Penggunaan Wajah Perempuan pada Desain Kulit Novel Cinta
Tuan Zulkimy adalah salah seorang eksekutif sales di Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS. Beliau menjaga kedai-kedai buku dalam Zon Utara, yakni Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Salah satu tugas eksekutif sales PTS adalah berbincang dengan petugas-petugas di dalam kedai-kedai buku bagi mendapatkan maklumat jualan buku-buku PTS. Maklumat itu kemudian disampaikan kepada jabatan editorial sebagai feedback daripada pembeli.
Meskipun pada amnya buku-buku PTS mudah dijual, tetapi ada buku-buku PTS yang tidak laku.
Antara feedback yang dikumpulkan adalah:
(i) Bagi buku-buku yang laku keras, apakah faktor yang menyebabkan buku-buku itu dibeli.
(ii) Bagi buku-buku yang lembap jualannya, apakah faktor yang menyebabkan orang tidak membelinya.
Dalam pasaran novel cinta, PTS secara konsisten menerbitkan antara 4 hingga 6 judul baru setiap bulan kerana PTS komited mahu menjadi penerbit novel cinta yang paling popular dengan menawarkan novel-novel yang mempunyai ciri (a) syariah-compliant dan (b) menggunakan gaya Bahasa Melayu Tinggi.
Pada masa ini PTS adalah penerbit yang paling banyak menerbitkan judul baru novel cinta setiap bulan. Namun dari sudut jumlah jualan per judul, PTS masih belum berani mencetak lebih daripada 5 ribu unit setiap cetakan.
Menurut Tn. Zulkimy, salah satu komen yang beliau terima daripada pekedai adalah isu penggunaan wajah perempuan pada kulit novel cinta PTS. Komen itu mengatakan idea menjual novel cinta dengan menggunakan wajah perempuan sudah terlalu lama digunakan oleh semua penerbit novel cinta.
Sudah lebih 20 tahun wajah perempuan digunakan pada kulit novel cinta, yakni sejak novel popular mula-mula diperkenalkan ke dalam pasaran mulai tahun 80-an.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Salam.
Harus juga mengambil berat tentang permintaan pekedai dan pengedar yang meminta buku di balut dengan plastik. Supaya keadaan buku terpelihara walaupun peniaga buku pasar malam tidak gusar jika keadaan cuaca tidak menentu.
satu kekurangan menggunakan wajah wanita atau lelaki, pembaca tidak dapat menggambarkan isi novel tersebut. Sebaiknya novel perlu memaparkan konsep yang menggambarkan keseluruhan isi. Pembeli yang teraba-raba ada dua kemungkinan, membeli dengan harapan isinya memenuhi kehendak atau terbeli kerana kerambangan mata.
Assalamualaikum Puan yang dihormati,
Semoga berada dalam kesihatan dan redha Allah hendaknya.
Saya ingin memberi cadangan berkaitan kulit novel cinta Islami.
Baru-baru ini saya melihat kulit novel cinta Islami PTS yang sudah berwajah lelaki. Ia satu perubahan yang baik.
Saya mencadangkan, wajah di kulit itu, wajah rakyat Malaysia atau sekurang-kurangnya wajah Asia yang tidak kurang kacak dan cantiknya. Walaupun ia novel Islami, tidak semestinya menggunakan wajah pan-asia ataupun Arab. Jejaka dan gadis Melayu, Jawa mahupun Bugis ada manisnya juga….
Sekian, cadangan daripada saya.
Semoga PTS terus maju untuk memandaikan bangsa.
Terima kasih.
kulit novel seharusnya menggambarkan seluruh isi novel tersebut. seringkali jika novel memaparkan wajah lelaki @ perempuan tampan @ lawa, pembeli sukar menggambarkan isi yang bagaimana di dalamnya. sesuatu konsep patut diketengahkan untuk menggambarkan keseluruhan isi novel tersebut. kadang kala saya tertanya-tanya adakah pereka design kulit novel itu membaca atau sekadar membaca bulp sahaja.
Post a comment