F1, LEGO, DEPCO…
Mata pelajaran rekacipta adalah mata pelajaran anak emas Dato' Hishamuddin Tun Hussein, begitulah yang dicakap-cakapkan oleh komuniti orang bisnes tentang banyaknya duit yang dibelanjakan oleh menteri itu khusus bagi mata pelajaran tersebut.
Gosip-gosip yang sedang rancak meniti dari mulut ke mulut mengatakan, menteri itu menentukan syarikat mana mendapat kontrak perbekalan apa untuk mata pelajaran itu. Semua pemilihan produk dan kontrak adalah beliau sendiri yang memilih dengan tidak meminta nasihat daripada pegawai-pegawai di Pusat Perkembangan Kurikulum.
Buat membeli gajet F1, menteri itu meluluskan kontrak RM189 juta secara direct negotiation.
Buat membeli gajet LEGO, menteri itu meluluskan RM151 juta secara direct negotiation.
Tetapi yang paling besar adalah bajet untuk menaik-tarafkan makmal-makmal sekolah dengan membekalkan peralatan produk DEPCO. Jumlah sekolah menengah adalah 2,000 buah. Bajet untuk menaik-tarafkan setiap makmal adalah antara RM1.2 juta - RM1.5 juta. Hanya sebuah syarikat sahaja diberikan kontrak secara direct negotiation.
Kata seorang pegawai, syarikat kontraktor yang mendapat projek membekalkan produk DEPCO itu bukan agen DEPCO sewaktu diberikan kontrak itu oleh kementerian pelajaran.
Diceritakan bagaimana untuk projek naik-taraf makmal itu, sebuah mesin pemotong yang berharga sekitar RM30 ribu tetapi dibekalkan kepada kementerian pada harga RM130 ribu.
Begitulah gosipnya. Kita pun tidak mempunyai bukti-bukti sohih, tetapi bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan banyak pokok bergoyang-goyang.
Sekali lagi, kita menggesa menteri itu supaya mempertahankan nama baiknya dengan meminta BPR datang dan melakukan siasatan bagi membuktikan bahawa semua pemberian kontrak di semua bahagian (BBT, BTP, PPK, EPRD) adalah dilaksanakan dengan mematuhi prosedur yang betul.
Biar ketua pengarah BPR yang membuat kenyataan itu dan meredakan gosip-gosip yang sudah sekian lama kita dengar.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam sejahtera,
Wah! Menarik sungguh fakta yang dikemukakan itu. Kenapakah baharu dikemukakan sekarang ya? Alangkah baiknya kalau ia dipaparkan beberapa hari sebelum pilihanraya tempoh hari.
Rakyat negeri Sabah dan Serawak mungkin mampu membuat pilihan kerajaan yang lebih tepat lagi. Maka kita boleh menikmati harga petrol yang lebih murah secepat mungkin!
Tahukah rakyat negeri-negeri yang bukan berhampiran Putrajaya bahawa bajet kewangan RM 189 juta dan RM 151 juta itu sepatutnya digunakan untuk perkara berikut :
1. Menambah baik prasarana sekolah, contohnya tambah makmal komputer, baiki kelas-kelas dan kelengkapan murid-murid yang sudah buruk.
2. Mengupah pakar-pakar motivasi untuk pergi ke setiap sekolah memberi kursus motivasi kepada murid-murid sekurang-kurangnya setahun 4-5 kali.Sekolah tidak payah bayar semua percuma.
3. Menyediakan kelas tambahan bagi murid-murid yang lemah secara percuma, termasuk makan tengah hari percuma.Tidak perlu pergi tuisyen. Jika satu subjek tuisyen harganya RM20, jika ada 5 subjek maka kos tuisyen perlu ditanggung ibu-bapa ialah RM 100 sebulan bagi seorang anak.
4. Menyediakan kelas tambahan bahasa Inggeris percuma untuk murid-murid luar bandar, dengan mengupah guru tambahan bahasa Inggeris supaya mereka tidak ketinggalan seperti rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
5.Menyediakan akses internet, secara ‘wired’ atau ‘wireless’ percuma di sekolah-sekolah bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan oleh guru-guru.
6. Menyediakan komputer atau laptop percuma bagi setiap guru sekolah supaya mereka boleh manfaatkan teknologi maklumat dan mengurangkan beban kerja pentadbiran.Sekolah perlu menambah baik sistem pentadbiran dan mengurangkan atau menghapuskan beban kerja pentadbiran oleh guru-guru. Dengan ini mereka boleh menumpu sepenuh perhatian kepada pendidikan murid . Dengan ini murid-murid tidak perlu pergi tuisyen lagi.
7.Memberi bajet yang munasabah bagi pembelian buku-buku di perpustakaan sekolah. Perpustakaan perlu dilengkapi buku terkini yang bermutu yang dihasilkan oleh penerbit yang bermutu, bukan membeli buku ‘cap ayam’.Kebanyakan perpustakaan sekolah bukunya telah berkulat dan lapuk, ini menghilangkan selera untuk membacanya.
8.Guru-guru perlu ada e:mail supaya boleh berhubung dengan ibu-bapa yang mana patut.
9.Sekolah patut diberi bajet yang lebih supaya boleh mengatur aktiviti ko-kurikulum yang sempurna untuk faedah murid-murid.
Akhir sekali, siapakah dan berapa ramaikah yang mendapat manfaat daripada bajet F1 dan LEGO itu ? Bunyinya sahaja berdegar-degar? apakah sekolah-sekolah di kawasan pendalaman Serawak, Sabah, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Pahang boleh dapatkah faedahnya? Sedang mereka ini terkial-kial menangani masalah bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik?
Realitinya hanya sekolah-sekolah di dalam kawasan bandar sahaja yang mungkin menikmatinya! Dengan ini disarankan supaya pemegang keris turun takhta dan cuba cium tanah pula!Tidak ada perkembangan inovatif dan kreatif dalam sistem Pendidikan Malaysia di bawah pentadbirannya! Kalau adapun mungkin idea bernas daripada pegawai-pegawai kerajaan dan guru-guru yang berdiri di belakang tabir.Itu semua kita sudah tahu!
Maka bangunlah rakyat Sabah dan Serawak, jangan biarkan anak-anak anda ketinggalan dan mendapat pendidikan kelas dua sedangkan anak menteri mendapat pendidikan kelas dunia! Jangan biarkan anak-anak menjadi mangsa orang-orang yang rakus dan tamak duniawi, ke manakah perginya hak anda dan hak anak-anak serta cucu cicit anda, mahukah tunggu 50 tahun lagi ?
Saya terpanggil untuk memberi sedikit buah fikiran mengenai f1 ini. Saya cikgu mengajar di Sabah dengan ini mengesahkan bahawa program f1 ini sudah pun dijalankan di sini. Boleh dikatakan program ini banyak membentuk peribadi pelajar kami dari segi disiplin, semangat kerjasama, keyakinan diri, daya saing dan daya usaha yang tinggi. Pada saya program ini adalah sentuhan pendidikan kelas dunia kerana sudah dijalankan di banyak negara termasuk Kuwait, Cina, negara Eropah juga Asia. Malah saya turut berasa bangga apabila mendapat tahu bahawa pelajar Malaysia kita memang berkebolehan dan memberi saingan yang sengit kepada negara yang lain di mana pelajar kita sudah beberapa kali menjulang piala diantara 3 yang terhebat. Lebih membanggakan apabila pernah pasukan Malaysia yang memenangi piala adalah terdiri daripada pelajar perempuan. Mereka juga turut memenangi hadiah pujian ‘semangat kesukanan’ kerana membantu pasukan dari negara lain menyelesaikan masalah kritikal yang dihadapi ketika itu.
Saya melihat program F1 dari segi sudut positif, bagaimana ia telah membentuk peribadi murid dan melentur mereka lebih berfikiran terbuka dan kehadapan. Cuba kita beri ruang kepada pelajar yang terlibat untuk bersuara , tanyakan aspirasi mereka, pengalaman mereka dan harapan masa depan anak-anak ini dan selepas mendengar dan faham mungkin kita boleh menerima program ini dengan hati terbuka. Ianya bukan setakat kereta lumba dari potongan kayu seperti yang telah disalah tafsirkan, ianya lebih daripada itu.
Pada yang tidak faham kenapa dan mengapa program ini diadakan, buatlah rujukan bukan setakat rujukan di internet yang ditambahkan dengan gossip2 panas, makanya kebaikan dan objektif sebenar dinafikan terus.
Saya tidak mahu menyentuh hal-hal lain, dalam kemelut politik yang tidak stabil pelbagai cerita boleh timbul, mungkin ada yang betul dan yang tidak betul, mungkin fakta yang betul tapi tuduhan yang tidak betul atau sebaliknya. Wallahualam!
................
Nota Sifu: Hmm…. Macam skrip yang ditulis atas arahan sahaja, bunyinya.
Salam sejahtera,
Tidak dinafikan ada banyak program-program yang bagus dan mahal-mahal yang boleh diimpot dari luar negara.
Persoalannya di sini berapa ramaikah yang akan mendapat manfaatnya. Bagaimanakah kita menerangkan faedah ekonominya. Tahniah jika sekolah di Sabah telah diberi peluang untuk mencubanya dan ia memberi kesan yang baik.
Namun, apabila berbelanja (terutamanya bagi kerajaan), perlu difikirkan apakah ini satu ‘keperluan’ ataupun ‘kemewahan’. Sekiranya wang dibelanjakan untuk projek ini apakah semua sekolah akan dapat menikmatinya? Apakah ‘opportunity cost’ dan ‘opportunity lostnya’. Apakah dengan menggunakan perbelanjaan untuk projek ini maka kita terpaksa memotong bajet lain contohnya prasarana komputer atau kelas tambahan bahasa Inggeris bagi sesetengah sekolah lain yang amat daif keadaannya. Apakah ini satu pertimbangan kenegaraan yang baik?
Bagaimana pula jika para pakar kreativiti di Malaysia ini dipanggil bermesyuarat dan kemukakan idea yang bernas-bernas serta satu program yang lebih ‘affordable’ dan ‘localised’ boleh diaplikasikan. Atau mungkin kerajaan boleh memanggil syarikat-syarikat swasta seperti Intel atau lain-lain yang boleh menjadi ‘sponsor’ program ini. Dengan itu mereka boleh diberikan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan ini?
Dengan demikian, kita boleh elak ‘kebocoran’ wang ke luar negara. Oleh itu, baharulah boleh ’ kill two birds with one stone’, iaitu kita mengangkat kepakaran orang kita dan keduanya kita menambah baik ekonomi negara (tanpa berbelanja ke luar negara). Anak-anak kita juga akan kagum dengan kemampuan pakar-pakar negara kita, maka mentaliti ‘penjajah’ dapat dihapuskan.
Apakah dengan LEGO dan F1 sahajakah anak-anak kita boleh jadi cerdik? Pada zaman keagongan Islam dahulu, mereka tiada LEGO mahupun F1, tetapi idea pemikiran Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan lain-lain telah memberi kesan dan digunapakai sehingga ke abad ini!
Kita sekarang sedang mempersoalkan kehemahan perbelanjaan ini dan juga kemungkinan ada alternatif lain. Rakyat juga ingin tahu apakah benar kontrak-kontrak ini dimonopoli oleh orang-orang tertentu sahaja? Maka jika ianya tidak benar sila jelaskan dengan seikhlas-ikhlasnya.
Kami berhak tahu kerana kami ialah pembayar cukai yang ‘finance’ kerajaan Malaysia.
cikgu, inilah masalah dgn sifu kita, bila kita ckp benda yg betul, dikatakan arahan. menurut kawan2 saya di bhg sekolah dan ppk yg terlibat secara langsung dgn F1 dan lego, sykt lego dan f1 telah mula buat pilot sejak tahun 2005, malah sykt lego telh mula dgn pembelian sekolah2 secara individu. sykt lego bukan stakat buat pilot guna duit sendiri malah pelajar2 kita yg pegi ke pertandingn luar negara disponsor oleh sykt tersebut. sama jugak dgn f1, pilot pertama pada tahun 2005, ada 14 buah sekolah terlibat. sykt keluar belanja sendiri sbyk rm 2 juta termasuk hantar anak2 kita bertanding di birmingham. itu yg pelajar kita menang d fastest car. tahun 2006, sekali lgi sykt pilot dgn 40 pasukan dan 30 buah sekolah. tak kurang rm 2 juta dibelanjakan. semua ini dibuat sebelum kerajaan anugerah apa2 kontrak dan langsung tiada peruntukan dikeluarkan. saya rasa kita ini sudah banyak menyimpang dr kebenaran dan bila kebenara di tulis, kita tak boleh terima…. mcm mana ni sifu?
Post a comment