Saturday, February 17, 2007

Fenomena Digital-Devide dan Kesannya ke atas Nasib Penulis

Pada hari ini, apa yang disebut 'digital devide' terbukti bukan omong kosong lagi.


Jurang yang memisahkan antara mereka yang 'pandai IT' dengan mereka yang 'bodoh IT' bukan hantu momok ciptaan syarikat-syarikat gergasi yang menjual peralatan IT.


Paling bawah, akibat digital-devide, penulis yang tidak pandai menggunakan emel tercicir daripada persaingan mendapatkan penerbit yang baik.


Pada masa ini golongan penulis yang teruk terpukul adalah penulis-penulis generasi 'tua' yang tidak mengambil langkah belajar menggunakan internet.


Sebagai contoh, kolum sastera di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sudah beberapa kali menerbitkan artikel tentang isu editor muda lebih suka menerbitkan karya penulis-penulis muda sahaja.


Jika saudara berkesempatan pergi ke pejabat editor syarikat penerbit yang mesra IT, saudara tidak akan nampak lagi adanya manuskrip yang tebal-tebal di atas ataupun di bawah meja kecil editor itu. Yang ada hanyalah laptop.


Komunikasi profesional antara editor dengan penulis 100% menggunakan emel. Bagi penulis yang tidak mempunyai alamat emel, yang tidak mahu belajar masuk kafe internet, dengan sendirinya mereka terkucil ke tepi.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(24) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penerbit Buku Baru Previous entry: Bahasa Buku Kanak-kanak dan Remaja Awal
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/18  at  01:34 AM

Assalamualaikum,

Analoginya ialah orang yang bertukang kayu menggunakan kapak dan beliung dengan tukang menggunhakan mesin, ada beza kuantiti dan kualiti kerjanya. Yang satu dipasang di sudut rumah sendiri dan yang satu lagi dijual di gudang ekslusif ... 

Juga seorang tukang masak dapur kayu dengan resipi bersukatan ‘ikut secukup rasa’ dan dihidang untuk sanak saudara di kampung dan dengan satu lagi yang resipinya lengkap dengan sukatan ml dan gram, dan ada ISO9000 yang hasilnya ada dijual dibeli di pasar raya.

Juga ilmu perubatan tradisional menggunakan herba dan tumbunan - yang tradisional disaluti misteri dan tahyul untuk mengangkat daya kesaktian pengamalnya tapi kemudiannya mati kerana demam denggi dan satu lagi dihasil dalam makmal dan, dibungkus dalam botol dengan label bercetak dan tanda kelulusan Kementerian Kesihatan, boleh dibeli di farmasi atau di klinik.

Orang kita di mana?

Cerita begini sudah lama - sejak zaman ‘Tunang Pak Dukun’ lagi, dan menyingkap ke filem ‘Dukun’ lakonan Ummi Aida yang terbaharu, tapi penyerapan idea dan kaedah kerja dalam masyarakat kita termasuk masyarakat penulisnya memang sering kali amat liat - lebih liat daripada kulit badak agaknya.

Sebagai pelopor kemajuan minda tidak boleh tidak penulis harus berada di hadapan dalam menyertai aplikasi IT, dan dalam menyahkan unsur tahyul dan psuedosains yang dilihat sebagai eskapis alternatif.

Penulis harus memahami dan menghadapi dunia di pentas semasa bukan retrovirtual dan psuedorealistik walaupun dengan kebijaksanaan boleh memanfaatkan kedua-dua itu sebagai pelantar pengembangan fikiran. Di situlah letaknya IT….

Wallahualam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/18  at  02:11 AM

Assalamualaikum,

Sifu dan sahabat penulis,

Era maklumat tanpa sempadan mengajar kita supaya bertindak cepat dan pantas. Tidak ada lagi istilah, tunggu sebentar, nanti kejap, tiada masa, dan pelbagai istilah lagi. Dunia penulisan hari ini menuntut para penulis supaya lebih cekap dan cepat dalam menghasilkan karyanya. Pelbagai sumber maklumat boleh didapati melalui internet.

Sepanjang karier saya sebagai penulis skrip dan juga penyelidik, saya dikehendaki menghantar skrip yang sudah siap ditulis melalui email Tidak perlulah saya mengepil skrip yang sudah diprint dan membawanya berjumpa dengan penerbit. Begitu juga dengan menyelidik bagi sesebuah syarikat. Saya juga dikehendaki menghantar melalui email sahaja. Cuma yang perlu saya datang berjumpa dengan mereka hanya diperlukan untuk menandatangani baucer pembayaran sahaja ataupun mengambil cek dari meraka. Kerja semakin mudah dan tidak membuang masa di tengah jalan.

zf_zamir  on  02/18  at  05:51 AM

salam puan,

teringat kata pensyarah saya yang memetik kata covey, “beyond effectiveness to greatness”..

maknanya, bukan setakat efektif, tetapi hebat dan mengagumkan..

saya sedang cuba menghadamkannya..

capaian untuk efektif itu juga masih sebagai satu cabaran, melayu ini takat mana?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/18  at  11:52 AM

Puan Sifu,

Saya agak yang puan maksudkan adalah jurang digital, iaitu ‘digital-divide’? Adakah ‘digital-devide’ ini sudah di’melayu’kan sebab saya cari ‘devide’ dalam kamus BI tetapi tidak jumpa? Sebenarnya, Bahasa Inggeris saya ‘seteruk’ BMT saya. Contohnya baru-baru ini saya terlihat sebuah iklan syarikat penerbangan (kalau tidak silap mata memandang), iklan itu meminjam perkataan BI ‘route’ menjadi BM ‘rute’.

Saya juga sering terkejut apabila menonton Buletin Utama TV3 kerana banyak betul perkataan baru yang saya tidak tahu.

Soalan: Di mana boleh saya merujuk perkataan-perkataan baru BI yang sudah/baru sahaja di’melayu’kan?

Terima kasih dan maaf kalau saya terlepas pandang.

Amiene Rev  on  02/19  at  02:12 AM

Bahasa Melayu kita memang kaya dengan perbendaharaan kata, sayangnya masih kurang perkataan-perkataan baru, ringkas, sepatah dan sesuai dengan zaman akan datang.

Harap ada pendedahan mengenai perkataan-perkataan baru oleh pakar-pakar bahasa yang diiktiraf.

Tak boleh duduk diam sahaja, kalau benar-benar mereka memperjuangkan bahasa. Patut ada saluran, publisiti atau promosi mengenai perkara-perkara berkaitan dengan perkataan Melayu Baru

Kang  on  02/19  at  08:17 AM

Jurang ini saya rasa makin membesar. Orang yang rapat dengan penulisan (wartawan) pun masih meraba-raba dalam internet (sebahagian penting dalam IT). Masih menganggap internet sesuatu yang ajaib. Perhatikan:

1. “Dipercayai siswa UUM tersebut mengaut jutaan ringgit dengan menjual CD palsu melalui internet.” Kelakar? Itulah kata wartawan TV3. Jutaan ringgit?

2. “Polis merampas beberapa buah komputer di rumahnya yang dipercayai digunakan untuk menulis e-mel.” Kata wartawan Utusan Malaysia. Untuk menulis e-mel perlukah beberapa buah komputer? Kalau komputer itu tidak dihubungkan ke internet, bagaimana boleh digunakan untuk menulis e-mel? Kelakar?

3. “Internet tak boleh percaya…” Bukan dari wartawan tetapi dari orang yang tak pernah tahu apa itu internet melainkan setakat dengar-dengar sahaja. Bila tanya balik, “Apa yang tak boleh dipercayai?” Tak ada jawapan, hanya melongo. Dalam kepalanya ialah internet itu sumber fitnah, laman web lucah. Mungkin lebih terbuka dari Astro, fikirnya.

Sesudah 18 tahun internet masuk ke Malaysia (1990) dan lebih 40 tahun di dunia ini, laman web dan blog sudah hampir mencecah 10 bilion (menyelit di antaranya ialah laman web popular http://www.armansur.com), masih ramai yang menganggap internet itu ajaib dan sesuatu yang perlu digeruni.

rastom  on  02/20  at  12:09 AM

Menteri dan ketua jabatan yang beria-ia menyanyikan lagu cinta sayang IT pun tidak ada emel, apa hendak dikata?

Puan Ainon Mohd.  on  02/20  at  12:33 AM

Tuan Rastom,

Menteri nyanyi lain, cakap lain, janji lain, buat lain… biasalah itu!

Web Sutera  on  02/20  at  01:11 PM

Sdr Rastom dan Puan Ainon,

Dia orang takut kena gigit oleh teknologi, atau apa yang diistilahkan sebagai ‘digital bite’. Disuruhnya anak-anak muda pandai IT dan jarakkan jurang digital, tetapi ‘mereka itu’ terus hanyut dibawa arus!

Puan Ainon Mohd.  on  02/20  at  02:35 PM

Dalam bidang penulisan, isu jurang digital ini memang sudah berlaku dan mangsa-mangsanya sudah pun mengalami kesannya.

Tidak perlulah saya pergi jauh. Di kalangan mereka yang hadir kursus saya, sesiapa yang tidak menggunakan emel memang tercicir dan terkucil. Mereka mungkin mempunyai bakat dan kemahuan, tetapi disebabkan mereka tidak menggunakan emel, dengan sendirinya, selepas hadir kursus, tidak ada apa-apa perkembangan. Senyap. Rakan-rakan mereka sudah berjaya menerbitkan karya masing-masing, sebaliknya mereka yang tidak menggunakan emel hilang tanpa berita.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  12:03 AM

Sekarang ini zaman “Sesuatu yang tidak wujud dalam internet dianggap tidak wujud sama sekali.” Kalau tidak mempunyai blog dan emel memang payah bagi penulis untuk mewujudkan dirinya.

Yalah, pembaca mencari judul buku dalam internet, kemudian membaca ulasannya, lalu barulah mereka beli. smile

Puan Ainon Mohd.  on  02/21  at  12:23 AM

Sdr MAL,

Blog adalah alat seseorang penulis itu mempamerkan bakatnya dan contoh-contoh karyanya kepada penerbit.

Saya membaca blog-blog dengan tujuan ‘talent scouting’ yakni bagi mencari bakat-bakat baru yang dapat kita asuh supaya menulis untuk PTS.

Saya mencari blog-blog yang Bahasa Melayu Tingginya baik, sistem ejaannya betul dan tanda bacaannya betul. Tiga perkara ini amat penting sebab ia adalah bukti Sang Blogger itu mempunyai bakat dan disiplin bahasa yang tinggi.

Kemudian saya akan ‘pancing’ blogger itu supaya mahu berkenalan dengan PTS…

Apakah ini bukan jurang digital?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  12:42 AM

Sifu yang dikasihi,

Alamak! (dengan izin), blog saya sebagai contoh ditulis begitu santai dan ikut sempat. Ianya lebih kepada ‘mengisi hari-hari sunyi’ dan luahan emosi.

Saya telah membuatkan beberapa blog untuk kenalan penulis yang ‘mendakwa tidak mahir IT’ supaya buku mereka menjadi laris.

Ya, benar blog memang penting dan rata-rata pemuda pemudi harapan bangsa di negara kita mempunyai blog.

Puan Ainon Mohd.  on  02/21  at  02:37 AM

Sdr MAL,

Blog banyak mencerminkan peribadi dan personaliti pemiliknya. Apabila saya membaca blog, saya juga membaca banyak maklumat tersirat yang dipamerkan pada blog itu.

Sudah tentu, apabilaa orang membaca UNIKA, mereka juga membaca banyak maklumat tersirat tentang diri saya!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  03:37 AM

Assalamualaikum,

Puan Sifu dan sahabat Unikapts,

Saya baru sahaja membina blog baru apabila beberapa kali cuba membinanya dengan baik. Saya minta Pn. Sifu dan sahabat yang lain, sudi-sudikanlah singgah di blog saya yang masih bertatih.http://saridahamid-kuinginbicara.blogspot.com/

rastom  on  06/07  at  11:07 AM

Kata Pak Sako atau gerangan siapa yang bersabda, “Dalam kilat ada kilau”. Dalam kesempitan jurang ada kesempatan. Apa pandangan anda tentang ulasan diblog saya?

diblog = di blog

Alang Kelana Al-Fulijami  on  06/07  at  12:19 PM

Assalamu’alaiku Puan Sifu,

Saya salah seorang daripada anak kelahiran pasca Merdeka (1958). Ramai juga mereka yang sebaya saya tidak mahir IT malah ada juga yang ‘takut’ IT.

Antara halangan ialah bagi mereka yang tidak mampu mempunyai sambungan internet di rumah, generasi saya ini ‘segan’ dan malu-malu untuk berkunjung ke kafe siber (CC). Di CC ramai pengunjung ialah remaja dan para pelajar.

Namun bagi saya sebelum ada internet di rumah pun, saya sudah menjadi pengunjung setia CC. Rumah saya berhampiran dengan UPM, maka sayalah di antara pelanggan CC yang paling ‘senior’ dari segi umur.

Mungkin ada pengunjung muda yang berbisik antara mereka: “Pak Cik itu pun pandai chatting…he he he…”

Sehingga kini pun sekali sekala saya masuk ke CC juga, demi melihat perkembangan dunia CC.

sekali sekala = sekali-sekala

Ibu Hamil  on  05/23  at  09:36 AM

Assalamualaikum,

Puan Sifu dan sahabat Unikapts,

Saya baru sahaja membina blog baru apabila beberapa kali cuba membinanya dengan baik. Saya minta Pn. Sifu dan sahabat yang lain, sudi-sudikanlah singgah di blog saya yang masih bertatih.

Kabar Ibu  on  05/14  at  05:15 AM

Assalamualaikum,

Sangat bermanfaat infonya. Blog ini akan saya jadikan acuan untuk refrensi blog sy dikemudian hari. syukron.

Berkece  on  05/14  at  05:17 AM

Assalamualaikum cantik. Salam kenal ya dari saya..

Lensor Bola  on  05/14  at  05:18 AM

Barakallah cah ayu.. Tulisanmu sungguh sangat cantik ^^

Jual Rosella  on  05/14  at  05:19 AM

Tulisannye sangat bagus nah.. sy suke sekali..

Teknogadget  on  05/14  at  05:20 AM

Semoga bisa bermanfaat bagi yang lain ya tulisannya..

Elbaihaki Blog  on  06/03  at  08:28 AM

Salam kenal ya cah ayu ^_^

Semoga dalam lindunganNya..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.