Tuesday, July 17, 2007

Flanking Bukan Bersaing

Flanking bukan strategi bersaing. Flanking adalah strategi masuk pasaran yang sudah ada pemain-pemain besar di dalamnya dengan tidak mahu bersaing, tidak mahu berlawan dengan budak-budak besar itu.

Bersaing bermakna buat seperti orang berlumba lari - semua mula dari garis mula yang sama, kemudian mereka berlawan sesama sendiri, siapa yang ototnya lebih kuat, siapa yang langkahnya lebih laju, dia yang memang.

Bersaing bermakna masuk ikut pintu di mana budak-budak besar itu sudah siap menunggu dengan tukul di tangan.

Bersaing bermakna menang dengan cara mengalahkan orang lain.

Flanking tidak begitu. Flanking amat berbeza. Matlamat flanking bukan hendak menjatuhkan sesiapa. Bukan mengalahkan sesiapa.

Flanking bermakna masuk ikut pintu-pintu lain. Pintu-pintu di mana tidak ada budak besar menunggu di situ.

Flanking bermakna semua orang menang. Tidak ada sesiapa yang kalah.

Sektor restoran makanan segera sudah ada budak-budak besar di dalamnya. Budak-budak besar itu berkawan dengan Israel, justeru sesiapa yang masuk ke dalam restoran-restoran itu mengirimkan sebahagian duit mereka ke Tel Aviv. Walaupun makanan yang mereka jual itu disembelih, ia tetap tidak boleh dimakan oleh orang Islam yang mahu menjaga agamanya dengan baik.

Justeru kita perlu memasuki pasaran restoran makanan segera dan menawarkan makanan yang tiada hubungan dengan Israel dan Tel Aviv.

Kita masuk bukan sebab hendak bersaing dengan budak-budak besar itu. Kita bukan hendak melawan mereka. Kita bukan hendak mengetuk mereka.

Kita masuk bagi membolehkan orang Islam memilih sama ada mahu makan dalam restoran yang beniaga dengan Israel ataupun dalam restoran yang tidak berniaga dengan Israel.

RamLY burger menawarkan pilihan seperti itu: Pengguna mempunyai pilihan mahu makan burger sahabat Israel ataupun mahu makan burger RamLY.

Perkembangan francais restoran Kayu menawarkan pilihan itu: Pengguna mempunyai pilihan mahu makan dalam restoran berafiliasi Israel ataupun makan dalam restoran berafiliasi India.

Objektif flanking RamLY bukan hendak mengetuk kepala McD ataupun A&W. Kedua-dua budak besar itu masih wujud dan terus berkembang, manakala RamLY juga terus berkembang.

Objektif flanking restoran nasi kandar Kayu bukan hendak mengetuk kepala KFC ataupun PizzaHut. Kedua-bua budak besar itu masih wujud dan terus berkembang, manakala Kayu juga terus berkembang.

Objektif flanking Nabi Muhammad apabila beliau memperkenalkan produknya yang bernama Islam, beliau bukan mahu mengetuk kepala budak-budak besar yang bernama idolisme, Kristianiti dan Judaisme sampai mati. Sehingga hari ini semua budak-budak itu masih wujud dan terus berkembang, manakala Islam juga terus berkembang.

Bersaing tidak memerlukan seni berfikir. Ia adalah amat logikal. Ia adalah otot-lawan-otot.

Flanking adalah berfikir dengan berseni. Kita akan kaji seni berfikir Nabi Muhammad sebagai seorang ahli strategi.

Nota: Jangan percaya sangat hasil kajian ustazah palsu ini....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes & Bisnesman
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku-buku PTS Mengamalkan Psikologi Positif Previous entry: Konflik Nilai: Dilema Petugas Jabatan Editorial
Marsli N.O  on  07/17  at  09:31 AM

Assalamualikum Puan,
Walau pun bukan ustazah, namun apa yang Puan nyatakan ada banyak kebenarannya. Tentu saja sesuatu yang benar tidak mungkin ditolak akan kebenarannya.
——-

Marsli N.O  on  07/17  at  09:33 AM

Silap. Sebenarnya Assalamualaikum ...

Pencinta  on  07/17  at  09:34 AM

Puan bukan seorang ustazah tipu. Keustazahan Puan dalam bidang perbukuan tidak kurang hebatnya dengan YB Datuk Dr. Mar dan yang sekufu dengannya. Ilmu yang Puan curahkan ini sangat bermanfaat kepada semua pihak. Nah… jangan lagi merendah diri, harus diangkat setinggi yang mugkin.

Salam sejahtera.

panaharjuna  on  07/17  at  03:12 PM

Ya, saya bersetuju bahawa hasil kajian Ustazah palsu memang harus dihalus-halusi sebelum diterima dengan berhati-hati.

rastom  on  07/17  at  03:58 PM

Saya mahu meletakkan pangkat ustazah itu pada tempat sebenarnya. Di mana tempatnya yang wajar? Ia bukan monopoli guru agama wanita. Itu cuma di Malaysia.

Di Malaysia tajuk pangkat seseorang sebenarnya sudah terlalu banyak berlaku korupsi. Cif Inspektor? Flait Sarjan? Jika ini contoh bahasa Melayu maka di mana hukum DMnya?

Kemudian sudah timbul kata “Pengunderait”. Isyyyy!

Kerana kita menggunakan (pinjam) perkataan “ustazah” itu dari bahasa Arab, maka perlu juga kita impot kaitan aura budaya di mana perkataan itu digunakan. Di negara negara Arab, tidaklah janggal jika saya memanggil Ustaz Kang, ustaz Alang atau ustaz Panaharjuna. Saya boleh saja panggil ustazah Jean Dollah (sebelum berpingat) dan ustazah Ainon al Muhammadi tanpa merasa janggal. Oleh itu, ayuh kita globalisasikan bahasa Melayu!

Fadzli Yusof  on  07/17  at  07:30 PM

Assalamualaikum semua.

Di Saudi Arabia sekarang sudah ada restoran makanan segera ala-ala KFC. Namanya “Al-Baik”. Sangat mendapat sambutan.

Ada satu cawangan bersebelahan dengan KFC, dan kelihatan Al-Baik penuh dengan pelanggan, sebaliknya KFC hanya lengang sahaja.

Saya mendapat berita ini dari rakan saya Sdr Abd Razak Abd Muthalib yang baru pulang daripada pengajian diploma di sana.

smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: