Filem Cinta Islami Mengutip RM1.3 Juta dalam 1 Minggu

Metrowealth, penerbit filem Syurga Cinta ini, mengataka ia adalah sebuah filem cinta Islamik.
Kejayaan filem ini menunjukkan apa-apa yang mengemukakan tema dan nilai-nilai Islamik berpotensi mendapat sambutan panas daripada target sasarannya.
Filem ini laku keras meskipun ketiga-tiga watak utamanya adalah muka baru sama sekali.
Kejayaan Syurga Cinta ini mengulangi kejayaan filem Ayat-ayat Cinta di Indonesia. Ini membayangkan bahawa fenomena yang meletup-letup di Indonesia jika diimport bulat-bulat ke Malaysia belum tentu meletup. Sebaliknya, jika dihasilkan karya lokal yang serupa, ala-ala edisi Malaysia, maka sambutannya lebih baik.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tetapi filem Bohsia : Jangan pilih jalan hitam lebih laku.
Menarik juga tulisan Tuan Meor Shariman dlm NST 30/5/09:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/National/2569390/Article/index_html
Mungkin selepas ini ada filem CGI bertajuk ‘Sayap Adinila’ dan ‘Armada Azur’..
Pembaca dan pengikut setia PTS, ayuh menonton filem ini. Tidak rugi saya katakan.Mungkin PTS boleh mengusahakan untuk difilemkan mana-mana jalan cerita (buku) untuk dipertontonkan kepada umum. InsyaAllah lebih hebat sambutannya berbanding Syurga Cinta.
PS: Baru lepas menonton semalam, sungguh indah dan penuh mesej positif bagi semua.Lagi banyak mesej indah jika PTS selaku pengarah pula.
Post a comment