Fatwa Tentang Projek F1
Dalam surah al-Baqarah, ayat 195 bermaksud: "Janganlah kamu membahayakan diri kamu."
Manakala ada hadith yang bermaksud: "Jangan kamu membahayakan orang lain, dan jangan kamu membahayakan diri kamu sendiri."
Aktiviti lumba kereta adalah termasuk dalam jenis-jenis aktiviti yang dilarang dalam Islam, kerana berlumba kereta adalah membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Dengan demikian, sebarang aktiviti yang berkaitan dengan lumba kereta adalah dilarang, yakni haram. Sebagaimana disebabkan perbuatan meminum arak adalah haram, maka mengajar orang membuat minuman arak adalah haram.
Justeru, projek mengajar rekacipta dengan menggalakkan para pelajar belajar membuat kereta lumba F1 adalah bertentangan dengan larangan dalam al-Quran dan hadith.
Nota tambahan: Eloklah Menteri Pelajaran bertanyakan apa pula pendapat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ustazah Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Sifu
Setahu saya, projek F1 di sekolah ini melibatkan perkara teknikal rekaan kereta semata-semata. Daripada laporan program mereka, nampaknya penekanan diberikan kepada rekaan aerodinamik. Rekaan aerodinamik membuatkan kenderaan lebih efisien dan kurang menggunakan minyak. Maka, dalam hal ini ada manfaatnya terhadap alam.
Mereka juga tidak berlumba di atas trek jalan raya, hanya trek kereta model sahaja.
..........
Nota Sifu:
Tuan Firdaus, bagi mengajarkan ilmu fizik aerodinamik, ajarkanlah sahaja ilmu itu dan aplikasi prinsip-prinsip aerodinamik dalam pelbagai bidang rekacipta yang tiada kaitan dengan aktiviti yang dilarang oleh agama. Tuhan jualah yang maha tahu.
Bila difikir-fikirkan kembali, F1 ini simbol bermegah-megah dan bermewah-mewah. Fungsinya lebih sebagai perlawanan ego antara para pengeluar kereta. Impak teknologinya kepada masyarakat juga sudah menurun kerana terlalu banyak syarat-syarat yang mengongkong inovasi.
Wallahualam
Salam sejahtera Pn.Ainun. Asalamualaikum.
FATWA adalah dikeluarkan oleh ULAMA’ secara adil dengan tidak berdasarkan pada sifat marah atau apa jua sifat melainkan atas dasar KEJUJURAN yang dikeranakan ALLAH.
Saya percaya, sesebuah kesimpulan atas setiap satu perkara mestilah dibuat secara menyeluruh dan bukan dari satu sudut pandangan cendekia yang cetek dan lemah.
Al-hadith mengenai bahaya yang puan itu amatlah benar dan di percayai dikeranakan suara hadith itu adalah dari suara junjungan kami nabi Muhammad.
Didalam projek F1 ini, apakah bahaya yang dapat puan bentangkan di sini? Saya amat percaya, Pembelajaran F1 di sini, adalah berkaitan dengan rekabentuk, aerodynamic dan sebagainya.
Ketika Pn. Ainun semasa usia kanak2, saya percaya puan dapat mengasah bakat dan menajamkan minda melalui aktiviti rekacipta. Semasa zaman tersebut, puan mungkin membuat rekacipta “Kapal terbang kertas” dan sebagainya.
Ketika menghadapi era zaman terkini, amatlah perlu bagi anak2 bangsa kita memiliki daya saing dari segi minda dan teknologi yang setaraf dengan taraf antarabangsa.
Projek F1, adalah satu cabang menerapkan pendekatan teknologi moden kepada anak2 Malaysia seawal usia yang bersesuaian dengan zaman terkini.
Dari sudut pandangan Islam, jika Pn. Ainun mengkaji dan mempelajari sejarah2 islam yang lepas, saya percaya ada antara tokoh2 Islam yang berjaya mencipta senjata perang, tidak kah SENJATA itu sesuatu yang merbahaya?
Saya harap Pn.Ainun lebih peka didalam mencari kebenaran dengan jujur dan bukan sewenang-wenang nya menerima fikiran akal yang marah dan benci dalam membuat satu manipulasi FATWA demi menyokong dakwaan yang lemah.
Salam
Saya berpandangan begini, sekiranya benar F1 itu mampu menjadi perintis kepada rekabentuk, aerodynamic dan sebagainya maka mempelajari bagaimana memperbaiki rekabentuk Proton itu jauh lebih penting. Alasan saya begini:
(1) Proton digunakan untuk kegunaan seisi keluarga tanpa syak. F1 pula digunakan untuk kegunaan berlumba dan mencari megah tanpa syak.
(2) Urusniaga Proton lebih berasaskan jualbeli, kredit dan sebagainya manakala urusniaga perlumbaan F1 melibatkan hmm…. tengok F1 pun boleh fikir sendiri.
(3) Proton digunakan oleh ramai orang termasuk guru, doktor, jurutera, penulis, editor dan lain-lain. F1 pula digunakan oleh seorang (mungkin lebih) dan mereka mendapat habuan lebih banyak berbanding orang yang lebih layak daripada sudut sumbangannya kepada orang ramai.
(4) Matlamat F1 dan Proton adalah tidak sama. Ia sama dengan kaedah, “Setiap perkara adalah berdasarkan tujuannya.”
(5) Keperluan masa kini, Proton lebih memerlukan kepakaran dalam memperbaiki mutunya. F1 pula sama ada kita sertai ataupun tidak, memang mutunya tetap terjamin. Apabila kita melihat daripada segi keperluan, saya melihat ia sebagai memberi tumpuan yang tidak seimbang.
(6) Memberi kiasan F1 dengan senjata perang bagi saya kurang tepat kerana ‘illah’nya tidak sama. Membina senjata lebih bermaksud mempertahankan agama, diri dan negara manakala F1 pula lebih kepada mencari keuntungan daripada industri permotoran (selain berhibur). Sekiranya F1 itu boleh ditukarkan kepada kereta kebal PT-91 M pula mungkin ada logiknya. Saya tidak menolak kelebihan F1 secara total. Saya cuba menyenaraikan faedah F1 kepada masyarakat tetapi senarai saya tidak sampai kepada 10. Mungkin saudara Encem boleh membantu saya.
Manakala penggunaan fatwa, menurut Imam Ibn Kathir dalam kitabnya ‘al-Nihayah,’ “Fatwa itu bermaksud apabila seseorang menjawab sesuatu masalah yang dikemukakan kepadanya, maka jawapannya itu ialah fatwa.”
Hukum dan syarat mengeluarkan fatwa ada banyak. Majoriti ulama berpendapat, fatwa boleh dikeluarkan oleh orang yang dipercayai dan terkenal dengan kebolehannya serta kelayakannya dalam bidang ilmu agama bagi menerangkan hukum sesuatu masalah berpandukan dalil-dalil syarak secara umum dan komprehensif.
Wallahu a’lam.
Maafkan saya, Sifu.
Saya sependapat dengan Tuan Firdaus. Kakak saya juga merupakan guru Kemahiran Hidup dan Lukisan Kejuruteraan. Beliau ada membawa anak-anak muridnya bertanding di peringkat kebangsaan. Pencapaian terbaik pasukannya ialah mendapat tempat kedua (naib juara).
Model rekaan adalah model yang kecil, yang bertujuan menguji konsep-konsep sains secara praktikal menerusi teknik-teknik meningkatkan kelajuan, mengurangkan penggunaan bahan api, menggunakan bahan yang kukuh tetapi lebih ringan untuk meningkatkan kelajuan, rekaan yang stabil dan sebagainya. Aplikasi teori sains secara praktikal. Tidak silap saya sebelum ini ada pertandingan di peringkat antarabangsa, di mana negara kita muncul juara dan berjaya memecah rekod terpantas dengan model kereta lumba yang ringan, stabil dan sangat pantas. Aplikasi teknologi ini boleh dimanfaatkan pada masa akan datang, di mana boleh diwujud sistem pengangkutan global yang pantas, stabil, mudah dikawal dan selamat.
Itu adalah pada tahun sebelum-sebelumnya. Saya walau bagaimana pun kurang pasti dengan agenda kerajaan pada tahun ini. Mungkin saya perlu merujuk kepada kakak saya kerana beliau pasti lebih arif kerana ada pengalaman dan kecemerlangan dalam bidang tersebut, dan pasti akan dipilih lagi untuk tahun ini. Berdasarkan pengalaman beliau nanti, saya akan dapat memahami pandangan peribadi beliau mengenai projek akan datang ini, sama ada sesuai atau tidak sesuai.
Secara peribadi, saya berpendapat, daripada diadakan silibus rekacipta mengenai projek F1, lebih baik sekiranya ada pertandingan untuk merekacipta pengangkutan awam yang terpantas, kukuh, pelbagai guna dan selamat. Begitu juga dengan sistem keselamatan di tempat awan, kebetulan kes penculikan semakin menjadi-jadi.
Rekacipta yang melibatkan aspek awam, iaitu melibatkan memanfaatkan teknologi untuk hal-hal berkaitan dengan kebajikan orang awam (pengangkutan awam, keselamatan awam) seharusnya diwujudkan. Selain memanfaatkan sains dan teknologi dalam rekacipta, pelajar juga didedahkan dengan kesedaran tinggi dari aspek kesedaran moral dan kemahiran generik, merekacipta sambil berfikir untuk kebajikan bersama (diri sendiri dan masyarakat).
Sebelum ini ada diadakan pertandingan merekacipta jambatan paling kukuh, selamat dan menjimatkan kos, idea itu bagus.
Mungkin boleh dicadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya mengadakan program rekacipta bersifat mesra alam dan dapat digunakan secara umumn, contohnya mencari jalan bagaimana menjimatkan penggunaan bahan api, proses penghasilan tenaga elektrik berdasarkan kuasa alam semula jadi, pengekstrakan bahan-bahan dari sumber-sumber baru dan sebagainya.
Baru-baru ini seorang pensyarah dalam bidang kimia di Malaysia iaitu Prof. Dr. Halimaton, berjaya menemui silika amorfus dalam abu sekam padi selepas kajian selama tujuh tahun. Bahan ini sangat mahal dan penemuannya ini merupakan satu penemuan besar dan sangat penting dalam bidang rekacipta.
Saya berpendapat lagi, subjek rekacipta harus memanfaatkan teknologi untuk kegunaan semua, bukan semata-mata untuk F1, di mana perekacipta merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh orang awam dan ini selaras dengan Teknologi Islamik iaitu teknologi yang mementingkan kebajikan terhadap masyarakat.
Semoga pada masa akan datang akan ada pertandingan merekacipta keretapi, kapal terbang, kapal, bas paling selamat, paling pantas.
Merekacipta sistem jalan raya paling unggul, selamat, sistem pengangkutan air dan saluran paip paling bersih dan pantas, merekacipta sistem pengangkutan bahan mentah (pertanian, mineral) tanpa menganggu trafik jalan raya dan sebaganya.
Dunia rekacipta sangat luas. Saya yakin guru-guru di seluruh Malaysia pasti ada idea-idea hebat yang boleh dikemukakan pada peringkat kebangsaan.
Yang penting, ilmu teknologi dan subjek rekacipta haruslah berdasarkan konsep merekacipta untuk kebajikan rakyat.
Berita baik untuk Sifu: Saya baru menerima anugerah khas dalam bidang ko-kurikulum (kepimpinan, sukan dan penglibatan dalam persatuan).
Kasihan dengan rakyat Malaysia. Kita amat berbangga dengan projek gila FI Dr. Mahadir dahulu tanpa melihat kesannya kepada rakyat marhaen.
Bayangkan negara-negara maju yang terlibat mempunyai industri kereta terhebat di dunia tanpa projek FI di sekolah mereka. Pentingnya, ramaikan anak-anak kita asas yang kuat dalam matematik dan sains tulin. Jika subjek ini kuat asasnya datanglah teknologi apa sekali pun ianya mudah difahami dan dipelajari.
Berbalik isi FI, Malaysia melalui Petronas dipaksa melabur berbillion ringgit untuk memenuhi ego PM yang tua bangka. Terbentuklah team Sauber Petronas (sekarang nama BMW-Sauber). Setiap tahun asyik kalah, rupa-rupannya team Sauber Petronas menggunakan enjin terpakai FERRARI yang diubahsuai, bukannya enjin baru.
Team Sauber Petronas mempunyai kumpulan jurutera muda di Zurich menghasilkan enjin komersial. Billion ringgit dihabiskan untuk melabur tetapi sayangnya enjin yang dihasilkan oleh mreka tidak laku. Tengku Mahalel dari PROTON awal-awal lagi sudah menolak enjin keluaran PETRONAS, sebaliknya dia melabur berbillion ringgit lagi untuk enjin CAMPRO.
Sekarang jurutera Petronas berulang-alik ke China untuk cuba menjual enjin rekaan mereka.
Saya tidak menafikan manfaat daripada teknologi FI. Biar berpada-pada, berikan tumpuan pada teknologi minyak pelincir seperti mana yang dibuat oleh SHELL, yang mana kita ada kepentingan secara langsung.
Akhir kata, kalau mahu anak-anak kita menjadi saintis/jurutera terhebat, mantapkan pemahaman mereka dalam subjek matematik dan sains tulen. Tiada jalan ringkas melainkan belajar dalam bahasa sendiri.
Sebagai seorang muslim saya amat sedih apabila puan begitu mudah mengeluarkan fatwa. Saya tahu mungkin puan kecewa buku puan tidak dijadikan silibus rekacipta, tetapi memperalatkan fatwa untuk tujuan peribadi sambil membahasakan diri sebagai sifu adalah sesuatu yang amat memalukan. Bawalah mengucap puan. Islam bukan untuk diperdagang untuk tujuan peribadi. sekadar nasihat dari seorang muslim.
Nazrul,
Sebagai sorang muslim saya juga juga amat sedih kerana saudara telah menuduh Pn. Sifu kecewa kerana buku-buku PTS tidak terpilih oleh Kem. Pelajaran.
Di sini kita bercakap mengenai duit rakyat beratus juta dibazirkan sesuka hati oleh Menteri 3 1/4. Apa saudara sahabat Syaitan yang sukakan pembaziran??
Salam Sifu.
Kenapalah ditekankan sangat satu cabang sains ini, sedangkan bidang arkitektur dan sivil pun perlukan banyak pemikir-pemikir yang perlu dicambah sejak awal. Belum masuk bidang bioteknologi mutasi dan lain-lain lagi yang ‘lebih relevan’ dengan keadaan dan situasi negara kita.
Bukankah lebih seronok kalau seorang anak dapat aplikasikan pengetahuan sainsnya untuk membantu ibubapanya, daripada menang sorak tergadai duit mak pak?
Sekian pendapat naif saya.
Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berlumba kuda dengan para sahabatnya. Pada suatu ketika baginda menunggang kuda yang telah dilengkapkan dengan pelana bermula dari daerah Hafya’ dan berakhir di lembah Wada’ manakala suatu ketika yang lain pula baginda menunggang kuda yang tidak dilengkapi dengan pelana, bermula dari lembah Wada’ dan berakhir di masjid Bani Zuraik
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3477
Tokey, sifu saudara bukan sekadar buat fatwa sendiri, sempat iklan buku di sebelah fatwanya. saya juga ada scroll button dan boleh baca iklan buku rekacipta botol kicapnya dan komen pengunjung lain. Jika saudara rasa sifu saudara tidak boleh ditegur, terserahlah. Al-maklumlah, orang dah bergelar sifu (atau gelarkan dirinya sifu).
Dengan keperibadian “sifu” sebegini, pendapat saya kalau kerajaan menghabiskan duit rakyat dengan asuhan yang mengelirukan sebegini, tambah satu lagilah pembelian kerajaan yang membazir jika buku botol kicap dan bukunya yang lain dibeli untuk mengasuh anak anak kita.
Berlumba kuda dalam hadis tidak sama dengan berlumba F1. Lumba kuda itu aktiviti mesra alam, tiada pencemaran udara, bising dan ramai gadis gadis F1..hehehe. Tiada kaitan dan tidak relevan.
Mau guna F1 untuk membangunkan R & D teknologi? Hampeh!
Kemajuan di era mendatang menuju ke arah dunia berjentera yang mesra alam, menggunakan bahan bukan berasaskan petroleum. Elok laburkan duit untuk R & D perbaikki sistem pengangkutan awam, jentera solar dsb.
Alasan untuk pertahankan kerja gila kontrek juta juta itu semua hanyalah alasan yang bersandarkan fahaman lapok mengenai kemajuan.
..............
Nota Sifu: “Lumba kuda itu aktiviti mesra alam….” Aduh! (sambil terkekek-kekek…. kik kik kik)
Nazrul,
Menegur biarlah beradab bukannya menuduh sebarangan. Beliau menulis berpuluh buku mengenai pemikiran kreatif/inovatif dan pelbagai kaedah pemikiran tentu beliau menpunyai “authority” untuk bercakap dalam bidang tersebut.
Apa kelayakan saudara mengatakan bukunya mengelirukan? Berapa banyak buku saudara tulis mengenai kaedah berfikir?
Apa kata kita balik semula ke topik. Saya harap kita berbincang secara aman tanpa menggunakan ayat-ayat yang kurang enak didengar. Isunya sekarang adalah Projek F1 di sekolah dan isu fatwa.
Saya mengutip kata-kata Amiene Rev, “Secara peribadi, saya berpendapat, daripada diadakan silibus rekacipta mengenai projek F1, lebih baik sekiranya ada pertandingan untuk merekacipta pengangkutan awam yang terpantas, kukuh, pelbagai guna dan selamat. Begitu juga dengan sistem keselamatan di tempat awan, kebetulan kes penculikan semakin menjadi-jadi.”
Saya setuju dengan pendapat ini. Secara peribadi, kita tidak menolak Projek Rekacipta yang menggalak kepada pemikiran kreatif, tetapi kita menolak Projek F1 yang membataskan ilmu rekacipta kepada satu bidang sahaja dan sudah tentu projek ini menguntungkan satu pihak yang berkenaan.
Mengenai penggunaan perkataan fatwa, saya rasa beliau tidak bermaksud mendakwa diri sebagai mufti negeri. Ini adalah pendapat (boleh juga dikatakan ijtihad menurut ilmu yang ada pada beliau. Tapi ini bukan bermaksud ijtihad mutlak). Kita pun mengetahui, fatwa dikeluarkan apabila ada orang yang meminta (mustafti) jawapan mengenai keputusan hukum daripada seorang yang berilmu. Maka orang itu dipanggil mufti dan jawapan itu dikenali sebagai fatwa. Secara rasmi, orang yang berkuasa mengeluarkan fatwa adalah mufti yang dilantik. Ini ramai orang tahu.
Kita ini belajar Bahasa Melayu. Bahasa ini ada tersirat di sebalik maksud yang menyampai. Stamford Raffles pun semasa beliau berada di Singapura berpesan kepada pegawainya, “Kalau kamu mendengar cakap orang Melayu, jangan dengar sekali cakap sahaja.” Kalau Stamford Raffles yang bukan Melayu pun faham, apatah lagi orang Melayu. Sekian.
Kalau hendak di perbincangkan, rasanya isu F1 ini tak akan habis…. Sebab sejarah F1 telah ada sekian lama hingga ke hari ini. Kalau nak di kira, Formula 1 dahulu, top speed kereta nya adalah mencecah 180KM/J…. So, zaman tu orang kata amatlah bahaya. Dan sememangnya BAHAYA. Juga ramai yang mati akibat kemalangan perlumbaan formula satu.
Tetapi kalau Saudara dan saudari lihat ketika ini, Proton satria 1.6 standard pun boleh mencecah 200KM/J (Huh? ini lebih laju dari Formula One di zaman Alfa romeo terlibat secara langsung)....
Persoalannya, kenapa kereta selaju itu dihasilkan oleh PROTON? Kereta kegunaan biasa tetapi selaju F1 masa dahulu…. Dan F1 musim 2007, Robert Kubica BMW SAUBER, dalam kelajuan 180KM/J melanggar pegun tembok penghadang. Dan Robert Kubica masih selamat. Persoalannya adalah kenapa kalau F1 Zaman Alfa Romeo Emanuel Fangio, ramai pelumba akan maut jika berlaku kemalangan dan zaman BMW Sauber tidak?
Mudah… FAKTOR KESELAMATAN adalah jawapanya. Bagaimana keselamatan ini dipertingkatkan? Melalui penghasilan teknologi dalam R&D;... So, Banyak fakta Fizik, Kimia dan perisian computer dalam meningkatkan faktor kecekapan enjin, Aerodynamics dan keselamatan.
Adapun, pembelajaran F1 di sekolah adalah berhubungkait secara tidak langsung dengan perlumbaan sebenar F1, tetapi di sekolah pelajar tidak diajar bagaimana untuk berlumba, tetapi bagaimana menggunakan software CAD, CADCAM, Pemesinan, dan Aerodynamic melalui terowong angin…....
Bukankah ini satu kebaikan untuk pelajar2 muda menajamkan minda dan pengetahuan dari satu sudut asas rekabentuk dan teknologi.
Amat mudah menuding jari dan mendakwa juga memanipulasi sesuatu kebaikan dan menjadikan ia satu sudut pandangan negatif dan buruk. Saya amat percaya, teknologi dan daya saing pengetahuan terkini amatlah penting.
Sebagaimana puan akan bersetuju dengan saya, bahawa penggunaan computer dan telefon mudah alih amatlah penting di zaman sekarang. Rekabentuk telefon berhubung kait banyak dengan penggunaan Perisian CAD dan seterusnya yang mana puan boleh menggunakan minda intelek puan untuk berfikir seketika kebaikan nya….
Saudara/i encem,
Kita bukan persoalkan kebaikan dlm program F1. Yang dipersoalkan di sini kenapa budget yang terlalu besar diperuntukkan untuk dua-tiga projek menteri.
Kalau nak bercerita pasal kebaikan, syaitan pun ada kebaikan pada manusia. Jika tidak, mengapa Allah jadikan syaitan? Adanya syaitan dan nafsu, maka adanya dosa. Adanya dosa, ada keampunan Allah. Bukankah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih?
Balik pada topik asal, mengapa berbilion RM diagihkan pada sebilangan kecil program yang dipertikaikan keberkesanannya? Saya tidak pernah mendengar atau terbaca mana2 kementerian atau badan yang bertanggung jawap perihal pendidikan dimana2 negeri pun, selain Malaysia yang memperuntukan budget sedemikian besar untuk program2 yang kita persoalkan di sini.
Tambahan pula program2 yang dipertikai ini dibuat melalui direct nego. Mengapa tidak di tenderkan sahaja kalau betul KPM/UMNO mahu membantu usahawan bumiputera?
Saya bersetuju dgn Amiene Rev dan I.Azmi . Lebih baik kita kembangkan kepada yang lebih memanafaatkan orang tempatan. Untuk pengetahuan semua, machine dan sofware tersebut bukan sekadar memotong kayu tetapi lebih daripada itu. Setelah belajar konsep fizik, aerodinamic dan sebagainya, dengan kreativiti, pelajar juga boleh mengembangkan rekacipta mereka, bukan setakat mencipta kenderaan awam yang terpantas malah boleh mencipta dan menghasilkan model jet pejuang. Mungkin selepas ini, ada program-program seperti di atas boleh diperkenalkan, kerana peralatan yang sama boleh di ‘fully utilize’.
Saya menulis komen saya di post sebelum ini, dari sudut individu yang terlibat tetapi dikatakan ia seperti skrip yang diarahkan. (tapi saya tidak terlibat dalam pembelian).Makanya sudut positif memang ditolak mentah-mentah.
Saudari Suzana,
Sebenarnya saya juga keliru dengan topik asal kerana pada mulanya penulis membicarakan kontrak ratusan ringgit di KPM tetapi apabila ada yang meminta penulis menumpukan kepada buku penulis menyatakan ianya kena mengena dengan penulis-penulis tempatan kerana terpaksa bersaing dengan buku manual mesin yang dibekalkan.
Pada saya, buku manual tidak perlu ditakutkan kerana ianya sungguh ‘straight forward’ dengan menceritakan cara-cara menggunakan mesin dengan betul dan selamat.
Pada saya, buku manual tidak perlu ditakutkan kerana ianya sungguh ‘straight forward’dengan menceritakan cara-cara menggunakan mesin dengan betul dan selamat. Manakala buku yang dihasilkan oleh penulis hebat boleh juga dibaca dan diguna pakai dalam waktu yang sama.
Selepas itu, penulis berterusan mengaitkan program F1 ini dan menyamakan dengan F1 yang sebenar. Seperti yang saya katakan di atas kemampuan mesin tersebut bukan setakat memotong kayu untuk membuat kereta mainan. Ianya juga boleh menghasilkan skru, paku dan lain-lain. Saya pernah melawat satu institut latihan di mana pelajar mereka telah menghasilkan salah satu spare-part dan mereka berjaya mendapat pesanan dari kilang berdekatan untuk menjadi pembekal. Secara tidak langsung ianya dapat menjana pendapat institut itu sendiri. Mungkin selepas ini saya perlu berusaha lebih keras lagi untuk menggunakan peralatan yang mahal itu secara maksimum untuk mendapatkan pulangan kepada pihak sekolah.
................
NOTA SIFU:
Sekolah mendapat pesanan membekalkan spare-parts kepada kilang. Biar betul!
Tuan Salam, tolong berikan URL sekolah itu, dapatlah kita google.
Bagaimanakah majlis perbandaran, kementerian pelajaran, kementerian kesihatan, bomba, lembaga pengurusan sekolah, dan PIBG sekolah itu dapat meluluskan aktiviti pembuatan dan perkilangan dalam premis sekolah?
Kalau pun tuan hendak berdusta, tengoklah dulu, ini web universiti….
Saudara Salam ni dari sekolah mana ya? Boleh tolong nyatakan tak institusi mana yang telah berjaya buat spare part tu? Kita berbicara pasal KPM, peringkat sekolah menengah.
Cerita sekolah membekalkan spare-parts kepada kilang sangat menarik.
Bagaimanakah sekolah itu mematuhi Akta Kastam 1967, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Elektrik 1949, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta maklumat Pekerjaan 1953, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Pampasan Pekerja 1953, Akta Kerja 1955, Akta Hari Kelepasan 1951, Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dan sebagainya?
...................
NOTA SIFU:
Tuan Hisham, budak-budak mentah yang dibayar upah supaya menyerang blog UNIKA ini, ubun-ubun mereka masih lembut, bak kata pepatah Melayu. Makin banyak mereka menulis, makin terserlah kebijaksanaan mereka.
saya pun rasa terkilan sbb puan sbg sifu begitu mudah pertamanya - mengeluarkan fatwa secara melulu, kedua - menjadi lidah utk menyebarkan fitnah dan ketidak benaran. saya menghormati puan kerana semasa saya di sekolah puan dan suami puan prof abdullah yg beri ceramah motivasi dan jati diri. malangnya sejak puan menyertai Pas dlm tahun 1998 atau sekitarnya, sikap puan dah berubah. saya sedang cuba nak mendapatkan maklumat dan data2 yag betul dari kawan saya di ppk tentang isu ini, sementara itu saya berharap puan bertaubatlah dan ingat kata org2 tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. saya sedih bila laman2 blog yang menjadi saluran alternatif kepada kami semua telah menjadi saluran menyebarkan kepalsuan… lambat laun saya percaya laman blog akan hilang credibility mcm saluran2 lain. saya harap puan boleh berpegang kpd integriti spt yg puan dan suami puan ajarkan kepada kami dulu. ingatlah firman allah 0 amat besar kemurkaan kami terhadap org yang bercakap tetapi tidak melaksanakannya…
Hairan sungguh saya… Ada sebahagian komen yang datang mengaku kenal pegawai itu dan ini. Cikgu itu dan ini. Hatta tumpang guna nama Sifu untuk menunjulkan authority masing-masing.
Untuk makluman, di KPM ada dua puak. Satu puak politik/opportunist, dan yang satu lagi profesional yang ikhlas memperjuangkan pendidikan anak bangsa.
Janganlah menyimpang jauh dari topik perbincangan dengan cuba menghentam kredibiliti penulis dan pengkritik. Masih ada lagi suku-sakat yang tidur/mamai selepas PRU12 nampaknya.
Wang berbilion yang akan hangus itu bolehkah diselamatkan dan dimanafaatkan untuk program pendidikan yang lebih berkesan?
Yang paling ketara adalah keperluan pendidikan untuk guru rekacipta sendiri. Bukankah lebih baik separuh dari berbilion yang akan diberi kepada segelintir kroni digunakan untuk program peningkatan profesionalisma guru-guru rekacipta?
kenapa pulak takut kepada kebenaran. klu kita ada kwan di kementerian, tanyalah. jgn jadi tunggul, percaya buta2 apa yg ditulis dalam blog, nama universiti terbuka.. tp pemikiran org dlm blognya tertutup
Hani,
Belajar lagi supaya jangan jadi “lembu pawah” UMNO. Kalau apa yang dikatakan fitnah minta Menteri Keris Telanjang saman pihak UNIKA PTS. Habis cerita macam TNC UUM saman webmaster Malaysia Today.
Satu lagi pesanan, belajar menulis/mengeja dengan betul. Malu pada anak saya yang baru berumur 6 tahun.
tokey tu ejaan yg betul lah kononnya. saya bukan lembu pawah umno dan saya tidak menyokong perbuatan fitnah oleh pn ainon. inilah cerminan buruk PAS dan pn ainon jd mcm ni sejak masuk PAS pd tahun 1998. say tidak boleh terima hakikat org yg dulu beri ceramah motivasi dan jati diri tp mempunyai nilai jati diri yg rendah. tokey - stick to d debate, bukan perkara2 lain. byk lagi benda yg nak dimalukan, lebih2 lagi memfitnah itu lebih buruk dari membunuh, lebih buruk dari memakan daging saudara sendiri.
Salam Suzana.
Well, rasanya topic disini berkenaan F1 Dan Fatwa. Bukan masaalah kontrak. Kalau nak bincang pasal kontrak, rasanya topic dia lain.. Bukan topic ni….
Post a comment