Sunday, September 12, 2010

Faktor Utama Kejayaan Brand AinMaisarah Sehingga Menjadi Pujaan Remaja

Puan Ain Maisarah (foto) adalah penulis novel remaja paling popular.

Beliau melaburkan royaltinya bagi membeli sebuah kondo elitis bernilai RM400 ribu dan beliau baru sahaja selesai berpindah ke kondo itu.

Beliau memberitahu, kondo itu telah dibeli 100% menggunakan wang royalti daripada jualan 10 buah novelnya. Kini beliau mempunyai lebih daripada 10 buah novel, dan sedang menulis lebih banyak novel.

Faktor utama yang menghasilkan kejayaan novel-novel beliau adalah aktiviti marketing yang beliau sendiri jalankan. 

Di sebalik kejayaan itu adalah otak genius pengurus beliau, Tn. Syaizul Amal, yang juga menjadi strategis marketing brand 'AinMaisarah'.

Sebenarnya, segala sesuatu yang dilakukan oleh Pn. Ain Maisarah di khalayak adalah berunsurkan marketing belaka. Beliau menghasilkan novel-novel dengan terlebih dahulu mendapatkan maklumat dari peminat-peminat beliau berkenaan cerita bagaimana yang mereka mahu beliau tuliskan.

Nama samaran 'Ain Maisarah' itu sendiri adalah dicipta khusus sebagai elemen marketing.

Kempen 'Jejalah Sekolah' yang beliau lakukan, teks ucapannya, warna-warna pakaian beliau, potongan fesyen, tudung, kasut, maklumat dalam posting blog dan Facebook beliau -- semuanya dirancang sebagai komponen strategi marketing.

NOTA: Puan Ain Maisarah adalah DUTA PTS. Di mana-mana sahaja beliau muncul dalam sesi promosi buku, maka beliau akan mempromosi buku-buku PTS oleh penulis-penulis lain, bukan hanya buku-buku beliau sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa Pasaran Buku Panduan Hidup Berbahagia dalam Bahasa Melayu pada Saat Ini Lembap Previous entry: PTS Selesai Membayar Royalti Penulis, Penterjemah, Pelukis dan Pekomik Sebelum Hari Raya
Syaizul Amal  on  09/12  at  07:34 AM

Assalamualaikum Puan Ainon,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Puan, seluruh warga PTS, rakan penulis dan semua pembaca blog UNIKA. Saya memohon maaf salah silap samaada yang disedari ataupun yang tidak disedari.

Terima kasih di atas maklumat entri ini. Alhamdullilah segala usaha ini telah menampakkan hasil. Jenama AinMaisarah sudah dikenali ramai. Kini AinMaisarah tidak boleh senang-senang muncul di khalayak ramai tanpa disedari.

Setiap kali kami keluar makan, keluar berjalan-jalan, pergi kenduri dan juga solat terawih di masjid, ada sahaja yang bertegur, bergambar atau sekadar menyebut nama AinMaisarah sambil mencuit ibubapa masing-masing.

Oleh itu saya berharap makin ramai penulis lain yang memulakan aktiviti branding dan marketing secepat mungkin. Saya melihat ramai penulis masih lagi menggunakan Facebook dan Blog sebagai medium pengantaraan peribadi. Cerita peribadi, luahan perasaan peribadi dan gosip-gosip peribadi. Cuba bezakan kehidupan peribadi dan imej penulis.

Segala aktiviti berkaitan nama pena adalah aktiviti mencapai objektif “branding”. Output akhirnya tentulah peningkatan jualan buku. Senaraikan objektif dan tema brand anda, kemudian rancang aktiviti dan imej tersebut di setiap medium perantaraan.

Marilah kita bersama memikul tanggungjawab branding dan marketing ini walaupun PTS mempunyai tim marketingnya sendiri, mereka tidak mampu memberikan personal touch kepada branding penulisnya yang mencecah beratus-ratus orang.

Aktiviti branding dan marketing AinMaisarah akan masuk fasa ke-3. InsyaAllah, kita boleh melihat aktivitinya pada hujung tahun ini pada skala yang lebih besar. Semoga semuanya berjalan lancar, persetujuan telah dibuat semasa hari raya kedua baru-baru ini.

Wasalam
Pengurus AinMaisarah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: