Fenonema ‘Tunnels - Terowong’
"Tunnels - Terowong" adalah novel popular Inggeris yang pertama diterjemahkan oleh PTS. Ia dijual pada harga RM29.90 di Semenjanung dan RM32.90 di Sabah dan Sarawak. (Edisi Inggerisnya dijual di MPH online pada harga RM39.90)
Cetakan pertama novel ini berjumlah 5 ribu naskhah. Dalam tempoh tidak sampai 2 bulan, sebanyak 4,414 naskhah sudah terjual.
PTS menerbitkan novel ini dengan 2 tujuan:
(i) Bagi menge-test pasaran fiksyen terjemahan dari sudut (a) kualiti terjemahan, (b) genre, dan (c) harga jualan.
(ii) Supaya penulis-penulis fiksyen thriller fantasi tempatan mendapat model bagaimana rupa dan bentuk ciri-ciri thriller yang dapat dijual di pasaran antarabangsa. Dengan demikian mereka dapat menghasilkan karya asli yang mempunyai ciri-ciri begitu.
Nampaknya, data jualan Tunnels menunjukkan walaupun harga buku ini relatif tinggi, pembaca tempatan sanggup membeli karya terjemahan seperti Tunnels.
Data ini menunjukkan pembeli novel dalam Bahasa Melayu tidak takut membayar lebih asalkan buku itu bermutu. Data ini juga menunjukkan golongan-berduit sudah mahu membeli dan membaca fiksyen dalam Bahasa Melayu.
Sayang sekali ada hos-hos rancangan TV yang menguar-uarkan bahawa kononnya buku tidak laku.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalam alaikum Puan
Mohon bertanya, Hos-hos tv itu menguar-uarkan buku Melayu tidak laku, buku tidak laku atau buku novel Tunnel tidak laku?
--------------------------------------------------------
ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Assalamu alaikum Puan,
Kenyataan itu ‘betul’ mungkin sepuluh tahun lalu.
Salam,
Kalau tidak salah saya, sambungan Tunnels yang akan terbit tidak lama lagi berjudul ‘Deeper’. Adakah tajuk Bahasa Melayunya akan jadi.... ‘Semakin Dalam’?
Post a comment