Thursday, February 25, 2010

Festival Buku Antarabangsa Galak Industri Buku Kanak-kanak Asia

SINGAPURA, 24 Feb (Bernama) -- Lebih 400 penulis antarabangsa, penerbit, pengedar, pembeli institusi, ejen sastera dan pengeluar multimedia bahan kandungan kanak-kanak akan berhimpun di sini bagi menyetai Festival Bahan Kandungan Kanak-kanak Asia pada 6 hingga 9 Mei.

Festival yang julung kali diadakan di The Arts House di sini merupakan satu-satu seumpamanya di dunia memberi tumpuan kepada bahan kandungan kanak-kanak Asia, menurut penganjur The Arts House dan Majlis Pembangunan Buku Nasional Singapura Rabu.

Penganjur berharap festival ini akan menggalakkan penghasilan, pengeluaran dan penerbitan mengenai buku kanak-kanak dengan bahan kandungan Asia dalam semua bentuk.

Pertemuan penggiat dalam industri di peringkat antarabangsa bertujuan menambah baik pengedaran dan akses bahan kandungan Asia kepada kanak-kanak seluruh dunia, menurut penganjur.

Industri bahan kandungan untuk kanak-kanak meliputi buku, permainan, filem dan muzik merupakan perniagaan bernilai berbilion dollar.

Pengerusi Lembaga Penasihat festival Claire Chiang berkata sehingga kini, kebanyakan orang mudah mendapatkan dan menikmati faedah daripada pemilihan yang luas bahan pendidikan dan kandungan dari Barat, tetapi mereka tidak mempunyai bahan-bahan dari Asia kerana ia jarang-jarang diterjemahkan dan diperkenalkan, sehingga akhirnya tidak diterokai.

Beberapa penulis Malaysia dan penerbit akan menyertai festival termasuk Daphne Lee, seorang penulis buku kanak-kanak, editor, dan Margaret Lim yang merupakan pengulas buku dan penulis.

Maklumat lanjut mengenai festival itu boleh diperoleh di laman web http://www.afcc.com.sg dan mereka yang berminat menyertai festival itu boleh mendaftar menerusi laman web itu mulai esok.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Percuma tentang Cara-cara Mendapatkan Publisiti oleh Tuan Harlym Yeo Previous entry: Tip Survival Penulis: Lain Padang, Lain Belalang
aishah  on  02/26  at  10:19 AM

Puan Ainon,
Saya sangat berminat nak tulis buku ilmiah matematik (games/activites..) tapi menghadapi kesukaran nak mula dan kembangkan idea tu..idea ada banyak tapi terbantuk tengah jalan! Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.