Wednesday, November 29, 2006

Fiqh Penulisan: Menterjemah lwn Menulis

Mengapakah Nabi Muhammad SAW melantik jurutulis rasmi tetapi tidak melantik penterjemah bagi menterjemahkan buku-buku ilmu daripada bangsa-bangsa bukan Islam?

Tungguuuu..... Sifu mahu sarapan dulu!

Ada dua alur terjemahan. Satu terjemahan dari dalam ke luar, yakni dari bahasa Islam ke bahasa non-Islam, dan satu lagi dari luar ke dalam, yakni dari bahasa non-Islam ke bahasa Islam.

Menterjemahkan bahan-bahan Islam ke dalam bahasa-bahasa bukan Islam adalah aktiviti yang tidak ada polemik mengenainya. Ulamak Manna Khalil al-Qattan berfatwa bahawa menterjemahkan al-Quran itu adalah wajib hukumnya.

Sunnah terjemahan dari dalam ke luar terdapat pada perbuatan Nabi Muhammad menyuruh Zaid bin Thabit belajar menulis dalam bahasa Hebrew kerana Nabi Muhammad mahu menulis surat kepada ketua-ketua kaum Yahudi mengajak mereka masuk Islam.

Disebabkan Nabi Muhammad tidak tahu bahasa Hebrew, tentu sekali beliau mengucapkan isi kandungan surat itu dalam bahasa Arab, lalu kata-kata beliau itu diterjemahkan oleh Zaid ke dalam bahasa Hebrew.

Nabi Muhammad SAW juga menghantar guru-guru ke seluruh pelosok wilayah yang baru diIslamkan bagi mengajarkan isi kandungan al-Quran kepada penduduk tempatan, suatu proses yang tentu sekali melibatkan aktiviti terjemahan lisan oleh guru-guru itu.

Yang menjadi polemik sekarang adalah alur terjemahan kedua, yakni penterjemahan daripada bahasa-bahasa non-Islam ke dalam bahasa-bahasa Islam.

Hanya Tuhan yang maha mengetahui mengapa Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan sunnah tentang aktiviti penterjemahan karya yang tertulis dalam bahasa-bahasa non Muslim ke dalam bahasa Arab.

Beliau yang berperang dan berjaya mengalahkan dua kuasa dunia sezamannya, yakni Empayar Parsi dan Empayar Romawi, tidak mendorong aktiviti menterjemahkan buku-buku yang tertulis dalam bahasa-bahasa Latin, Hebrew, Yunani dan Farsi, yakni bahasa bangsa-bangsa seteru Islam pada zamannya.

Perihal besarnya significance kekuasaan empayar Romawi itu sehinggakan dalam al-Quran ada surah yang diberi judul sempena bangsa tersebut, yakni surah ar-Ruum.

....... akan disambung.

.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terjemahan: The Fiqh of Muhammad's Silence Previous entry: Etika Profesion Terjemahan bagi Penterjemah Muslim

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.