Wednesday, December 28, 2011

Filem ‘Ombak Rindu’ Menaikkan Semula Jualan Novel-Novel Cinta Popular

Risikan pasaran yang dijalankan oleh jabatan sales PTS mendapati sejak berlakunya kontroversi filem Ombak Rindu karya Fauziah Ashaari, dua fenomena berlaku:

1. Jualan tiket filem cinta naik semula.

2. Jualan novel-novel cinta popular mula meningkat semula.

Ada 2 faktor yang sama-sama dan serentak memainkan peranan meningkatkan semula jualan tiket filem cinta dan jualan novel-novel cinta.

1. Kitaran pasaran yang sempurna sudah berlaku.

Produk-produk konsumer mempunyai kitaran pasarannya. Tempoh kitaran itu mungkin 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun ataupun 10 tahun. Lazimnya tempoh kitaran novel-novel popular dan trendi adalah 5 - 7 tahun. Untuk filem barangkali tempoh kitaran itu adalah antara 3 - 5 tahun.

2. Faktor pencetus minat pasaran.

Kejayaan jualan tiket filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama nampaknya telah mencetuskan semula minat pasaran kepada novel-novel cinta.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lain Hipermarket, Lain Sistem Jualannya Previous entry: Komik-M Diedarkan dengan Meluas di Terengganu

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: