Fakta Tidak Dilindungi oleh Undang-Undang Hakcipta
Tema, idea dan fakta yang terkandung dalam buku karangan tuan itu tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Ertinya, sesiapa sahaja boleh menulis buku-buku lain yang mengandungi tema, idea-idea dan fakta-fakta yang serupa sebagaimana yang terdapat dalam buku tuan, dengan syarat mereka menggunakan susunan ayat-ayat mereka sendiri.
Fakta adalah sesuatu yang dapat dibuktikan kebenarannya. Fakta bukan hasil kerja seni.
Banyak orang keliru antara 'fakta' dengan gambarajah, carta, graf, peta, lukisan, layout, khat, gambar dan carta.
Gambarajah, carta, graf, peta, lukisan, layout, khat, dan gambar adalah hasil kerja seni, oleh itu dilindungi.
Justeru, jangan menyalin gambarajah, carta, graf, peta, lukisan, layout, khat, gambar dan carta yang terdapa dalam buku-buku orang lain kerana perbuatan itu melanggar hakcipta. Sebaliknya lukis sendiri benda-benda itu. Kalau hendak menyalin juga, dapatkan izin bertulis terlebih dahulu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan,
Kalau hasil yang dilindungi digunakan untuk tujuan bukan profit bagaimana pula? Masih dianggap melanggar hakcipta?
Ataupun kena buat citation/nota kaki macam technical paper(e.g. jurnal penyelidikan) ?
Post a comment