Wednesday, June 27, 2007

Fiksyen Sejarah

Walau apa sekalipun genre sesuatu karya itu, peminatnya tetap ada, cuma besar ataupun kecil jumlahnya. Jika jumlah itu tidak cukup besar, penerbit tidak akan melabur ke dalam sektor itu.

Peminat buku sejarah memang ada. Peminat novel sejarah pun ada. Empat buah novel pahlawan Islam karya Abdul Latip Talib laku dengan baik sekali.

Peminat buku fiksyen sejarah pun ada. Jikalau tidak laku, para penerbit tidak akan menerbitkan genre itu. Penulis fiksyen sejarah paling ngetop saat ini adalah Faisal Tehrani.

Fiksyen sejarah adalah genre evergreen. Ia juga berpotensi dijadikan skrip TV dan dikomikkan.

 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Skrip TV dan Filem
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Judul Bestsellers Antarabangsa Menghasak Buku Tempatan - Kecuali dalam Dua Sektor Previous entry: Tuan Epol Memberi Penjelasan
ibnurabi  on  11/23  at  02:39 AM

Populariti buku adalah satu yang tidak boleh dijangka atau ditetapkan. Sebagai contohnya siri Harry Potter, Da Vinci Code telah mencetuskan satu fenomena dalam dunia pembukuan dalam genre yang berlainan. Mungkin di Malaysia telah tercetus fenomena tersendiri contoh novel cinta, dan mungkin nanti novel dalam genre yang berlainan seperti sejarah, thriller dan sebagainya.
——-

Ainon Mohd.  on  11/23  at  11:51 PM

Sdr Ibnurabi, siapakah saudara? Namoaknya sdr ini orang buku. Saya harap kita dapat berkomunikasi lebih banyak tentang dunia buku.

Saya berpandangan, bagi membuka pasaran baru untuk genre2 baru dalam bahasa Melayu, ini adalah kerja 2 pihak. satu, penulis genre mesti menulis, dan kedua, penerbit mesti mempunyai strategi kerja yang membolehkan pasaran baru itu diteroka dan dibuka. Jadi ini soal marketing, soal modal ringgit bagi aktiviti marketing!

ibnurabi  on  11/25  at  03:40 AM

‘Bila Mentari Melimpah Sinar’ oleh Ahadiat Akashah, ‘Arjuna Hati’ Norzailina Nordin, ‘Hatimu untuk Siapa’ oleh HM Tuah Iskandar..adalah fiksyen sejarah yang digerakan oleh tema cinta, sayang & kasih.
Begitu juga The Harmony Silk Factory oleh Tash Aw. Salah seorang penulis kelahiran Ipoh Perak, yang baru-baru ini tercalon dalam longlist ‘Man Booker Prize 2005’ dan beberapa hari lalu tercalon shortlist untuk ‘Whitbread Book 2005’ menulis fiksyen yang berlatar sejarah zaman Jepun di Ipoh Perak. Beliau mendapat imbuhan sebanyak RM3.5 juta bagi satu novel. yang telah mendapat hak alih bahasa ( lebih dari 10 Bahasa).
Apa yang saya sampai di atas untuk maklumat yang boleh dikongsi bersama.
Pn Ainon, saya Ramji. minta maaf kerana tidak menggunakan nama sebenar.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.