Thursday, October 04, 2007

Faktor Kejatuhan Pasaran Novel Cinta: “Cerita Recycle”

Industri novel cinta Malaysia memerlukan produk-produk baru dan segar, yang berbeza daripada apa yang ditawarkan sekarang.

Ada beberapa punca kejatuhan pasaran novel cinta.

Namun 2 faktor utamanya adalah:

1. Terlalu banyak judul baru diterbitkan oleh penerbit-penerbit kecil yang tidak teliti memilih manuskrip dan tidak profesional dari sudut editorial sehingga berlaku lambakan novel bermutu rendah dalam pasaran.

2. Tema dan cerita yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur baru sehingga semuanya hampir serupa, lalu mencipta istilah "recycle" di kalangan peminat novel cinta.

Dalam perbincangan dengan pegawai daripada sebuah rumah penerbit lain, isu ini ditimbulkan dan berikut adalah pandangan yang dikemukakan dalam perbincangan itu. Ada 3 faktor yang menghasilkan kualiti rendah novel-novel cinta sekarang:

1. Penulis novel cinta tidak membaca buku-buku bermutu hasil karya pengarang-pengarang lain.

Justeru mereka tidak mengetahui tentang pelbagai gaya penceritaan lalu mereka hanya menggunakan bakat semulajadi sahaja. Ini menyebabkan tidak ada peningkatan pada gaya penceritaan mereka, ia kekal serupa sahaja sebab mereka tidak pernah mengkaji gaya penceritaan pengarang-pengarang besar.

2. Mereka tidak membaca buku-buku ilmu-ilmu bantu.

Penulis novel cinta tempatan tidak membaca buku-buku lain, seperti buku sejarah, politik, psikologi, falsafah, budaya dan lain-lain. Ini menyebabkan novel mereka tidak mempunyai value-added, yakni tidak ada nilai tambah. Yang ada hanya cerita biasa-biasa, serupa dengan cerita-cerita yang ditayangkan dalam TV.

3. Mereka hanya membaca novel-novel cinta penulis tempatan.

Faktor ini menyebabkan berlakunya fenomena "mental in-breeding" pada idea cerita, gaya penceritaan dan gaya bahasa mereka. Mereka saling tiru-meniru kelemahan dan kesilapan sesama penulis novel cinta.

Jika penulis novel-novel cinta kita masih duduk pada takuk mereka sekarang, penerbit akan mencari produk-produk baru dengan melupakan pengarang-pengarang tempatan. . .

Nota: Wajah penghias cover novel cinta Islami terbitan PTS LITERA ini adalah milik Akauntan PTS! Cik Faraliza, namanya. Desain cover dan foto diambil di studio PTS oleh Pengarah Kreatif PTS, En. Hisham Salmin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mencari Bakat-bakat Pelukis Previous entry: Gosip Kontrak Kementerian Pelajaran
Mohd Nadzrin Wahab  on  10/10  at  10:02 AM

Salam UNIKA,

Pertama sekali, tahniah kepada Cik Faraliza. Sungguh tidak sangka, staf PTS ada bakat memperaga. Nasib baik diri sudah berpunya…

Keduanya, pertanyaan saya kepada Puan Ainon, apakah menggunakan wajah orang juga perlu dibayar royalti atau sekali bayar? Bagaimana dengan penggunaan imej lukisan atau catan pelukis profesional/amatur? Bagaimana dengan wajah orang popular?

Bolehkah kita hanya meminta keizinan tanpa memaklumkan kepada mereka tentang hak bayaran yang mereka layak dapat? Atau perlukah kita sebut “Saya nak guna gambar awak ni, berapa awak nak saya bayar?”. Perlukah kita didik mereka dalam hal-hal begini?

Terima kasih.

Ramadan Mubarak!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: