Wednesday, December 15, 2010

Fenomena Aliff Firdaus Aziz

Alif Firdaus Azis adalah seorang pekomik dan penulis sastera awal remaja yang bagus dijadikan contoh kejayaaan kepada pekomik-pekomik tanah air.

Beliau bermula sebagai pelukis komik. Beliau tidak pernah terfikir akan menjadi penulis sastera awal remaja. Hal itu disebabkan beliau percaya beliau adalah seorang pelukis komik, bukan penulis novel remaja.

Beliau bersahabat baik dengan seorang penulis sastera remaja, Allahyarham Ahmad Zafran Abd. Mutalib (al-fatihah) yang juga dikenali dengan nama samaran Panah Arjuna.

Ahmad Zafranlah yang memberikan dorongan kepada Alif Firdaus Azis supaya belajar menulis cerita. Beliau juga 'memaksa-maksa' Alif Firdaus supaya menghadiri bengkel-bengkel penulisan yang saya kendalikan kepada calon-calon penulis PTS. Cerita selanjutnya sudah menjadi sejarah....

Banyak pekomik mempunyai bakat menulis cerita, tetapi mereka tidak cuba melakukannya disebabkan mereka tidak percaya mereka memiliki bakat itu, lalu mereka tidak mengambil langkah belajar menulis cerita.

Apabila pekomik juga menulis buku-buku cerita, mereka dapat menikmati pendapatan royalti yang lebih tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: AHAD 2. 1. 2011: Taklimat Projek Penerbitan Novel Tauhid Previous entry: AHAD 9 Januari 2011: Taklimat Projek Fabel PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/16  at  12:01 PM

Menyebut kembali nama Allahyarham Ahmad Zafran Abd. Mutalib teringat saya kepadanya. Beliau adalah orang yang turut menarik dan ‘memaksa-maksa’ saya supaya menulis buku di PTS. Sayangnya saya tidak dapat berkongsi kegembiraan dengan Allahyarham kerana beliau sudah pergi buat selama-lamanya.
Al-Fatihah…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.