Thursday, July 19, 2007

Fiksyen Spekulatif

Istilah speculative fiction memasukkan baik fiksyen sains mahupun fiksyen fantasi ke dalam satu kategori, yakni fiksyen spekulasi. Semua cerita yang berlaku di tempat-tempat yang tidak mempunyai sebarang keserupaan dengan alam realiti adalah termasuk dalam fiksyen spekulatif.


Dua ciri utama yang ada dalam fiksyen spekulatif adalah kegemaran pada gajet-gajet dan pengembaraan ke alam-alam yang penuh misteri dan benda-benda pelik.

Pada masa ini di Amerika, jualan fiksyen sains jauh lebih besar daripada jualan fiksyen fantasi. Pembaca lelaki lebih gemar membeli fiksyen sains.

Pembaca perempuan menggemari fiksyen fantasi. Pendek kata, pasaran fantasi adalah kecil.

Karya fiksyen fantasi yang paling terkenal adalah Lost Horizon, karya James Hilton. Beliaulah yang memperkenalkan istilah Shangri-La ke dalam Bahasa Inggeris. Buku ini mencipta sejarah apabila ia menjadi buku pertama pernah diterbitkan dalam bentuk paperback.

Lost Horizon menceritakan kewujudan suatu tempat yang menyamai syurgaloka, yang kehadirannya di pergunungan Himalaya dirahsiakan oleh sami-sami Budha yang mengetahui tentang kewujudannya.

Di lembah Shangri-La itu, masa tidak bergerak, justeru semua yang hidup dalam lembah itu tidak pernah tua.

Dalam fiksyen ini hero terjatuh ke dalam lembah Shangri-La apabila kapal terbangnya jatuh. Di situ dia bertemu dan jatuh cinta dengan seorang perempuan muda yang amat jelita. Apabila mereka keluar dari lembah itu, perlahan-lahan perempuan jelita itu bertukar menjadi perempuan yang sudah amat tua.

Dalam kategori fiksyen spekulatif kontemporari, antara kategori yang paling baru muncul di Amerika adalah Aboriginal Science Fiction (fiksyen sains bangsa-bangsa purba) dan Amazing Stories (cerita-cerita laur biasa).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Fiksyen Sains & Fantasi
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa Itu Fiksen Spekulatif Previous entry: Seminar Bahasa Rojak
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/20  at  03:21 AM

Salam Puan,

Entri Puan ini mengingatkan saya kepada cerita ini yang saya baca berkali-kali dahulu. Saya baca edisi Bahasa Melayu yang disesuaikan untuk pelajar sekolah menengah. Buku itu tiada lagi dalam simpanan kerana sudah hancur. Hingga kini saya masih terpengaruh dengan ceritanya dan masih merasakan di Tibet waktu itu lambat peredarannya.

Bagi saya karya yang hebat membuatkan pembaca merasakan dirinya berada dalam cerita sebagai pemerhati (pak pacak) ataupun yang lebih hebat lagi si pembaca merasakan dialah watak yang digemarinya itu. Ia tidak membezakan jantina. Jika watak utama lelaki, lelakilah saya, jika wanita, wanitalah. Semuanya bergantung kepada watak utama yang saya gemari.

Saya meminati fantasi dan juga fiksyen sains, terutama karangan H.G. Wells, Jules Verne, Isaac Asimov dan beberapa nama lagi yang saya tidak ingat di pagi buta ini. Karya H.G. Wells sering meninggalkan kesan tidak enak kepada saya di hujung cerita. Hingga kini saya tidak dapat mengulang membaca The Island of Dr. Moreau. Saya tidak boleh terima binatang boleh dijadikan manusia.

Saya sedang membuat persediaan untuk menghadiri kelas hari Sabtu ini sejak Rabu. InsyaAllah saya akan hadir kelas hujung minggu ini. Saya mohon doa Puan agar saya dapat menghadirinya. Terima kasih saya dahulukan.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: