Sunday, May 25, 2008

Cakap-cakap Hos TV Yang Menjatuhkan Semangat

Pasaran buku-buku Melayu sedang berkembang dengan menggebu-gebu, tetapi masih ada orang bercakap-cakap kononnya buku Melayu tidak laku.

Mereka yang bercakap begitu tentu sekali tidak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam dunia industri buku Melayu. Tentu sekali juga orang-orang itu tidak kerap masuk kedai buku, sebab kalau dia selalu masuk kedai buku, dia tentu perasan banyaknya buku-buku Melayu dipamerkan dalam kedai buku.

Apabila cakap-cakap begitu didengar oleh orang yang mahu menulis buku, dia akan jatuh semangat, sebab dia akan berfikir buat apa dia menulis buku dalam Bahasa Melayu jikalau buku itu nanti tidak laku dijual.

Apabila cakap-cakap begitu didengar oleh penerbit, dia menjadi takut hendak menerbitkan buku-buku Melayu, sedangkan demi perkembangan industri buku Melayu, kita memerlukan lebih banyak penerbit.

Kita minta jasa baik para penerbit rancangan TV supaya memberitahu hos-hos TV, terutama sekali hos 'talk-show', supaya berhenti daripada memberi maklumat yang tidak betul tentang tabiat membaca rakyat negara ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cerita Mat-Mat & Minah Rempit dan Jualan Buku Melayu di Alor Setar Previous entry: Ada-ada Sahaja: Poligami dan Teori Lelaki Mahu Fun
rastom  on  05/25  at  07:05 AM

Puan Seri Ainon,

Masalah juga bila hos dan penerbit dua kali lima. Siapa yang nak nasihatkan?

...............

Nota Sifu: Hmm….

Zamri Mohamad  on  05/25  at  10:33 AM

Assalam alaikum Puan,

Itu satu peluang baik! Kita mohon penerbit rancangan tersebut untuk mempromosikan buku yang diterbitkan dalam rancangan mereka bagi ‘menggebu-gebukan’ pasaran buku Melayu yang dikatanya perlahan.

Selepas sudah masuk dalam rancangan kita pusing balik kenyataan dengan penemuan terbaru (?) yang berbeza.

Hehehhe. Idea pemasaran gerila.

———————————————————————————-

ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: