah tetapi isi mesti dikekalkan" menjadi prinsip yang betul bagi penterjemahan Bible.

Tetapi prinsip ini sekarang diajarkan kepada pelajar terjemahan sebagai prinsip yang mesti dipegang bagi SEMUA jenis terjemahan!

Bacalah karya-karya terjemahan sastera Barat dalam Bahasa Melayu (dan Indonesia) sebagai contoh, maka dapat dilihat bagaimana para penterjemah kita menganuti prinsip "bentuk lawan isi" itu dengan taat sekali, tanpa ragu, tanpa sangsi, seolah-olah prinsip-prinsip ciptaan para mubaligh Kristian itu adalah prinsip-prinsip kudus yang diturunkan dari langit!

Dengan menganuti prinsip "ISI mesti dikekalkan dalam semua jenis terjemahan", ini bermakna si penterjemah telah membenarkan budaya bahasa penerima ditakluki oleh budaya bahasa sumber.

Justeru, walau apa sekalipun "ISI" yang terkandung dalam karya asal, yakni apakah ISI itu selaras ataupun tidak dengan nilai-nilai budaya bahasa penerima, apakah isi itu berupa sampah sarap budaya mungkar dalam bahasa sumber, ISI itu tetap dipindahkan ke dalam terjemahan Melayunya.

Jelas sekali, teori terjemahan konvensional itu sentrik budaya sumber! Ia tidak memberi hak membuat pilihan kepada bahasa penerima. Nah! Inilah mazhab teori terjemahan yang diindoktrinasikan ke atas minda pelajar-pelajar kursus terjemahan tanah air saat ini.

Di manakah "independence of mind" dan "freedom of knowledge" kita sehingga pakar-pakar teori terjemahan tanah air tidak melakukan penilaian ke atas validiti ilmu terjemahan yang diasaskan oleh mubaligh-mubaligh Kristian, dalam konteks bahasa dan budaya kita?

Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok: Apakah Islam tidak mempunyai sumber-sumbernya sendiri bagi membangunkan etika dan teori-teori terjemahan yang syariah-compliant?

Jawapannya: Ada. Seluruh dialog dalam surah Yusuf adalah dialog yang diterjemahkan oleh Allah SWT sendiri, daripada bahasa Yahudi dan bahasa Mesir Kuno ke dalam bahasa Arab.

Nabi Yusuf itu adalah bangsa Yahudi yang tinggal di Palestina, justeru dalam kehidupannya yang sebenar, beliau bercakap menggunakan bahasa itu. Manakala Raja Mesir menuturkan bahasa Mesir Kuno. Semua percakapan mereka dalam bahasa Yahudi dan Mesir Kuno itu diterjemahkan oleh Allah ke dalam bahasa Arab dalam surah Yusuf.

Dalam memilih dialog-dialog yang diterjemahkan, dialog-dialog yang dipilih oleh Allah itu mencerminkan prinsip-prinsip berkenaan unsur-unsur yang boleh diterjemahkan dan yang tidak boleh diterjemahkan dalam sesebuah cerita.

................akan disambung, sabar ya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Etika dalam Teori Terjemahan Islami Semestinya Syariah-Compliant Previous entry: Previu Travelogue Tuan Sheikh Alang
rastom  on  11/27  at  06:41 AM

Puan SifuPTS,

Ini mengingatkan saya kepada karya fiksyen Umberto Eco- bukunya - Il nome della rosa (bahasa Itali) (1980 - terjemahan Inggeris: The Name of the Rose, 1983) di dalam sebuah episod, para rahib sebahagiannya kerja terjemah buku dan yang menariknya ada disebutkan buku buku dari dunia Islam yang hanya boleh diterjemahkan (juga kebenaran membaca dihadkan) oleh rahib -rahib terpilih sahaja.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  11/27  at  07:09 AM

Tuan Rastom,

Maklumat yang tuan tuliskan itu sangat menarik! Belum pernah saya terbaca mengenainya.

aku  on  11/28  at  06:10 PM

mohon disambungkan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.